Assalamualaikum dan salam pagi jumaat...
Moga semua dalam keadaan baik2 aje...Dan ceria2 selalu....Tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi....Ececece....:p Sedikit kemalasan nak meng'update' blog tapi akan ku gagahi jua untuk bagi sedikit ilmu pada hari ini.....:)
Hari ni aku nak bagi sambungan "Soal jawab antara Raja Syurga dan Raja Neraka iaitu Iblis"...Moga ia jadi panduan untuk kita semua....
Soal Nabi yang ke4: "Hai Iblis! Apa pula yang terlebih dahulu engkau menipu segala manusia?"
Maka sembah Iblis: "Pertama, hamba palingkan imannya supaya berpaling pada iktikadnya kepada kafir sama ada perkataan atau perbuatannya, kelakuannya atau hatinya. Maka jika tiada berpaling juga dengan secara begitu, maka hamba tarik pula kepala jalan yang mengurangkan pahalanya supaya lama kelamaan mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba".
Nauzubillah....Mintak2 lah kita dijauhi dari perkara2 yang mengikut kemahuan Iblis...Sentiasa lah bersihkan hati kita dengan perkara2 yang baik dan beramal lah ke jalan yang diredhai oleh Allah....Amin...
Moga tuhan mengampuni dosa-dosa kita yang lalu.....Amin ya rabbal alamin....
Entri berkaitan: SINI dan SINI....
Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI
Showing posts with label Soal Jawab Raja Syurga vs Raja Neraka. Show all posts

Friday, July 22, 2011
Tuesday, July 5, 2011
Kenapa kita perlu mencukur/menggunting/mencabut bulu? | Tidur (2)
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat malam semua...Hari ni aku nak bersambung artikel aku yang sebelum ni kat SINI yang berkaitan Soal Jawab antara Raja Syurga dan Raja Neraka iaitu Iblis...Errr..Ada kaitan ngan tajuk di atas...Bukan saje2 letak tajuk camtu...hihi...
Ok2...Kali ni aku letak 3 soalan yang ditanya oleh Nabi Muhammad pada Iblis. Soalan seterusnya...
Soalan ke 16: Soal Nabi Muhammad: "Hai Iblis! Siapa yang terlebih kesukaan engkau?" Maka sembahnya: "Iaitu apabila lelaki dan perempuan yang tiada mencukur atau tiada menggunting bulu ari-arinya (bulu yang tumbuh di sisi kemaluannya) yang telah sampai masa 40 hari lamanya maka duduklah hamba mengecilkan diri seperti pijat-pijat bersarang di situ demikian lagi tempat hamba bergantung dan berbuai iaitu pada bulu ketiak orang yang tiada mencukur atau mencabutnya."
Soalan ke 17: Soal Nabi Muhammad: "Hai Iblis! Siapa saudara engkau?" Sembahnya: "Iaitu orang yang tidur tiarap atau yang tidur matanya celik waktu subuh, maka ia tidur pula tiada segera sembahyang subuh, maka hamba uliti akan dia lena membawa terbit matahari dan demikian juga pada waktu zohor, asar dan maghrib hamba beratkan hatinya menjadi malas mengerjakan sembahyang."
Soalan ke 18: Soal Nabi Muhammad: " Hai Iblis! Dengan apa jalan yang membinasakan diri engkau?" Maka sembahnya: "Iaitu orang yang membanyakkan menyebut nama Allah dan banyak memberi sedekah dengan tiada diketahui orang, membanyakkan taubat, membanyakkan tadarus al-Quran dan sembahyang di waktu malam."
Aku tengok sekarang ni orang bagi sedekah siap nak panggil media lagi....Errrr.....
Dah2 la dulu tiga tue erk...hehe...Nak sambung wat keja lak (kalau tak ngantuk)...hihi...Moga dapat jadi panduan untuk kita semua...Peace yo! :)
p/s: Senyum-senyum selalu yo! :)

Apabila hendak tidur bacalah Bismillahirrahmaanirrahimm sebanyak 21 kali.
Soalan ke 18: Soal Nabi Muhammad: " Hai Iblis! Dengan apa jalan yang membinasakan diri engkau?" Maka sembahnya: "Iaitu orang yang membanyakkan menyebut nama Allah dan banyak memberi sedekah dengan tiada diketahui orang, membanyakkan taubat, membanyakkan tadarus al-Quran dan sembahyang di waktu malam."
Aku tengok sekarang ni orang bagi sedekah siap nak panggil media lagi....Errrr.....
Dah2 la dulu tiga tue erk...hehe...Nak sambung wat keja lak (kalau tak ngantuk)...hihi...Moga dapat jadi panduan untuk kita semua...Peace yo! :)
p/s: Senyum-senyum selalu yo! :)
Monday, July 4, 2011
Raja Syurga Bersoal Jawab dengan Raja Neraka iaitu Iblis (1)...
Assalamualaikum dan salam pagi...
Alhamdulillah, syukur ke hadratnya dapat kita menghirup kembali udara yang segar nie...Alhamdulillah sekali lagi...Burung berkicau, cengkerik berbunyi dan ayam berkokok diselang seli bunyi kereta dan motor memecah kesunyian pagi...Sungguh indah ciptaan Allah S.W.T...:)
Aku ada terbaca satu artikel yang diberi oleh jiran sebelah. Artikel ni adalah berkenaan dengan Raja Syurga (Nabi Muhammad s.a.w bersoal jawab dengan Raja Neraka iaitu Iblis laknatullah)...Banyak ilmu yang aku dapat daripada hasil pembacaan ini dan aku nak kongsikan di sini...Supaya ia memberi manfaat pada kita semua...
Sebenarnya pertanyaan yang diutarakan oleh Raja Syurga adalah sebanyak 40 soalan kepada Raja Neraka...Memang panjang tapi kat sini aku bagi satu dulu soalan yang ditanya oleh Raja Syurga....
Soalan ke 10(errr...tetiba ke 10). Soal Nabi "Bagaimanakah tipudaya engkau kepada umatku?"
Maka sembah iblis, "Adalah umat tuanhamba itu kepada hamba ada 3 macam:
(1) Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuh-tumbuhan lagi banyak munafaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan menjauhi segala tegahannya dan kata Jibril alaihissalam, "Ada pun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat".
(2) Umat tuanhamba itu seperti tanah iaitu orang sabar, syukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta berbuat amal saleh dan bertawakal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan, dan
(3) Umat tuanhamba itu keadaanya seperti Firaun terlampau sangat tamak dengan harta dunia dihilangkan amal akhirat. Maka sukacitalah hamba kepadanya lalu hamba masuk ke dalam tubuhnya, hamba putar hatinya menuju ke lautan derhaka. Apabila telah tetap pada jalan kejahatan, hamba hela barang ke mana kehendak hamba, jadi ia sentiasa bimbang kepada dunia dan tiada suka menuntut ilmu, dijadikannya dirinya tiada kelapangan pada beramal, tiada mengeluarkan zakat hartanya dan setengah miskin yang hendak beribadat, hamba goda ia minta biar kaya dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan cita-citanya mendapat kesenangan, maka dilupakannya berbuat amal, tiada mahu mengeluarkan zakat hartanya seperti Qarun dengan mahligainya dan dirinya serta harta-bendanya habis terbenam ke dalam bumi kerana ia nya tidak mahu membelanjakan pada tiap-tiap jalan yang memberi kebajikan dan jika kena sakit tiada sabar, ia sentiasa berbimbang hatinya akan hartanya dan setengahnya yang kaya asyik dengan berebut dunianya, cakap besar kepada sesama Islam dan benci kepada yang miskin dan menghinakan kepada mereka itu dan gemar mengeluarkan hartanya kepada pelbagai jalan yang maksiat dan menaburkan hartanya kepada perempuan perempuan jahat dan tempat-tempat judi serta dancing".
Thanks sebab dapat baca dengan habis dan jayanya...Tu baru 1 soalan...Ada lagi soalan2 yang menarik untuk ketengahkan...Insyaallah ada kelapangan, akanku selitkan di entri2 seterusnya....
p/s: Peringatan untuk ku jua...

Subscribe to:
Posts (Atom)