Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Monday, July 4, 2011

Raja Syurga Bersoal Jawab dengan Raja Neraka iaitu Iblis (1)...

Assalamualaikum dan salam pagi...

Alhamdulillah, syukur ke hadratnya dapat kita menghirup kembali udara yang segar nie...Alhamdulillah sekali lagi...Burung berkicau, cengkerik berbunyi dan ayam berkokok diselang seli bunyi kereta dan motor memecah kesunyian pagi...Sungguh indah ciptaan Allah S.W.T...:)

Aku ada terbaca satu artikel yang diberi oleh jiran sebelah. Artikel ni adalah berkenaan dengan Raja Syurga (Nabi Muhammad s.a.w bersoal jawab dengan Raja Neraka iaitu Iblis laknatullah)...Banyak ilmu yang aku dapat daripada hasil pembacaan ini dan aku nak kongsikan di sini...Supaya ia memberi manfaat pada kita semua...

Sebenarnya pertanyaan yang diutarakan oleh Raja Syurga adalah sebanyak 40 soalan kepada Raja Neraka...Memang panjang tapi kat sini aku bagi satu dulu soalan yang ditanya oleh Raja Syurga....

Soalan ke 10(errr...tetiba ke 10).  Soal Nabi "Bagaimanakah tipudaya engkau kepada umatku?"
Maka sembah iblis, "Adalah umat tuanhamba itu kepada hamba ada 3 macam:

(1) Seperti air hujan turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuh-tumbuhan lagi banyak munafaatnya dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan menjauhi segala tegahannya dan kata Jibril alaihissalam, "Ada pun ulama itu pelita dunia dan pelita akhirat".

(2) Umat tuanhamba itu seperti tanah iaitu orang sabar, syukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta berbuat amal saleh dan bertawakal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan, dan

(3) Umat tuanhamba itu keadaanya seperti Firaun terlampau sangat tamak dengan harta dunia dihilangkan amal akhirat.  Maka sukacitalah hamba kepadanya lalu hamba masuk ke dalam tubuhnya, hamba putar hatinya  menuju ke lautan derhaka.  Apabila telah tetap pada jalan kejahatan, hamba hela barang ke mana kehendak hamba, jadi ia sentiasa bimbang kepada dunia dan tiada suka menuntut ilmu, dijadikannya dirinya tiada kelapangan pada beramal, tiada mengeluarkan zakat hartanya dan setengah miskin yang hendak beribadat, hamba goda ia minta biar kaya dahulu, maka apabila disampaikan Tuhan akan cita-citanya mendapat kesenangan, maka dilupakannya berbuat amal, tiada mahu mengeluarkan zakat hartanya seperti Qarun dengan mahligainya dan dirinya serta harta-bendanya habis terbenam ke dalam bumi kerana ia nya tidak mahu membelanjakan pada tiap-tiap jalan yang memberi kebajikan dan jika kena sakit tiada sabar, ia sentiasa berbimbang hatinya akan hartanya dan setengahnya yang kaya asyik dengan berebut dunianya, cakap besar kepada sesama Islam dan benci kepada yang miskin dan menghinakan kepada mereka itu dan gemar mengeluarkan hartanya kepada pelbagai jalan yang maksiat dan menaburkan hartanya kepada perempuan perempuan jahat dan tempat-tempat judi serta dancing".


Thanks sebab dapat baca dengan habis dan jayanya...Tu baru 1 soalan...Ada lagi soalan2 yang menarik untuk ketengahkan...Insyaallah ada kelapangan, akanku selitkan di entri2 seterusnya....



p/s: Peringatan untuk ku jua...

12 comments:

Unknown said...

next Q plz..hehe

Bunga said...

peringatan tuk bunga..nanti bagitau yang 9 lagi tu yek cym..nak tau gak..

Aty Fared said...

same2 kite usaha dan doa agar tak tergolong dalam golongan ke-3 tu..[takut]

Lanunsepet Aku Seorang Blogger said...

tq atas peringatan...

Unknown said...

em... kalau boleh nak mintak fotokopi of the article.. boleh tak?

NasQ said...

sama2 la mengingati...

zati embong said...

thanks adah.peringatan utk semua.

M a W a D D a H said...

che'pi: boleh..sila2...



yang lain2: thanks atas komen2...lame xblogwalk blog kawan2...maap..huhu

Mr iz said...

terima kasih cik addah..menarik ni... peringatan kita sesama manusia... nak lagi ...nak lagi.... jagan lupa tu....

ORLANDO AHMAD said...

insof ana

iem said...

thxs adah berkongsi ilmu...
sama2 kita beringt dan berdoa...

Dzasc Skachers said...

thanks adah.. :)

Related Posts with Thumbnails