Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI
Showing posts with label Jom tengok TV. Show all posts
Showing posts with label Jom tengok TV. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

3 Idiot...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

3 Idiot...3 Idiot...3 Idiot...Wajib tonton....Wajib tonton...hehe

Semalam, Keyyah ajak aku layan cerita 3 idiot nie...Mula-mula ingatkan cerita omputih...Rupa-rupanya cerita hindustan...Meh la aku cerita sedikit sinopsis cerita ini...Memang sangat menarik berbanding cerita hindustan yang sebelum nie yang berkisar tentang cinta...Sikit sikit cinta...Sikit sikit cinta...Cerita 3 idiot nie ada kelainan sikit...

Cerita ni mengisahkan 3 orang student yang belajar dalam bidang engineering padahal diorang nie tak minat pun bidang engineering nie...Kecuali sorang tu la...Terpaksa masuk bidang engineering sebab desakan dari family masing2...Padahal diorang nie minat bidang lain...Memang kelakar dan mencemaskan di mana 3 idiot nie terpaksa menyambut baby tanpa alatan perubatan...Aiisshhh...


Ok dah...Aku tak mo cerita panjang..Nanti tak saspen lak...hehehe...

Ok, kenapa aku kata korang wajib tonton...

1) Sebab Aamir Khan, Kareena Kapor dan lain-lain berlakon...Best2...
2) Banyak pengajaran dalam cerita nie...Mementingkan persahabatan, famili dan mengajak berfikir secara lain dari biasa (think out of box).
3) Kelakar dan menghiburkan...
4) Banyak idea best dalam cerita nie....

Hidup mematangkan kita (lebih berkeyakinan) apabila ada sesuatu peristiwa berlaku seperti kesusahan dan kesedihan, kata orang setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Ada gak la part sedih dalam cerita ni membuatkan aku mengalir air mata...Opppsss...hehe



p/s: Banyak benda perlu settle nih...huhu

Saturday, January 8, 2011

Tiramisu: Membuatkan aku teruja nak mencarinya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Tiramisu...Tiramisu...Tiramisu....Ya..Cerita Tiramisu di TV3 (Slot Akasia)...Melihat cerita ni membuatkan aku teringin nak mencuba kek tiramisu...Aiyyyaaakkk...Terpengaruh betul dengan citer nie...Citer ni tak mengajak suh makan tiramisu tue pun...Tapi teringin lak kan tengok si Pieere Andrea buat kek tu (dalam tv la)...hihi...

Hanya sudu dan garpu menanti kek itu....huhu..

Ada sape2 yang pernah makan kek tiramisu? Best tak? Apa rasanya erkk...Ke ada sapa2 yang nak belanja aku makan tiramisu...Sila angkat tangan...hihi...

Aku pun carilah kat internet tanpa sempadan ni...Jumpa satu blog yang buat kek tiramisu...Nampak macam senang jer...Sedap lak tu...Kat SINI...Bila tengok macam ala-ala kek batik lak sebab letak biskut...Ahhh...Nak cuba la pasni...Leh tak owner blog? hihihi...Owner blog ni sekarang ni berada di Italy...Comel gitu...

Tengok pada sinopsis citer Tiramisu ni macam best je kan...Citer die best...So, aku perlu mengikutinya...hehehe...Pelakonnya pun best dan cute gitu...



p/s: Pagi-pagi dah teringat kek...Adehhh...

Monday, October 4, 2010

Chinta di TV3

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Chinta....Kenapa bukan Cinta or Chenta?? Ntah lah....Sila tanya pengarah..hahaha...Sekarang memang teruja tengok citer ni...Memang best...Selalu ternanti2 citer nie dan selalu teruja nak tahu macam mana perjalanan citer nie walaupun pernah baca sinopsis kat blog orang....

Bila time teruja tu kan..Pastu "bersambung..."...Memang sakit jiwa kan...Adooii...Saje nak wat makin teruja...Sekarang ni si Chinta (Fasha Sandha) tengah mengalami derita dan tekanan perasaan yang amat sebab kena rogol..2 kali tue...Memang dasyat kan kalau betul-betul realiti...Kalu rogol tanpa rela lagi sakit jiwa kan berbanding rogol dengan rela...Aiisshh...(Tetiba sedih pasal isu anak luar nikah dan kes pembuangan anak)...

Lepas ni dan dengan apa yang berlaku yang pasti Si Chinta ni akan berubah menjadi pelacur kelas atasan..Ooppss..tercerita plak...Ahh..Tengok la nanti...Pasti best...:p...

Teruja dan suka gak tengok citer Siti Kelembai...Kelakar je dan menarik...Jom la tengok kalau bosan2 tue..hihihi...



p/s: mood tengok tv lak...aiiii...

Saturday, August 14, 2010

Suka tengok cite Epilog Syurga Cinta...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Yeahh..Aku selalu ternanti2 kul 6:30 petang citer nie...Epilog Syurga Cinta...Jalan cerita dia lebih kurang citer daripada cerita Syurga Cinta lakonan si cilik Haziq, Awal dan Heliza AF (watak utama)...Tapi Epilog Syurga Cinta dibintangi oleh si cilik yang comel iaitu Mia Sara Nasuha, Fida gadis Pantene dan juga si Zizan Nin (watak utama)...

 

Cerita ni bagi aku sungguh comey..Sebab ada Mia kot..hihi..Betah berbicara dan pandai mainkan watak..Lakonan diorang memang mantap...

Tak suka yang kawan si cikgu siti syuhada tu...Sebab menipu...Takde la..Masalahnya perlu ke tikam member dari belakang..Apa salahnya berterus terang dan bagitau yang dia nak kawen dengan bekas tunang si cikgu siti syuhada...Sungguh emosi aku di kala itu..hehehe...

Ada satu part tu masa zizan tensen2 di mana dia pergi bar dan minum arak (maybe air teh kot)...Tapi satu je aku pelik..Eermmm...Kalau orang stress atau tensen2 ke, perlu ke diorang minum arak (air teh) ha?? Tapi ni mungkin mereka2 yang kurang dapat pendidikan agama...Tak tahu la...huhu

Watak si cikgu syuhada di kala tensen dan stress mengaji dan sembahyang untuk dapat ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup...Yang tu baru betul...Baru hati kita betul2 tenang dengan izin Allah...
-baru lepas tengok episod 6-...hehe

Best gak tengok citer Dottie sekarang nie...Kelakar..Leh aku gelak2..Nak2 mak si Dottie tue...Suka gak lakonan makcik tu sebab kelakar...Macam spontan je dialog yang di bagi....



p/s: Puasa jangan ponteng2 ea...amal ibadat jangan lupa...senyum-senyum selalu...

Friday, July 16, 2010

Tudung Ekspress???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tudung Ekspress?? Ye..Tudung Ekspress di Astro Ria dan penajanya adalah Garnier yang warna kuning tu...Mula2 tengok iklan kat astro, pastu Cik Keyyah cakap ada cite baru dan dia dah wat entry pun pasal Tudung Ekspress tu...Aku je ketinggalan zaman skit..hehehe..


Jom baca skit apa sinopsis Tudung Ekspress itu:

Erin (Lisa Surihani), Dira (Julia Ziegler), Mei (Chermaine Poo) dan Del (Linda Hashim) adalah wanita yang bertudung yang menghadapi pelbagai dugaan, rintangan serta cabaran dalam mengejar cita-cita dan merealisasikan impian mereka..  Cerita ini juga menyelitkan unsur-unsur yang wujud dalam kebanyakan masyarakat kita seperti masalah kewangan, cinta, keluarga, hidup secara sederhana dan juga obsess terhadap kerjaya.


Keempat-empat watak yang dilakonkan oleh mereka semuanya berbeza-beza."Cara hidup watak-watak dalam drama ini, sangat realistik dan memang wujud dalam masyarakat kita. Contohnya, watak Dell yang dilakonkan oleh Linda Hashim seorang gadis dari kampung datang ke bandar semata-mata untuk mencari pekerjaan. Dia bercita-cita untuk menjadi jurugambar di sebuah majalah.  Selain Dira (Julia) yang bergelumang dengan isu keluarga dan kerjaya sebagai editor di sebuah majalah, Erin pula tidak putus-putus dengan masalah cinta, apatah lagi dirinya dintai oleh seorang jejaka rahsia. Manakala watak Mei adalah seorang mualaf.

Tapi tengok malam tadi, duk fikir apa motif citer ni ngan tajuk "Tudung Ekspress" tu?? Dan habis citer episod ke 2 pun masih pening tengok citer ni sebab nampak kelam kabut sikit...Tapi menarik la sebenarnya citer ni..Dah la ada Lisa Surihani yang comel dan cute itu...

Dan at last maybe tajuk Tudung Ekspress tu disebabkan oleh tudung yang dipakai oleh pelakon-pelakon tersebut yang tak payah gosok seperti tudung ekin, tudung syria, tudung siti...Senang, terus pakai tudung tu and then tak payah gosok...Dah femes dah sekarang ni tudung2 ni...Dan ramai dah tak pakai tudung bawal sebab kena gosok dulu..Eh..aku je kot yang rasa tajuk "Tudung Ekspress" tu macam tu..Aku main agak je...Maybe la kan...hehehe...Mungkin pengarahnya Faisal Ishak nak mengetengahkan wanita bertudung yang bekerjaya..Sila baca sinopsis baik2..hehehe...Tapi masih terfikir-fikir apa motif tajuk tu ngan citer tu...:p


p/s: sambil wat paper, sambil menjadi pengkritik bebas..sesungguhnya aku ni hebat...:p (masuk bakul, angkat sendiri)..hehehe...

Friday, May 28, 2010

Sinetron: Benci bilang cinta di Astro

Assalamualaikum dan salam semua...

Semoga hari-hari mu sentiasa ceria dan bahagia selalu...Dan tak lupa juga..Hari ini hari cuti kan...So, kita enjoy...Hehehe..Tapi tak leh selalu enjoy sebab banyak kije yang mendatang...Tapi hari ini nak rileks sedikit..Hehehe...

Lepas habis cerita Adamaya kat tv3 tu, mula la mencari-cari cerita apa la lepas ini yang best...Aaii, aku ni, kije tengok cite plak..hehehe..Suka tengok cite yang menghiburkan hati dan boleh bergelak ketawa...Dan sekarang ni aku layan plak sinetron "Benci Bilang Cinta"...lalala...Bagi aku memang best cerita ni...Kelakar dan menghiburkan...Nak-nak lagi dari pelakon yang comel ni iaitu Marshanda....


Sebelum ni kan kalau dia berlakon, sumenya yang sedey-sedey, ayu, sopan, dan dia juga pernah memainkan watak 'selalu sakit'...Tapi kali ini watak dia memang sangat-sangat berbeza....Kadang-kadang tengok cite ni ala-ala Full House plak..Cite korea tu...Tapi aku ada men'google', dan ada yang kata cite ni ala-ala 'Princess Hour'...Tapi aku tak pernah lagi tengok cite tu...Dan boleh juga cite ni dikatakan ala-ala Meteor Garden gitu...Sinopsis dia macam ala-ala cerita tu la...Yang si Hero ni kaya, ego dan ramai peminat, dan kena kawin si perempuan yang miskin...Ha..Jom la tengok kalau tak percaya..Biasa nya, kalu aku kata best, memang best la...hehehehe...Kiranya citer ni baru je tayang tau...Hero nya pun hensem...lalalala....Jom layan...

p/s: Layan cerita sambil buat kije..Ok tak..hehehe....Zaasssss....
Related Posts with Thumbnails