Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI
Showing posts with label Macam-macam hal. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam hal. Show all posts

Friday, October 31, 2014

Bersejuk di KLIA

Sejukkkkk....

Sejukkk...Mengantuk..Semua ada bila ada kat sini...Sekarang dah pukul 4:51 pagi...Cepat lah pukul 7:00..Nak naik flight ni...Tak sabar nak sambung tidur kat kampung plak...

Weekend at home this week...Nak hilangkan stress selepas berpenat di office...Memang penat wehh masuk Projek ni...Semua nak urgent...Maaflah ye...Ambe ada 2 tangan dan 2 kaki je...Tak mampu nak buat banyak keje...Takpe lahh...Minggu ni nak rehat..Don't disturb me yer my friends..hihi...


If you are struggle, don't worry Allah knows what you do...And Allah stay there with you..Don't worry what other peoples say...You just follow the rules, hardworking and go to the right path...Don't be late go to office yo...


One day at Bali...Company Trip on 2013...Hope ada lagi...Best pergi sebab free...kekekeke...



p/s: Allah knows better than you know about yourself...


Tuesday, June 10, 2014

Harga rumah di KL..

Assalamualaikum dan salam awal pagi semua..

Apa khabar kawan2 di luar sana..Moga sihat hendaknya.

Hari ni aku nak sentuh perihal rumah di Kuala Lumpur yang serba membangun ni..Rumah, apartment, pangsapuri, kondominium, flat, pergghhh harga sekarang rasa macam dah tak masuk akai dah...Rumah landed, jangan cakap lah..Milion tu harganya..

Nak2 sekitar Ampang ni ha, haihh mahal gilos.  Bayangkan harga condominium yang di lelong pun dekat 1.2 milion...Wahhh, nangis aku tengok..Sapakah yang mampu nak membelinya tu..Dah tak terkawal dah.

Teringat masa pergi survey flat kecik dekat Kg Pandan..Rasa memang berbaloi sebab dekat dengan LRT tapi bila tengok condition rumah tu macam tak logik dengan harga tu...Siap mak cik kat bawah cakap mahal giler dik, baik tambah sikit duit beli kondo yang ada kolam renang tu. Lagi bagus..Bagus kalau nak survey rumah/apartment ni kita bersembang dengan orang sekitar untuk kepastian.

Ni harga rumah generasi sekarang..Tengok lah nanti harga rumah dalam 3 ke 4 tahun nanti macam mana pulak harga dia..Mau dalam 3 ke 4 milion...Mungkin kat KL ni nanti orang dah tak beli rumah dah cuma mampu menyewa aje..

Orang yang nak rumah landed ni pun ramai berlumba2 beli di pinggir2 kota. Tu pun harga dia boleh gigit jari jugak la kalau orang yang berpendapatan sederhana..huhuhu...

Rakyat di KL ni makin ramai termasuk la aku..Tetiba..hehe..Kadang2 rasa duk luar negara pun ada sebab kat kondo ni dah macam2 warna kulit, bangsa dah jumpa...huhu


p/s: Jom cari solution camner nak beli rumah atau hanya menyewa sahaja...uhukk..

Thursday, April 17, 2014

Bila tidak sihat...

Aku lemah...
Aku panas...
Aku sejuk..
Aku tak larat...

Mula perut meragam...
Mula sakit kepala...
Mula rasa nak baring je...
Mula rasa sakit belakang...
Mula sakit gigi...
Mula rasa nak pitam...
Sakit semuanya...

Sakit yang bukan di buat..
Dan juga bukan tekanan...
Ada yang mempersenda...
Ada yang kata di ada-adakan...

Tapi ku tahu, Allah mengujiku..
Untuk mencuci dosa-dosaku..
Mengalir air mataku..
Hanya Allah yang tahu...

Ya Allah..Kuatkan semangatku..
Fizikal dan mental...
Berikan lah aku kekuatan...
Kerna ku adalah perantau...

Terima kasih Ya Allah..
Engkau bersamaku...


Allah..Allah...Allah....


Friday, January 17, 2014

Jalan2 petang sambil tersenyum...

Assalamualaikum dan salam semua...

Baru je lepas jalan2 dengan Z pusing2 jakel dan pusing2 Kinokuniya kat KLCC tu...Z beli curtain yang sangat cantik untuk di jahit dan di gantung pada tingkap rumah barunya nanti...Bestnya nikah..Errr...Then after that lepas makan pizza yang sedap itu, pergilah di Kinokuniya...Sambil jalan2 dalam Kinokuniya, tu ada la seorang mamak ni hulur satu paper...Baru je nak tanya apa benda, "It's it your mom"? Haaa...Speechless..Then dia pandang lah Z.."It is mother and daughter"...Waaaa...Pengsan...Dia ingat aku ni anak kepada Z...hahahahaha...

Aissshhh...susah jugak jadi awet muda nie...Xtahu nak kata ape dah...Sape nak rasa muda, jom contact saya..:p


Z di hari pernikahan...:)

Sama kaler baju..Mak n anak mestilah sama kannnn....hahahaha...


p/s: Tahniah Z da kawen...Tak lama lagi dapat la anak tu...Usaha sikit lagi...kekekeke....

Wednesday, January 1, 2014

Bye-bye 2013 and 2014 I'll coming!!

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Alhamdulillah dapat lagi aku menghirup udara yang aman dan sejuk di pagi ni...Even terasa segar mindaku tetapi untuk aku mengharungi 2014 adalah rasa yang sangat mencabar minda, tenaga dan tak lupa juga pada kewangan ku...Bye-bye 2013 and 2014 I'II coming means coming dengan langkah yang penuh hambar dan terdesak...huhuhu...Hidup di KL memang banyak memerlukan kewangan untuk terus hidup..Yup, memang boleh teruskan hidup even gaji ciput tapi yerla nak kena tanggung beban hutang belajar, hutang itu dan hutang ini dan tak lupa juga kenaikan harga rumah sewa pada tahun 2014 ni...Sighh!  Dan yang paling rasa beban bila gula naik, minyak naik, tol naik, bas naik, elektrik naik...Hurmmm...Desas desus mengatakan laluan motor juga nak dikenakan tol..Whattt???  Hurmm..Banyak betul difikirkan macam mana nak kurangkan kos hidup di bandar besar nie...Lagi fikir lagi sakit jiwa rasa...Kalau dah banyak duit nak dilaburkan kat kos hidup, macam mana nak cepat kaya ni...Belum sempat nak menyimpan, duit tu dah digunakan untuk keperluan harian...Rasa jiwa sempit menjerut rasa.....

Rasa hati tiada siapa yang peduli...Even pompang2 kat suratkhabar, internet, dengan suara rakyat Malaysia jua tiada siapa peduli...Naik memang akan terus naik...Walaupun tanpa rela...Tidak nampak ada desas desus yang mengatakan tiada penaikan, ada pengurangan di bahagian lain..Terus dijerut...Mungkin yang gaji mahal, anak sikit, tiada bebanan hutang memang tidak akan terasa tetapi amat amat terasa bagi golongan bawahan yang memang sangat sangat memerlukan kewangan untuk teruskan kehidupan yang serta mencabar di kota metropolitan ini..Cakap orang memang best...Taknak di sini pergi di sana..Taknak makan itu, jangan makan...Tetapi rezeki kami di sini.....

Hanya sedikit coretan picisan bagi warga yang tiada siapa peduli...Tiada didengari...

Tapi Allah ada..Alhamdulillah..Hope Dia Maha Mendengar, Pemberi Rezeki, Memberi ketenangan dan Dia juga boleh menghilangkan rasa gusar di hati kita...Ya Allah, bantu lah kami...Hanya dia yang Mengetahui...

Doaku dan juga untuk seluruh umat Islam:

" Ya Allah, muliakan kami, lapangkan lah hati kami, bahagiakan keluarga kami, luaskan rezeki seluas lautan yang engkau ciptakan, mudahkanlah segala urusan kami, jauhkan kami dari segala penyakit juga dari sebarang kesulitan, kabulkan cita-cita kami, jauhkan dari segala musibah, berprasangka buruk serta keji, berkata kasar serta terimalah semua amalan ibadah kami dan kelak jadikan kami penghuni Syurga-Mu ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin..."


--> Selamat tahun baru dan selamat hari jadi buatku...Menelan air liurku bila sudah 3 series...Gulpp...



Monday, August 12, 2013

Raya..Raya..Raya..2013..

Assalamualaikum semua kawan2...

Rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya buat kawan2 di luar sana, dan sesiapa saje yang sudi singgah kat blog yang serba sederhana ni...

Tahun ni ada 3 pasang baju raya..Tapi sempat pakai 1 pasang je..Yang dua lagi belum rasmi lagi..Tapi takpe, KL ni kan raya sebulan...Mesti punya ada orang ajak gi open house..Kalau ada orang ajak la kan...kekeke...Raya tahun ni sangat meriah sebab famili yang dah berkeluarga sambut raya di kampung..Tahun depan tak tahu la ape cer pulak...hehe..

Hari ni dah hari raya kelima (ketika post ni ditulis)...Datang awal sikit sebelum nak kena g kerja untuk keesokkannya...Rasa terkilan sikit sebab tak nampak singgah rumah member2 untuk beraya.  Dan juga tak dapat melihat anak Ser yang comel dan kiut tu...Dapat lihat kat facebook saje...Sadis..Untuk Ser, tahniah dapat baby boy..Insyaallah kalau aku pulang ke kampung, akan ku singgah untuk tengok anak buah ku yang comeil itu..hehehe...Tahniah skali lagi Ser dan Atan..

Raya tahun ni juga, ramai teman2 seperjuangan sudah melangsungkan perkahwinan...Aiisshh...Tinggal sape je lagi yang single mingle...Yang lain sudah berteman...Aku bila lagi..Hurrmm...Coming soon lah jawapannya...huhuhu..Dalam fikiran selalu menetapkan yang "Ajal, maut, jodoh pertemuan di tangan tuhan"..Insyaallah akan sampai giliran kita bila tiba masanya...Kalau panjang umur...

Banyak agenda yang hendak di buat lepas raya ni...Macam2 bermain di fikiran..Kadang2 rasa buntu, kadang2 rasa bersemangat, kadang2 rasa yakin, kadang2 rasa tidak...Huurrmm...Perasaan berbolak balik...Aiisshh...Adah, beranikan diri...Risk tetap ada walaupun apa jua tindakan yang kita nak buat..FAST ACTION, FAST RESULT...Hurmmm..Apa dia tu ye...

Takpe lah, walau apa jua pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua...:) :)



p/s: Mencuba untuk puasa hari ni, tup2 tak lepas..uhukk...


Saturday, June 29, 2013

Mirage Mitsubishi menarik perhatianku...

Assalamualaikum kawan2..:)

Bersemangat ye nak tengok bola malam ni..Kelantan Vs Johor...Sampai kejap jer tiket habis di jual...Hurmm..Dasat..Ha, saya sokong yg mana? Mesti laaahhh...Ada lar..hehehe..

Sekarang ni kereta yang menjadi perhatianku adalah....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tadaaa....


Mirage Mitsubishi...

Warna pun menarik...Kenapa menjadi perhatianku..

1)  Warna.
2) Leh jimatkan minyak..Memang save giler la pakai kereta mirage mitsubishi nie...
3) Walaupun compact car, aku rasa memang best kot bawak kereta ni.  Belum try tapi perasaan tu ada yang mengatakan best bawak kereta nie...hehehe...Sebab pernah bawak kereta ASX Mitsubishi...Lebih kurangkan...Tapi kereta ASX mestila lagi best kalau compare dengan harga dan ketinggian...Kannn...
4) Senang nak parking. Nak2 untuk aku yang baru nak berani belajar bawak kereta nie...hehehe..


Berbaloi2...Memang save la minyak...

Untuk keterangan lanjut mengenai Mirage Mitsubishi nie leh la klik link kat bawah nie..

http://www.mitsubishi-motors.com.my/mirage/home/home.php



p/s: Bagi kredit untuk iklan nie sebab sudi bertempek kat blog nie...hehe...:)


Monday, May 6, 2013

Komen PRU 13: Tahniah dan takziah ku ucapkan...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah selesai sudah PRU 13 dengan macam2 ragam, pahit, manis, masin, masam, kelat..Semuanya ada menjadi satu acuan yang pelbagai rasa.  Dan tahniah buat diriku jua yang bertungkus lumus pulang ke kampung di sebabkan diberi tanggungjawab yang amat besar bagiku untuk memilih pemimpin yang berkaliber, berkarisma, yang berjiwa rakyat serta mementingkan bangsa dan agama.  Undian di tangan anda.  Anda tahu menilai yang mana patut undi, yang mana patut tak undi.  Anda ada hak sebagai warga negara Malaysia yang prihatin.

Kita semua dah memilih dan yakin dengan apa yang kita pilih.  Kalah dan menang adat pertandingan.  Yang menang kena memperbaiki dan bangun melihat mana2 yang rakyat mahu.  Jangan buat 'donno' je apa yang rakyat mahukan...Yang kalah, jangan bersedih hati.. Pasti ada hikmah di sebalik kekalahan yang ada. Tapi kalah bukan bermakna kalah.  Pandang ke arah positif dan cuba lagi di Pru 14 akan datang.  Banyak perkara akan berlaku dalam masa 5 tahun nie.

Cuma sedikit sedih dengan kata2 tohmahan yang amat kita tak sangka2 dalam masa bertanding nie.  Tak kiralah pihak mana pun.  Pihak yang kalah ke yang menang ke.  Bila baca dekat wall di fb, kadang2 rasa tak sanggup nak baca.  Tapi terbaca jugak...Dari kata-kata lah ia boleh mencerminkan kepribadian seseorang itu..Ingatlah wahai teman...Salab bicara, buruk padahnya.

Bagiku lah, secara pribadi, aku tengok banyak kerusi yang menang kat pihak yang satu lagi.  Dan ia memang mengejutkan semua.  Dalam diam kan...Hurrmm...Bangkitlah kita sebagai orang melayu.  Sedarlah..Jangan kita ni di halau dari tanahair kita sendiri...Aku takut 'one day' akan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini...Mana kita nak lari? Mana kita nak sembunyi? Diorang bijak. Tahu kelemahan bangsa kita.  Tahu yang kita ni baik hati..Tahu dari pelbagai segi. Cuma diorang mencari masa, peluang dan lubang untuk mencelah.. Aku takut...Korang pun pasti takut..

Berdoalah pada tuhan agar Malaysia sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat.  Ingat Allah selalu...Hanya Dia yang Mengetahui apa yang berlaku...Allahuakhbar!!


Aku rakyat biasa....



p/s: Hujan turun...Langit menangis....

Thursday, April 25, 2013

Volunteer bagi gift pack kat homeless...

Salam malam semua...

Apa khabar? Hari ni baru je lepas bagi gift pack kat homeless yang dekat belakang Tune Hotel.  Homeless?Korang tahu apa itu Homeless? Ye, mereka yang tiada rumah, tiada tempat tinggal dan hanya tidur di kaki lima. Mungkin segelintir. Mungkin ramai.  Itu baru area kat situ.  Belum masuk area lain lagi di sekitar KL nie..

                                                                       Google Homeless

Kami, group 1 dari company kami bergabung tenaga dengan group dari Pertiwi mengedarkan makanan pada setiap homeless di sekitar situ.  Company kami bagi mineral water, air kotak, biskut dan snack untuk mereka yang datang.  Hari ini untuk first day n first program untuk Volunteer company kami for this month.  Every month ada sekali until end of the year 2013.  Hope setiap perjalanan program kami berjalan dengan lancar.

Back to program...

Rasa sedih jugak tengok keadaan diorang.  Lepas habis edarkan makanan, diorang duduk di kaki lima makan kat tepi tu.  Rasa hiba jer..Sebab tertanya mana family diorang, mana diorang nak tidur malam nie, diorang mandi kat mana...Nak2 ada di antara diorang yang dah ada family.  Ada anak kecik.  Hurmm..Kat mana ye diorang tidur...Apa perasan diorang...Hurmmm...

.
.
.
.
.
.

"Alhamdulillah...Syukur pada Mu Ya Allah"..
Kita masih ada peluang untuk mencari rezeki dan mendapat kehidupan yang lebih baik...
Ingatlah, sesusah dan sepayah mana hidup kita, hidup orang lain lagi susah dari kita..
Kita jangan tengok pada kesenangan orang lain, cuba kita tengok kesusahan orang lain...Dan cuba insafkan diri kita...

Jangan sesekali mengeluh atas apa yang berlaku yang kita tidak suka.  Itu hanyalah ujian dari-Nya.  Kita sepatutnya ucap Alhamdulillah, syukur.



p/s 1: Rasa bahagia bila dapat tolong orang lain...
p/s 2: Dapat kawan baru...Takdelah tengok muka sama kat ofis tu..


Monday, November 5, 2012

Kuruskan badan? Kempiskan perut? Lawas? Cerahkan mata? Kulit cantik?

Dah baca title kat atas? hehehe...Ye..Itulah angan2 seorang wanita...Nak semua dalam satu pakej...Tapi itu yang sebenarnya yang susah nak dapat...Kan...Sebab banyak yang nak kena consider...Contoh, kurang makan...Banyak makanan yg tak boleh nak sentuh...Exercise lebih...Dan macam2 lagi la...Hurmmm...Macam mana nie??? Waaaa...

FYI, aku pun dah naik berat badan...Aduhh..Makan pun dah makin bertambah sekarang nie...Nak2 asyik makan kat kedai jerk...Hurmmm...Adakah stress boleh naikkan berat badan? Hurrmm..Maybe...:)

Bagi aku, kalau nak senangkan membuang, nak kena makan fiber..Dulu memang ada makan fiber..Senang nak membuang...Tapi bila dah tak amalkan...Hurmmmm...Kena makan la nie...huhuhu...Dulu memang makan  Phyto Fiber...Cepat jer lawas..Suka2...Rasa cuci jer perut...Kena cari la nie...

Madu..Dah berapa bulan dah tak makan nie...Aisshhh...Suka makan madu jugak sebab boleh jugak lawaskan perut dan mencantikkan kulit...Memang rasa best...

EPO...Macam teringin nak makan...Macam best jer...

Tapi sekarang ni bila tengok ada member yang dah makan jus bidadari nie, dia rasa best je, macam nak try jugak...Walaupun sesuai untuk yang dah berumahtangga, yang bujang, apa salahnya makan kan...hehehe..

Exercise...Penting jugak tu...Bila la nak start nie...Lemak ni pun dah makin berlemak-lemak nie...kekeke...

Member2 opis pun dah pergi gim, sauna n makan alpha lipid..Wah, kental sungguh semangat diorang berdiet..Buat aku rasa jeles jer...Waaaaa....Penat aku hasut diiorang makan nasi lemak la, makan coklat la, makan makanan bergula la...Memang tak jalan..Kental betul semangat diorang...Tabiiikkk...


Apa2 pun Fulus kena cukup....Kaaannn...

_______________________________________________________________________________

Ini cerita dulu dan sekarang aku dah ada solution dan telah memilih Produk Shaklee bila dah dapat dan rasai sendiri kehebatan Shaklee nie...Saya dah senang nak membuang, kurang gatal2, mata dah kurang silau, kulit dah lembut dan berseri dan kuku tidak rapuh lagi....Feel free to contact me. Consultant free dan dengan harga hebat sesuai dengan bajet anda...

Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee:  920988
Emel:  mawaddah84@gmail.com
Tel: 013-6760811.

Produk Shaklee untuk Skincare, Slimming, Masalah-masalah kesihatan yang lain seperti Ekzema, Gout dll.  Serta sesuai bagi mereka yang nak kehamilan, set penyusuan, penyuburan, kesihatan yang optimum serta kecantikan luaran dan dalaman.


Thursday, July 19, 2012

Alhamdulillah...Rezeki ada...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Weee..Lama tak berceloteh di sini..Ni baru lepas balik kerja after pesta makan2 tadi...Pesta makan2 tadi untuk menyambut puasa di bulan ramadhan..Banyak giler resepi2 yang terhidang tadi..Ala2 buffet gitu...Pergghh! Semuanya lazat-lazat.  Penuh perut tak tau nak cakap apa dah...Rate harga dalam RM60-RM80 kot kalau aku tak silap.  Kat D'Rasa Kuala Lumpur.  Aku dan family datang lambat tadi lor...Kalau tak boleh la dapat sourvenir dari D'Rasa tadi.  Aku curi2 pandang2 dalam beg orang tadi, adalah nampak kurma Yusof Taiyoob...Kurma yang glamer tu, aiyyooo tak kenal plak...

Itu rezeki makanan...Alhamdulillah...Tak baik menolak rezeki orang nak bagi kan...Free lak tu..Tu yang penting..Hohoho..Ada aku capture gambar makanan2 yang lazat tadi..Tapi tu la camner erk nak transfer ke laptop ni..Hehehe...Tu pun nak tanya...Kalau berkesempatan, insyaallah aku akan update gambor2 makanan yang sedap2 tu...hehe

Ini rezeki pertama...Yang kedua aku nak cerita....Rezeki dapat kerja...Alhamdulillah..Aku dah dapat kerja walaupun mungkin lari dengan stadi aku dulu...Tak pe la..Mungkin rezeki aku dalam bidang nie...Bukan dalam bidang engineering..Atau mungkin suatu hari nanti aku boleh apply bidang engineering lak kan...kan...hehehe..Walaupun apa kerja kita, kita kena suka dengan kerja kita..Ya, orang kata, kerja dengan apa yang kita minat..Mungkin kita tak suka pada mulanya, tapi cuba2 lah untuk suka akan setiap pekerjaan yang kita dapat dan biarlah ikhlas..Barulah kerja kita berkat...Disukai ramai dan tak lupa juga disukai bos...Biarlah ada target nak siapkan kerja, insyaallah akan siap dengan cepat dan tersusun...Dan aku suka dengan kerja ini walaupun serious ly banyak kerja dan sangat sibuk...Sampai tak menang tangan dibuatnya...

Alhamdulillah...Syukur....


P/s: Selamat menyambut awal ramadhan ye kawan2...Jangan ponteng2 puasa tau...

Sunday, June 24, 2012

Ber'Online' lah aku lepas nie...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi uols...Ecece..Guna uols plak...hihi..Dah tengok citer filem mael lambung?? Errr..Aku belum tengok lagi...Best tak? Agak2 kalu ada Zizan mesti best kan...Lawak bersahaja dia tu..

Nampak gayanya dan insyaallah aku akan kembali ber'online'.. Dan sedikit rajin nak hapdate blog..Yeke..Leh caya ker...haha..

Dah tu apa guna ada broadband..hoho..Terpaksa le korbankan sedikit wang untuk broadband ni..Sebab apa, kadang2 rasa nak giler tanpa internet..Wohoho...Ayat tak boleh blah..haha...Sebelum ni, akak n abang ipar ada belanja kan broadband prepaid maxis punya..Terima kasih daun keladi..Kembang idung2 dapat broadband free...Tapi...Huhh! Apa kejadahnya, topup2 tapi tak leh internet nya...Hangin satu badan..Padahal diri ni tak sedar, first time guna. Kurang paham penggunaannya, nak hangin..haha...Biasala manusia biasa nie...

Bila dengar khidmat nasihat suh pakai bil, hati terdetik mahu pakai...Diorang kata pakai broadband prepaid ni banyak masalah..Terdetik jugak, kalau banyak masalah nape terciptanya broadband prepaid..Nape tak buat bill jer..Kan tak menyusahkan orang...Hoho..Dush!! Padahal, aku yang tak tahu n tanya betul2 kat kedai tu pasal broadband prepaid nih...hehe...Discuss2, lompat2, tenung2, pikir2...Haaaahh! Pakai jer la bil...Beli jer la...Bole la aku merapu2 dalam blog nih..hohoho..



p/s: Hi kawan2 n kawan2 blogger, lama tak bertegur sapa..Apa khabar?

Sunday, June 17, 2012

Hati dan Minda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar semua? Hope semua ceria2 lah ye walaupun banyak benda untuk difikirkan, banyak masalah untuk di 'settle' kan, banyak itu, banyak ini...Hidup ini perlu diteruskan...Ya, perlu diteruskan...Cuma kita ni berada di takuk lama atau tak...Nak 'move' atau tak...Nak berubah atau tak..Bergantung pada kita sendiri...Kena tahu keupayaan kita sendiri...Kadang2 kita tahu yang kita ni perlu berubah, perlu lebih berdaya maju...Cuma kadang2 kita tak tahu nak buat keputusan macam mana..Tak tahu baik dan buruknya...Tak tahu dan tak tahu...Nie lah masalahnya...Dusshhh!!! Amek wuduk, amek al-quran, pergi baca dan selami...

Kata orang, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...Kejadian2 yang kita alami hari2 ada yang kita suka dan ada yang kita tidak suka...Kadang2 kita rasa 'blur'...Nak suka kah...Nak tak suka kah...Nak terima kah..Atau tak kah...Even kalau benda tu dah berlaku..Kita tak boleh menolak..Tak boleh menidakkan...Kita kena terima walaupun terpaksa...Cuma hati kita, kita kena pujuk hati kita jika hati kita terluka dan tercalar walaupun sedikit...Terima lah dengan hati yang terbuka...Moga ada kebaikan di dalamnya...

Benci..Bersalah...Takut...Buntu...Pasti semua orang rasai...Serba tak kena...Dalam hati "Apa patut aku buat nie"...Pasti ada perasaan nie...Setiap orang...Hurmm..Bulatkan hati...Buat muka seposen...Hadapi...Hadapi..Hadapi...Jangan terlalu bermain dengan hati yang tersembunyi...Ntah betul ntah ke tak kata hati...Dan kadang2 ia perlu diluahkan untuk ditenteramkan..Untuk dikongsi..Supaya ada jalan penyelesaian...Hati baik, baik lah..Hati buruk, gelap lah diri...


Kesimpulannya: Hati perlu baik!! :) Euro 2012 now... Errrr...


P/s: Aku suka lagu nie: Terukir di bintang dari Yuna...:)



Sunday, June 10, 2012

Tekanan itu bagus atau tidak?

Tekanan...
Kadang2 ia boleh merangsang kita..
Untuk lebih bertenaga...
Dan lebih bersemangat...
Untuk mencapai apa yang kita nak buat...
Dan apa yang kita impikan...
SUCCESS....

Tekanan...
Kadang2 boleh melemahkan kita...
Membuat kita tidak berdaya...
Kosong...
Jiwa tak tenteram...
Habuk pun tarak...
FAIL...


Sangat best kalau tekanan itu menjadi SUCCESS daripada FAIL...
Kamu nak yang bagaimana...


Biarkan tekanan itu bergerak ke arah positif daripada negatif..
Senyum Selalu...:)

Monday, April 2, 2012

Sapa suka berkawan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aishhh..Lamanya rasa tak menaip2 kat blog nie...Hai..Apa khabar semua..kekeke...Permulaan salam di bulan 4 2012.

Banyak jer rasa nak cerita kat sini.  Apa yang nak di cerita tu dah lupa bila dah tak catit..Tapi bila dah lama tak bukak blog ni rasa macam dah reti plak nak buat ayat..Hahaha...

Macam2 dah berlaku...Huhuhu...Pengalaman mengajar erti hidup.  Kita perlu lah berhati2 dengan perkara2 yang lepas yang buat kita sakit hati, benci dan semua lah...Kena redha atas ketentuan-Nya...Dan kadang2 kawan pun kita tak boleh percaya bulat2 sebab kadang2 dia tikam kita dari belakang...Cakap itu, ini dan apa semualah..Padahal benda tu semua tipu belaka...Huhhh...Kalau kita berkawan dengan kawan yang baik, baik la kita..Kalau berkawan dengan kawan yang buruk, buruk la kita...So, kalau terkena dengan yang suka menipu, beringat2 lah...

Mungkin tuhan nak menguji kita..Dan suruh kita berfikir..Kita lah yang perlu meningkatkan kesabaran dan berserah segalanya...Ya..Mungkin kejadian tu amat pahit bagi kita..huhu...Tapi tu la...Dan mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...Mungkin kebaikan dan hikmah tu tak nampak dan datang sekarang..Mungkin suatu hari nanti, kita boleh nampak...

Berharap jalan2 yang kita pilih diredhai oleh-Nya dan ada keberkatan-Nya....

Saturday, October 29, 2011

Celoteh pagi sabtu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar semua...Moga sentiasa ceria2 menempuhi liku2 hidup ini...Pada yang tak berapa nak ceria, ceria2 kan diri anda...Yeah...Rasa segar je menghirup udara pagi2 nie...Minggu lepas cuti deepavali. Minggu depan cuti hari raya haji lak...Seronok betul cuti...Aku hari2 cuti..Ahaks...Gunakan cuti itu sebaik yang mungkin...:p Lepas nie, mungkin susah la mahu bercuti lagi...Mahu bekerja keras pulak lepas nie...Ayat keras tetiba ingat kat my friend, Kecik...Hahahaha...

Ha...Aku ada teka teki kat sini...Jawab tau...Jangan tak jawab..."Apa benda yang kat dunia nie ia semakin hari semakin meningkat?" Ha..Cepat jawab...

Lambat betul la korang jawab...Penat tunggu...Kekekeke...Ok2..Jawapannya ialah "umur"...Memang bilangan angka itu akan meningkat dari tahun ke tahun...Ada yang menurun ker? Tak logik..Tak logik..Hak..Hak...Hak...

Dengan meningkatnya umur...Macam2 berlaku...Macam2 terjadi..Cuma kita la boleh hadapi tak hidup ini dengan jayanya..Boleh tak handle macam2 benda...Yang takutnya..Aku da tua...Waaaa...Sepatutnya, kita tak boleh ucap selamat hari jadi tapi kena ucap selamat hari tua...Sebab meningkatnya pertambahan umur...Uhuk..Uhuk...Tua suda....:p Hari ni bukan hari jadi aku ya...hehe...Bila berada di kalangan orang muda ni, secara automatik diri ini merasakan muda jugak...Tapi bila berada di kalangan orang yang lebih berusia, diri ini berasa begitu jugak...Tua2 berisi ok jugak..Ni tua2 kosong....Paham2 je la istilah "berisi" dan "kosong" itu...Yang penting adalah pengalaman hari2 itu mengajar erti hidup...Dari yang tak baik kepada yang baik...Dan yang baik, kena lah menjadi yang terbaik...Moga semua baik2 aje...

Minggu lepas, banyak aktiviti yang di buat dan ada agendanya...Nanti kalau rajin, boleh la diceritakan di sini...Dan minggu lepas juga, sebahagian kawan2 aku sudah konvo...Rasa nak senyum je tengok diorang konvo..Perasaan jeles itu ada jugak okeh...Tapi itu la, aku tak dapat datang ke sana sebab sudah punya agenda lain...Senyuman aku melebar apabila melihat gambar2 kawan2 ku dengan jubah yang ter"calit dua line"...Seronoknya...Pengorbanan yang tak sia2...Insyaallah aku akan menyusul...Kalau tiada aral melintang...Dan kalau semangat ku tak menurun...Mungkin diorang sekarang nie terfikir2 untuk memiliki "kopiah lembik" aka PHD..Kenapa kopiah lembik? Sebab topi yang berbentuk empat segi akan bertukar kepada topi itu...hehehe...

Seronok jugak berceloteh di pagi hari nie...Sejuk2..Nyaman...Segar bugar...hehe...Yang baik di ambil sebagai teladan dan yang buruk dijadikan sempadan....Ececece...




p/s: Mungkin jalan yang bersimpang siur itu akan berubah menjadi straight....Renung2kan...:)

Saturday, October 15, 2011

Ketagih ke...

Assalamualaikum dan salam semua....

Apa khabar semua...Hope sihat2 sentiasa...Lalala...Kalau tak sihat, apa kata jom kita senam robik...Exercise skit...Keluar peluh...Sihatkan badan...Tengok youtube sudah kalau malas sangat nak kuar...hehe...Tapi keluar lagi la baik, sebab dapat hirup udara segar, melihat permandangan yang hijau dan tak dilupakan juga, dapat cuci2 mata...Tetttt!!! (Lama sudah tak cuci mata) :p

Satu, dua hari ni dan minggu depan, aku kena siapkan task aku untuk achieve my target...Yeehhaaa...Hope dapat la capaikan...Harap dan berharap...Tak mahu dah delay2 lagi...Terasa masa yang lalu amat2 lah membazir...Tapi yang lalu biarlah berlalu dan fikirkan apa mungkin akan berlaku pada masa hadapan...Hurrmm...Hidup perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan...:)

Tajuk sedikit lari daripada topik...Ketagih...Dalam minggu ni asyik nak minum neslo aje...Ketagih kah...Kadang2 tu kalau minum kopi dalam minggu tu, adalah minggu tu asyik minum kopiiii jee....Then, bila tukar menu lain...Neslo misalnya...Neslo je la...Sedappp kottt...Bila lidah mula tergeliat dan sengal2 tak mahu dah, mula la cari yang lain pulak...Macam makanan la...Bayangkan kalau asyik makan benda yang sama je dalam seminggu...Pasti jemukan...Sib baik tak ketagih makanan 'fast food'...Mahu naik berkilo kilo berat...Tak mo..Tak mo...Badan tak sihat...Otak lagi lah tak cergas...



p/s: Kalau anda stress, jom kita lompat bintang...Satu...dua...tiga...Lompat!!! haha...Good girl...

Friday, October 7, 2011

Cuak sekejap...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat berhujung minggu...:) Moga ceria2 selalu...Apa plan cuti2 dua hari nie...2 hari je pun...Aku cam bese...Duk rumah goyang2 kaki sambil2 buat pape yang patut...Layan hobi best jugak kan...Sib baik hobi aku ni yang membolehkan aku duk umah je sambil melayan movie...Muehehe...Mahu lihat apa hobi aku...Apa yang ada kat sini.  Klik SINI...

Cuak sekejap....Hurmm...Takdelah sekejap mana...Lama la jugak...Dalam 12 jam camtu...

Sebab...Henset aku pengsan sekejap...Awal2pagi, sedar2 je...Terus capai henset...Nak tengok jam kul berapa...Kalau awal sangat, tidur balik (buruk perangai)...Kalau lewat sangat sampai dah cerah, mula la kan kelam kabut bangun pagi...Tapi tu la...Tak hidup plak henset tu...Nak kata habis bateri, baru je cas petang tu...

Mula merangkak dalam kepekatan gelap...:p..Bukak lampu..Tengok jam atas meja....Aiseh..Baru pukul 4:30 pagi...Lebih kurang cam tu la...Akibat daripada terkejut sebab henset rosak, terus jadi segar bugar je mata nie...Bukak pc, internet, layan je la mana yang patut...Hurmmm...

Huhu...Henset pun pandai bergurau...Bukan apa...Takde duit nak beli henset baru...Uhukk...



p/s: Panjangkan lah umur henset ku...kekekeke...
p/s: Oh ya...Pasal entry konvo sebelum, actually bukan aku yang konvo...Member2, junior, senior, lecturer, anak buah dan graduan2...Ngeee...

Monday, October 3, 2011

Petua demam, selsema dan batuk: Saya sedang melakukan eksperimen ke atas diri saya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wahhh..Tajuk ayat kat atas tu bukan main lagi panjangnya...hehehe...Dan memang itu lah yang sebenarnya berlaku...Oh...Hi..Apa khabar semua...Rasa lama tak bertanya khabar dengan semua orang...Nak kata busy, takde la jugak...Nak kata tak busy pun tak jugak..So berada di tengah-tengah...But maybe, this week and next week akan busy...Yeahhh...kikikiki...Maybe......

Apa eksperimen yang telah aku lakukan....Haaaa...
Eksperimen mengaktifkan dan menyihatkan badan tanpa paracetamol, ubat batuk dan selsema....
Ce cite...Ce cite...hihi...Actually masa hari rabu minggu lepas memang rasa badan cam nak demam je...Tak panas lagi badan ni cuma rasa tak larat umpama mahu demam...Esoknya tu rasa la panas sikit2...Sikit je...Mungkin itu tandanya....

Dengan rasa kekuatan super saiya mahu bertekad dalam diri mahu nyahkan paracetamol dalam diri...Sebab apa aku tak mahu makan paracetamol nie...Macam2 citer dengar..Dan ritu aku baca dalam facebook, paracetamol ni just sekejap je tindakbalasnya...Bukan mahu menyihatkan dan meredakan demam tapi tu lah apa yang aku cakap....Sekejap je dia bagi tindak balas, lepas tu akan panas balik badan nie...Itu apa yang aku baca la...Dan aku rasa pun macam tue...So, suggestion dia, amek air suam, letak dalam baldi dan rendam kaki dalam tu...Untuk mengurangkan suhu badan...Dan aku rasa lega la sikit...Ni tambah lagi Cik Keyyah suruh lapkan air suam di sekitar sendi2 tubuh badan....Rasa panas tu berkurang la...

Fasa kedua...Lepas rasa panas badan, mesti la selsema datang dengan senyuman...Bila dia senyum tu, memang dah agak dah dia nak jadi kawan kita...hehehe...So aku tanya la mr google..."Mr google, camne nak hilangkan selsema nie..." Dia pun jawab...Eh, banyak dia bagitahu...Macam2 la...Aku tapis la...Ecece..Tapis2 pulak...hihi...(Bukan apa, buat berdasarkan apa yang dia nak tu ada di sekitar aku..contoh: dapur)...Tapi apa yang aku praktikkan dan telah pun melakukan eksperimen ke atas diri aku....Ada 3 cara...

1) Mencium dan mengambik bau bawang putih...Ambik bawang putih, hiris or dengan kata lain, belah dua, then cium...
2) Sapukan kunyit kat batang hidung...
3) Amek vicks dan letak kat bawah tapak kaki then pakai stokin then tido...

Dan kesannya....No 1 dan 2 aku rasa keberkesannya...Tapi yang no 3 tu aku tak pasti...Sebab sebelum aku buat no 3 tu aku dah melakukan no 1 dan 2...Korang try la buat then gtau aku yer...hihi...

Fasa ketiga...Tada...Uhuk...Uhuk...Batuk...Sapa suka batuk angkat tangan...Pasti sume cakap...Tak mo...tak mo kan...hehehe...Cam bese...Tanya mr google...baik sungguh mr google ni..Banyak betul petua2 tradisional yang dia bagi....Tapi yang aku buat, amek madu 1 sudu makan dan perah air limau nipis...Limau lain boleh kot...Rasa lega la sikit anak tekak ni walaupun batuk memang tak berkurang lagi...Sebelum ni try 1 kali je satu hari..Dan kali ni nak try 3 kali makan dalam sehari...Insyaallah akan hilang....Ok la kan daripada minum ubat batuk 3kali then kena tidur plak 3kali 1 hari sebab kena penangan ubat batuk...Bagi aku, ubat batuk=ubat tidur...

Kan aku dah cakap, aku buat eksperimen kat atas diri aku....Kalau korang rasa nak amek panadol ke, ubat batuk ke, amek la...Tak larang...Tul tak...

First time buat eksperimen ke atas diri...Sebelum ni pun amek paracetamol dan ubat batuk jugak....

Korang ada tips lain ke...Share share...Sharing is caring kan....:)


p/s: Bubur jua jadi peneman bila tekak rasa tak best....Sekarang ni musim demam ke ha....



____________________________________________________________________

Updating:

Oleh kerana sekarang ni aku dah fall in love dengan produk shaklee, Nutriferon daripada shaklee membantu anda dalam melegakan demam, batuk dan seangkatan dengannya.  Sebab ia mengandungi imunisasi untuk melindungi anda serta anak anda.

Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee:  920988
Emel:  mawaddah84@gmail.com
Tel: 013-6760811.

Feel free to contact me.  :) Bagi dengan harga yang menarik dari aku...:):):)



Yang syoknya sebab Produk Shaklee ada jugak set untuk:
Mengandung, Menyusu, Kecantikan,  Berpantang, Kurus, Pembedahan, Gout, Ekzema, Kesihatan dll....

Saturday, September 24, 2011

Sedapnya coklat nie...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam berhari minggu semua...Moga ceria2 selalu...:)
Takde apa yang nak dicerita cuma nak cakap yang.....


Coklat nie memang sedap dimakan..Bila cair dalam mulut, waaahhhh....Teruja...
Coklat hazelnuts dari Vochelle memang i suka...Lalalala...:)


p/s: Hari isnin ni, anak buah konvo kat utm...Best la dia...Ibarat macam coklat...Ehhh....:p
Related Posts with Thumbnails