Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Saturday, May 29, 2010

Pesanan Untuk Mu.....

Assalamualaikum dan salam semua...
Pada hari itu, aku mendapat emel dari kawan ku berkenaan doa kepada ibu bapa...Jom kita sama-sama menghayati dan mencuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri ini....Dalam emel itu....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... 

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu"...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith: 
  •  Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.
Yang di atas berkenaan apa yang terkandung dalam emel tu..Dan aku ada cerita yang nak dikongsi bersama...Aku pernah dengar ceramah dari ustaz ku dulu...Berkenaan doa untuk ibu bapa ini dari seorang anak....
Alkisah...

Seorang sahabat nabi bermimpi...

Di atas 'sana' iaitu di akhirat sana, masa dibagi makan, semua org berpusu-pusu dan berebut-rebut nak makan tapi ada seorang ibu @ mak ni tidak berebut pun nak mengambil makanan...Di tanya, kenapa tak makan? Dan dia berkata, 'sudah kenyang, nak'....Bila dia tersedar dari mimpi, dia mula selidik dan mencari kenapakah ibu ini tak lapar...Dan dia pun mencari anak ibu itu di pasar..Rupa-rupanya, memang anak itu selalu membaca al-fatihah untuk ibunya semasa menjual ikan...Tak pernah pun dia lupa untuk sedekahkan al-fatihah untuk ibunya...Betapa besarnya fadilat bile membaca al-fatihah ini...Al-Fatihah...



p/s: Berbakti la pada orang tua mu selagi mereka masih ada....:) Selalu lah berdoa moga kita diberi rahmat oleh-Nya...Amin...

4 comments:

Keyyah said...

Al-Fatihah..
info yg sangat baek...
nasihat menasihati ke jalan yg baik :)

M a W a D D a H said...

sweetsour: mudah-mudahan kita diberi rahmat dan petunjuk pada-Nya...

aril said...

ingat mengingati...nasihat menasihati amalan mulia yang patut diteruskan...

nuriz said...

setuju..sedekahkn pahala fatihah dan segala kebaikan kpd org tua kita tak kira masih hidup ataupun yg tiada.

Related Posts with Thumbnails