Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Rules of Food: Untuk mereka yang betul2 nak diet dan jaga pemakanan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat pagi jumaat semua...Moga pagi ni ceria-ceria selalu...Yerla kan lagipun hari ni adalah hari last ke sekolah...Untuk mereka yang jadi guru dan anak murid syoklah dapat bercuti panjang...Mesti bersemangat kan nak cuti....Mula la merancang nak gi jalan2 or melancong kat mane2...Eh..Namanya cuti sekolah....hehehe...

Hari tu, agak lama dah la...Aku ada tengok program yang best di tv...Rancangan The Oprah Winfrey Show...Topik kali ni menyentuh perihal makanan...Sebelum tu...Heboh perkatakan isu nasi lemak di ban di sekolah suatu ketika dulu...Korang setuju ker nasi lemak di ban di sekolah? Ciss...Topik lama aku baru nak kupas...Kekekeke...Kalu aku kurang setuju lar sebab nasi lemak sedap...hehehe...Kalau jajan/ cikedis/ makanan ringan dan minuman bikarbonat tuh aku memang bersetuju sangat2 lar kalau di ban di sekolah...Nasi lemak kalau makan dalam kuantiti yang sederhana bagi aku takde masalah....Agak2nya lah sekarang nie, masih ada jual lagi tak nasi lemak di sekolah? Ataupun kat sekolah ada jual buah-buahan, sayur-sayuran tak? Ataupun aiskrim dan gula-gula di ban? Ataupun isu ni heboh sekejap je pada mulanya, tapi mula dijual balik....Ce cite ce cite....Wahai guru2 dan anak2 murid....hehehe...

Iklan dan selingan: Aku dan kawan2 aku melantak steambot....Sila jangan jeles...hahahaha...

Ok la, duk lari sekejap dari topik di atas tapi masih ada perkaitan untuk kita bincang bersama dan fikirkan....Ok...Macam mana kita nak jaga kesihatan dan pemakanan kita...Absolutely from food that we eat...Right! And where the food come from and how the food are produced? Perlu ke kita titik beratkan...Of course...Halal? Yeahhh...Itu sudah semestinya...Dan sudah menjadi kewajipan kita untuk mencari makanan yang halal....Tak mahu lar, kes halal ni kita pandang remeh temeh sebab dikhuatiri akan menjadi darah daging kita...Hope pihak jakim berkeras dalam hal ini dan sepatutnya isu produk mana yang ada DNA babi ataupun seangkatan dengannya wajib diwar warkan kat tv ataupun radio...Supaya semua orang alert...Sebab bukan semua orang baca blog ataupun baca berita, isu2 semasa di internet....

Okla...Back to the topik...Dalam rancangan Oprah ni, memang sebut pasal isu makanan yang sihat...Oprah bersama Michael Pollan (pengkaji/penyelidik tentang makanan)..Isu yang dikupaskan berkenaan...What we eat...How we eat...Where the food come from and how the food are produced in factory...Memang ada perkaitan dalam makanan kita sehari-hari...

Daripada soalan Oprah yang pertama ditanya, daging manakah yang berkhasiat...Antara beef, pork, goat dan chicken...Dan ramai yang berada di studio tu berkata AYAM...Tapi sebenarnya adalah goat (KAMBING) di mana kambing ni kurang kolesterol dan mempunyai protein yang tinggi.

Dan ayam...Memang mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia...Tapi ketahui kah anda macam mana ayam tu membesar, membiak, penjagaan ayam2 tu, macam mana pengusaha handle pembuangan daripada sisa2 ayam...Kebersihan ayam...Penyembelihan dan lain-lain lagi....Oleh kerana permintaan ayam meningkat, ada yang mula menyuntik ayam supaya cepat membesar...(Sumber rancangan Oprah)..Ayam pun dah malas dah nak exercise, tu yang jadi tak sihat tu (melalut)...

Ok, bila kita ke supermarket, memang kita akan teruja dengan makanan2 yang dijual...Nak2 makanan yang dibekukan dan ekspress...Ayam goreng, coklat yang tinggi kandungan gula, makanan2 ringan dan lain2 lah...Ha, berapa kalori dalam makanan2 tu semua....Tak termasuk lagi makanan2 ekspress seperti McD, KFC dan seangkatan dengannya....Of course, banyak kalori dan lemak di dalamnya...Sekarang ni fast food makin lama makin murah...Camner orang nak jaga kesihatan nie....Aku juga boleh terpengaruh...Huhh...

Dalam rancangan ni, Michael Pollan memperkenalkan satu buku iaitu Food Rules. In his 20 years of reporting on food, Michael has picked up a number of rules to eat by. They're now collected in an eater's manual, Food Rules.


His guidelines to good eating include:

1: Eat food.
   (Makanlah makanan yang berkhasiat ye kawan2...)

2: Don't eat anything your great-grandmother wouldn't recognize as food. 
   (Contohnya makanan yang dalam tiub...Mungkin kalau nenek moyang kita masih hidup, mesti dia ingat tu adalah ubat gigi ke...Kiranya variasi dalam makanan la...Tambah ingredient tu, ingredient ni..Bentuk tu, bentuk ni....msg mesti tinggi...Memang sedap...Tapiiiii....)

7: Avoid food products containing ingredients that a third-grader cannot pronounce.
   (Makanan yang susah nak sebut tu mungkin makanan baru yang dihasilkan....Apa kandungan dalam makanan tu?)

13: Eat only foods that will eventually rot.
   (Yeahh..makan lah makanan yang cepat basi...Maksudnya takdelah dalam makanan tu letak ubat ke ape...Kalau cepat basi bermakna cepatlah hadam makanan tu dalam perut kita...Takde lemak..)

39: Eat all the junk food you want as long as you cook it yourself.
  (Makanan junk food boleh dimakan, tapi kena masak sendiri sebab kita tahu kandungan minyak, gula dan semuanya lah)...
 

"It's not that hard to eat well if you're willing to put a little more time into it, a little more thoughtfulness into it and, yes, a little bit more money," he says.
 
Yeahhh, kita tak nafikan bahan mentah pun makin lama makin mahal...Sayur, tepung, gula semua tue dalam penyediaan makanan....Kadang2 harga sayur pun boleh meningkat dalam sekilogram...Dan mula lar orang mencari fast food yang semakin lama semakin murah....


Apa yang penting, kita kena rajin dalam penyediaan makanan....


Video Rancangan Oprah dengan Michael Pollan berkenaan isu ni:
http://www.oprah.com/oprahshow/Food-Expert-Michael-Pollans-Food-Rules-Video



p/s: Entry lama yang aku hasilkan...
p/s: Kadang2 aku pun suka makanan ekspress....Hadooiiii...
p/s: Kalau salah, sila tunjukkan...

Friday, May 20, 2011

Jalan penyelesaian bila buntu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat pagi semua....Sikit je lagi nak tengah hari...hehehe..
Berkenaan entry yang sebelum ni, thanks atas nasihat semua kawan2...Memang jika diberi nasihat dan semangat akan lagi lebih bersemangat dan berfikir untuk bertindak...Thanks ya!! :) Sebab kadang-kadang fikiran kita tak boleh berfikir dengan lebih baik bila dalam keadaan bercelaru dan buntu...Hope dapat perkembangan yang lebih baik....Apa yang penting, kerjasama...hehehehe....

Antara2 perkara yang boleh kita cari jalan penyelesaian bila dalam keadaan buntu dan tekanan adalah:

1) Bercerita dengan orang lain dengan masalah kita.  Bercerita dengan kawan terdekat ke, famili ke, dengan yang tersayang ke....Mungkin ia sedikit sebanyak membantu kita...Kalau berdiam diri je dan pendam je masalah kita memang satu masalah untuk kita buat keputusan...Percayalah!

2) Mendengar terapi2 yang berada di sekeliling kita seperti burung berkicau, desiran pantai, bunyi angin, bunyi hujan atau mungkin dengar lagu...Tapi ni bila berada dalam keadaan stress...Insyaallah ia mampu mengurangkan sedikit tekanan dalam diri kita...Ni tahupun dari blog asada...Kat SINI...Siap ada video ha kalau korang duk dalam bandar...hehehe...Actually kat sini, first time aku dengar salji turun...Nak dengar kat luar negara, memang mimpi lah...hehehe...


3) Membaca sedikit sebanyak pengetahuan melalui buku atau web...Mungkin boleh membantu...

4) Membaca al-quran, yasin...Memang membantu kalau menghayati dengan penuh perasaan.

5) Last but not least, buat sembahyang istikharah supaya diberi petunjuk oleh-Nya...Bukan sebab nak cari jodoh je kena sembahyang istikharah....Bila kita banyak pilihan, sembahyang istikharah penting gak...Walaupun ia bukan memberi petunjuk dalam mimpi, mungkin ada petunjuk dalam alam realiti...Insyaallah...Sebenarnya, sembahyang istikharah ni bagus kalau buat hari-hari...Tapi aku, ya Allah lemahnya aku....

Mungkin ni pandangan aku...Kalau korang ada pandangan lain, boleh lah berkongsi pandangan di sini...Mungkin boleh membantu orang lain selain aku...Kan...:)



p/s: Contribution...contribution....hukhukhuk

Wednesday, April 20, 2011

Ipanelonline: Patut lar....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sekarang ni asyik hujan je kan...Seronok...Seronok tido...hahaha....

Tadi aku dah jawab 3 survey kat Ipanelonline...Seronok...hehehe...Dah boleh da la ni nak tukar ke $$$...Sikit jer...Itu pun nak cakap...Kehkehkeh...Tengah eksplore lagi dan lagi...Hehehe...

Tapi apa yang aku sedih sebab aku silap bagi link referrer tue...Kiranya yang daftar bawah aku bukan link aku sebelum ni tapi link orang lain...Tak habis copy link ritu...Sedih...Ntah link sapa lar tu...Patutlah tak masyuk yang referrer tuh...Silap link rupanya...Aduhhh...hehe...

Siapa yang berminat, boleh join kat SINI.

Sapa nak tahu apa tu Ipanelonline, boleh lah usya Ipanelonline: Jawab Survey Boleh Dapat Duit!!


p/s: Goyang2 badan macam Shin Chan...Jom!! lalalala

Friday, April 15, 2011

iPanelonline: Jawab Survey Boleh Dapat Duit...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua....

Sempena hari baik hari ni (Melaka cuti, yeay...hahaha)...Hari ni aku nak share kat korang untuk buat duit dengan mudah dan best dan sangat2 la sesuai buat mereka yang suka berblogging, facebooking (dah agak lama tak layan), blogwalking, duk saje2 king ni untuk join survey nie....hehehe...Ataupun yang dah tak tahu nak update blog pasal apa, boleh la jawab2 survey ni disamping boleh kumpul duit...Nak tunggu BE nuffnang? huhuhu....Takde dah...Dah lama dah ia tak menapak kat blog aku ni...So just ignore jer la....


Ipanelonline...Jawab survey yang dibagi melalui emel, dapat point, kumpul then boleh keluarkan duit...Tak payah traffik tinggi2 pun...Just jawab survey yang dibagi jer....(Ni adalah salah satu eksperimen aku yang ada aku bagitahu dulu kat entry sebelum2 nie)...

Kalau korang nak join,  

1- REGISTER kat SINI
2- Korang register macam biasa. Macam isi borang jer.
3- Selepas register, tunggu emel pengesahan dan klik link pada emel yang diberi.
4- Korang diberi mata 50 point percuma bersamaan dengan RM0.50.


BAGAIMANA IPANELONLINE BERFUNGSI DAN TAMBAHKAN DUIT???

1) Selepas 1 hari atau beberapa jam selepas tu korang akan terima survey (bergantung kepada pihak iPanelonline)
2) Korang jawab la survey tu dengan baik dan sejujur-jujurnya.
3) Pastu semak mata pada kolum pemberian... (contoh : 300 mata = RM 3.00) Aku baru saje diberi 300 point tadi selepas jawab survey berkenaan dengan komputer riba dan netbook (Survey di hantar melalui emel)...

DUA CARA NAK KUMPUL POINT

1) Jawab survey yang disediakan dan available.
2) Cari referral banyak2 (setiap referral akan dapat 50 point)
Sumber: Cikgu Dahlia.

MACAM MANA NAK TEBUS MATA JADI DUIT

Firstly korang kena ada akaun paypal dulu.... Sebab dia akan transfer mata menjadi duit kat akaun paypal korang... So, korang buat akaun paypal dulu..Cara2 nak buka akaun paypal, aku rujuk kat SINI dan akaun paypal juga boleh transfer ker akaun bank...Aku rujuk SINI
Sumber: http://sayanakhiburan.blogspot.com/

Aku dah cuba dan dah dapat point...

Klik untuk tumbesaran...

Dah lama tengok iPanelonline ni dari blog Cikgu Dahlia...Tapi buat tak layan jer la masa tue...Rugi plak rasa...hehe...

Dan bukti mereka yang dah cash out melalui iPanelonline ni kat SINI



p/s: Aku dah...Korang bila lagi?? hehe..(eh, macam pernah dengar jer kan ayat nih)...:p

Saturday, March 12, 2011

Ilmu Falak | Dingin dan sejuk-sejuk je....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam2 ni rasa sejuk2 jer...Hari ni hujan je sepanjang hari....Dan membuatkan diri mahu berselubung di sebalik selimut je...Kehkehkeh...Mula lah rasa malas nak mandi...Aku mandi okeh!! :p

Dah lah petang tadi kita dikejutkan oleh bencana Tsunami di Jepun....Terkejut dan menggigil seketika....Adakah ini dikatakan bala atau ujian dari Allah...Moga Malaysia dilindungi daripada terkena tempias tue...Aminnn...

Petang tadi tengok tv3 rancangan Al-Kuliyyah berkenaan Ilmu Falak...Menarik gak topik dia...Berkenaan dengan bintang, bulan, angin dan matahari...Contohnya, matahari sebagai penunjuk masa...Bintang pula sebagai penunjuk arah...Bulan?? Tentu lah nak tengok untuk puasa dan hari raya kan....Yang ni mesti hari yang orang tunggu2 kan...Termasuk lah korang....hehehe....Dan macam2 lah yang belum kita ketahui...Tak ramai yang mendalami ilmu ni kan...Macam mana ya kita nak tarik kaum muda mudi mendalami ilmu falak nie...

Dalam rancangan ni juga, ustaz kata yang kalau nak tanam pokok ke kadang2 kena tengok matahari, bulan jugak...Sebab dia ada waktu atau masa yang boleh menyuburkan atau melemahkan benih pokok...Dan juga dia cakap orang tua selalu berpesan, kalau hujan di tengah hari (panas) dalam sejam sebelum zohor, jangan bagi budak2 kena hujan sebab masa tu boleh menyebabkan kanak2 demam...Wallahualam...

Seperti kata pengacara majlis Ustaz Fauzi mengutarakan soalan....Dia kata..."Oh ya, kadang2 nelayan yang nak turun ke laut, dia tahu, eh hari ni tak boleh turun ke laut ni, nak hujan...contohnya lah....macam mana dia tahu...adakah itupun ilmu falak?" Ustaz tu cakap, ye...Ilmu gak tu...Cuma maybe nelayan ni lihat berdasarkan pengalaman2 diorang....Yelah dapat mengetahui persekitaran dan perubahan cuaca....

Seronok jugak erk ilmu falak nie...Banyak gak ar input yang dapat hari ni berkenaan ilmu falak nie...Dah ternyata ditulis dalam Al-Quran berkenaan ilmu falak ni kalau kita tengok, baca dan hayati....



p/s: Moga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah....Aminnn...

Thursday, March 10, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa Best Giler!!!

Hikayat Merong Mahawangsa Best Giler!!!
Hikayat Merong Mahawangsa Best Giler!!!
Hikayat Merong Mahawangsa Best Giler!!!

Itu jer lah aku nak cakap....Baru jer balik sebenarnya nie...Walaupun hujan rintik-rintik, ku sanggup tempuhi jua walaupun tanpa atap dan dinding...Senang citer, naik motor...Wakakaka....

Sib baik la lampu traffic light hijau jer sepanjang jalan...Tue yang syok tu...Wahahaha...

Tak perlu lah aku bagi sinopsis...Korang google lah aje kalau nak tahu...Tak yah tahu lah sinopsis tue, baik korang pergi tengok jer....Besttt woooo...Sangat syok bila speaker dalam wayang tu dipasang kuat...Kalau speaker kat rumah nie, huh mesti citer yang sedap jadi tak sedap....

Bestnya kalau citer ni disambung lagi..Macam boleh sambung lagi nie...Pelakon pun hensem dan sasa...Wahaha....



p/s:Agak2 Yusry KRU baca tak ea entry aku....:)

Wednesday, March 9, 2011

Kucing ni berak merata....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Huhhh...Kucing ni berak merata...Alamak!!! Atas tilam? Tepi dinding?? Aiiyyyaaaa....Kencing pulak dah....Hancinggg!!!

Terfikir dan dapat idea sebab baca entry dari blog edy pasal kucingnya yang bernama 'Kong'....hehehehe...


Aku nak bagi tips kat orang ni macam mana nak bagi kucing kesayangan korang berak pada tempat tertentu yang korang nak....

First bila korang tengok kucing tu berak, try amek lidi sebatang then cucuk kat shit kucing tue dengan hujung lidi....Then tempat yang terkena shit tue, letak la kat hidung kucing tu suh die hidu....Then, bawak lidi tu dan letakkan lidi tu kat tempat korang nak kucing tu berak...Biar lah dia ikut belakang korang...Bila dia dah tahu tu tempat dia akan buang najis dia, dia akan berak kat situ la....

Korang cubala kot2 la menjadi kan....Aku tak pernah try lagi....Kekeke....Ni kawan aku yang bagitau dah ianya BERKESAN....Korang cuba lah, pastu bagitahu aku, okeh....Hehehehe....




p/s: Kucing pun kena belajar jugak....Sib baik kucing tak gi sekolah kan....hehehe

Monday, March 7, 2011

Jom daftar dengan Heartbeat!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Actually aku dah lama join Heartbeat nie...Iklan berbayar selain nuffnang....Tak kacau glitterati nuffnang...Tapi ni lain sikit sebab ni iklan tuk jual product diorang....Tak rugi join...Bukan kena bayar pun...Daftar FREE....Lagipun kalau korang beli product daripada Heartbeat ni after korang register, korang akan dapat diskaun lagi...Boleh design sendiri untuk product (cenderahati ni)...Ada mug, frame, baju, keychain dan banyak lagi....

Hari ni baru rajin nak publish entry...100% copy dari mama zharfan...

Inilah tutorialnya:

Mula2 klik banner heartbeat kat blog ni yer...














2. Klik Icon Hearbeat seperti yang me bulatkan tu


3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat berkenaan


4. Masukkan Password Email Address then klik I agree HeartBeat's Terms of service then klik continue


5. Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah diatas



6. Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan diatas)
then isi kesemua maklumat yang diperlukan


7. Masukkan maklumat mengenai Blog anda (seperti contoh borang diatas)


8. Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...
then klik continue


9. Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat



10. Klik GET A CODE (seperti lampiran diatas)


11. Copy Code2 yang anda kehendaki(bertanda merah bulat), ada 4 code untuk iklan Heartbeat
 (seperti lampiran yang bertanda kotak merah blah atas)--setaip code adalah unik/tak sama utk setiap member heartbeat tau (mcm nuffnang punya code gaklah)

AFTER THAT TUTORIAL UNTUK PASTE CODE KE DALAM BLOG


 1. Pi Kat Design


2. Klik Add A Gadget 


3. Klik add HTML/JAVA SCRIPT then save, ulangi cara yang sama untuk letak ketiga2 iklan berkenaan



4. akhir sekali DRAG gadget berkenaan ke kedudukan yang dikehendaki...


done!!

selamat berheartbeat uolls!! 

jgn kedekut utk u click me i click u, sbb HB memang based on click2 yer--tak de isu fraud click! 
let's say, kalau 100 org click ur HB banner everyday, dh dpt RM4, kalau sebln ---RM4 X 30 days =RM120 kan..tak ke byk tu...., as side income from blogging, other than Nuffnang :) 

Sunday, December 26, 2010

Interview dan Tips: Soalan-soalan yang di tanya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari Rabu hari tu aku ke KL sebab ada interview aka temuduga dari syarikat xxxxxx...Syarikat yang buat produk telekomunikasi...Cuak...cuak...Bese la..Budak baru first time nak kena gi interview di syarikat besar-besar...Terasa kerdil diri ini..Hukhukhuk...

Berdebar wey...Interview pukul 4 pm tapi dalam 3.40 pm masih dalam kereta mencari parking...Kecut perut...Tapi bese la, bukan aku yang drive..Abang aku...hikhikhik...

Naik tingkat 15...Bila ting je, terus kuar dari lif...Debor giler weh...Terus berjalan masuk office...Sana speaking...Sinung speaking...Dan juga siap abang aku cakap..."Wahh..syarikat ni semua seksi-seksi eh..." Orang bukan bangsa melayu, memang ler seksi...nak-nak yang pakai skirt pendek...Errmm...

Abaikan kecuakan ini...Apa yang aku nak kongsikan ialah apa soalan-soalan yang di tanya...Ni ikut pengalaman aku la....

Antara soalan-soalan yang ditanya...
1) Please introduce a little bit about yourself....(Yang ni memang wajib di tanya)
2) Whats your project about...(Projek masa study)
3) What the application in your project...
4) Can you do overtime work...
5) If this company wants you to go oversea to training in eleven months, are you willing to go?
6) Can you work under pressure?
7) Are you wants to ask me the questions?

Ni adalah beberapa soalan yang di tanya oleh wakil syarikat...Apa yang penting, kena lah jawab dengan confident...Tapi bese la, gugup tu still adakan...Manusia biasa...

Senyum seindah suria...Cilok dari dekstop adik aku...Ngeh ngeh ngeh...Nie keje dia la ni lukis-lukis kat telur...

Senyum tu penting masa interview..Jangan la buat muka masam je...Sapa yang nak amek bekerja kan kalau muka tak senyum...

Prepare dulu 2@3 hari sebelum interview...Takdelah nak tergagap nanti...

Punctual..Of course...Dalam 30 @ 15 minit awal...

Kekemasan penting...Jangan selekeh-selekeh...Sekeh kan...hehehe...

Bab pakaian, macam bese, kena bergosok, baju kena kemas, pakai baju yang sesuai dan juga kasut bertutup...

Perlu lah tahu serba sedikit tentang company, apa yang company tu buat, apa yang company tu nak, produk apa, misi, visi...Hehehe...Kalau boleh, prepare la jugak...

Dan juga perlulah tahu apa kerja2 yang akan dilakukan dengan position yang kita amek...Contoh: Cikgu...Apa yang cikgu buat, kenapa, di mana, bagaimana dan bla bla bla...hehehe...Penting gak tuh...

Setakat ni je la yang aku nak gtau..Mungkin ada lagi tambahan yang aku terlepas pandang...Mungkin kita boleh berkongsi tips2 dan soalan-soalan yang akan di tanya masa interview...




p/s: Berada di kampung...lalalala...Pada korang2, jangan rindu daku walaupun ku tetap merinduimu...Chewahhh..:p

Tuesday, December 21, 2010

Tips bangun pagi yang ceria....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kita lupakan kesedihan itu sementara waktu...Kata orang tua-tua..."Buang yang keruh, ambil yang jernih...Baru teguh peribadi"....Eh..Macam nyanyian P. Ramlee lak kan...Hehehehe...Berdoalah moga ada sinar kebahagiaan dan sinar kejayaan suatu hari nanti...Aminnn...

Bukan nak cerita pasal itu....Cerita pasal lain plak...."Cerita kedai kopi....cerita kedai kopi...tiada hakim tiada saksi....cerita sensasi di kedai kopi..." hahaha..Ternyanyi lagu Malique feat Salam plak....kekekeke...

Bangun pagi ni rasa ceria je...Mungkin sebab tidur awal skit kot malam tadi...Bila tidur awal, badan kita, mata kita akan segar kan...Berbanding kalau tidur lambat....Tidur dalam pukul 3@4 pagi, confirm esok kan nya tu, kepala kita jadi weng weng macam tak betul, badan pun jadi lemah, muka pun nampak sedikit monyok...Bila tidur awal, rasa badan ni sedikit cergas dan bertenaga...Tenaga ni lah yang kita nak guna sepanjang hari ni lak kan....

Snap-snap masa adik aku konvo...Bear pakai topi...Ceria kan...:)

Camne ni nak bangun awal....

1) Dah sah-sah la kena tidur awal...
2) Set dalam minda, nak bangun awal...Nak bangun sembahyang subuh...Bila terkejut tu, terus lah bangun...Jangan duk tidur balik, confirm payah....
3) Niat dalam hati..."Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, kejutkan lah aku awal esok pagi kul sekian sekian sebab sekian sekian..." Mitak tolong dengan-Nya...Insyaallah....
4) Set jam kat jam loceng ke...Henset ke...Buat ringtone paling menyampah korang nak dengar...Jangan lah ringtone pun macam mendayu-dayu atau slow macam tak nak dengar je atau pun macam bunyi kentut...Kentut yang nak tak nak keluar tu....Hahahaha...
5) Kalau ada famili, kawan-kawan, adik beradik, jiran tetangga, pesan kat diorang suh kejutkan...Suh la simbah air ke kat muka korang...Setakat sebaldi tu, ok la kan...Tapi korang jangan marah plak....Hahahaha....

Aku praktik no 1, 2, 3 je....Yang 4 dan 5 tak la...Aku suh korang la cuba dulu tengok camner...Hehehe...Ya..Actually aku lama tak set jam...Tak kira lah jam loceng atau jam henset...Tapi yang penting kena tidur awal lah...Dah kalau tidur pun dalam kul 3@4 pagi...Huhhh...Payah la mata ni nak terbukak dan yang pasti, badan pun dah penatkan....



p/s: Kita akan ceria bila kita ceria dan kita akan monyok dan bersedih hati bila kita fikirkan perkara-perkara yang sedih dan memenatkan otak...Apa yang perlu dilakukan...Ingat pada-Nya...Mohon semuanya ok...Tapi ingat, tindakan dan kekuatan tu pun perlu ada jugak....

Thursday, December 16, 2010

Saluran Percuma TV Al-Hijrah....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah...Dapat jugak aku bangun sahur hari ni...Bunyi ketek ketek Keyyah buka pemetik gas kat dapur mengejutkan aku...Nak jerang air...Pemetik gas?? Ntah...Hehehe...Moga2 aku dapat habiskan puasa sunat sempena 10 Muharram ni dengan sempurna...Ye...Hari ini adalah Hari Asyura...Memang bagus sangat kalau berpuasa sunat hari nie...

Godek-godek facebook jap tadi...Terbaca status kawan aku...

"Tahukah anda yang Terengganu adalah antara negeri yang sudah menerima siaran TV percuma terbaru Al-Hijrah? sebuah stesen TV yang berlandaskan ciri2 keislaman?alternative bagi pemuda pemudi yang sekian lama disogok dengan rancangan TV melalaikan?tahu ke dop nih? berat nanam nguh sek2 nih =P"

Apakah....Apakah aku terlepas pandang sebelum nie....Nampak sangat aku memang tak tahu ceritakan...Hehehe...Berita pasal ni dah hebah dah bulan November baru-baru nie...Memang sah sah lah aku terlepas pandang....

Ni TV kat rumah aku...hehehe

Saluran TV Al-Hijrah ni mempunyai program-program yang berunsurkan agama dan bercorak kerohanian...Antara yang terkandung adalah berbentuk berita, hal-hal semasa, dokumentari, animasi, filem, hiburan dan menjanjikan kelainan dan keunikannya di situ...Ia menyedarkan kita betapa pentingnya kesedaran, perpaduan dan yang paling penting keagamaan...Dah-dah lah tu tengok citer hantu...Mengarut semua tue....Hehehe...

Ini adalah antara channel-channel dan frekuensi-frekuensi yang ada dalam TV Al-Hijrah...Tekan menu dan cari kat TV...

Liputan              Saluran UHF     Frekuensi (MHz)
Lembah Klang              CH55                  743.25
Terengganu                   CH41                  631.25
Johor                            CH40                  623.25
Sarawak                       CH37                  599.25 
Sabah                           CH37                  599.25

Mungkin lepas ni akan sampai kat negeri lain...

Jom tengok online di SINI...Tapi yang aku tengok setakat ni hanyalah review sahaja...

Sumber yang aku dapat di SINI, SINI dan SINI.... 



p/s: Jom lah kita beri makan pada rohani pulak...Rohani pun perlu makanan jugak....Rohani bukan nama orang ok...hehehe...

Thursday, November 25, 2010

Menghalau dan memampuskan semut...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari itu, aku dengan ngantuknya nak beradu di kamar yang empuk (empuk la sangat atas toto...:p)...Tetiba nampak sekawan semut hitam masuk bilik aku...Berpusu-pusu diorang masuk...Macam seangkatan askar plak...Sambil-sambil tu bawak makanan di mulut diorang...Aisshh, confirm nak cari tempat tinggal...Huh...Terbeliak jap mata aku...

Then, Keyyah dengan machonya bagi Ubat Penghalau Semut...Aku dah lupa kitorang pernah beli ubat ni masa pergi pasar malam haritu...Dia dia...



Ala...Murah je pun...Rm5 je kot...Lupa...hehe...Memang berkesan la dan memang dah terbukti...
Ubat dia ni bukan setakat semut je, lalat, anai-anai, kerengga, ulat gonggok dan siput babi...Tapi kitorang try kat semut jer dulu....Memang mampus la semut tu dan tak berani datang dah...Tapi kat kawasan tu...Kat kawasan lain plak dia lalu...Adehh...Tu pun mungkin semut-semut ni bersepakat yang rumah kitorang ni best untuk dihuni...Hahahaha...



p/s: Aku pembunuh semut, nyamuk...Arrkkk...

Thursday, August 26, 2010

Apa nak cakap kalau orang bukan islam tanya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kenapa...Kenapa...Kenapa...
Kenapa tajuk di atas "Apa nak cakap kalau orang bukan islam tanya"??...Apa maksudnya...Apa perkaitannya...Sebab ada berlaku di sekeliling kita perbualan seperti ini berlaku...Tapi kita sebagai orang islam, macam manakah cara yang terbaik untuk kita menjawab apa yang ditanya...

 

Senario 1: Kalau orang bukan islam tanya..."Kenapa orang Islam memakai tudung?"..Dan rata2 akan menjawab..."Sebab kita sebagai umat islam sepatutnya menutup aurat dan Allah marah kalau kita tak menutup aurat...Berdosa"...Kemudian...Ditanya balik..."Kenapa ada juga di kalangan umat islam yang tak menutup aurat?"...Apa kita nak jawab???

Senario 2: Kalau orang bukan islam tanya..."Memang kalau masuk bulan ramadhan, semua umat Islam berpuasa...Tapi kenapa saya ada lihat ada di antara mereka yang makan dan minum pada siang hari dan ada juga masuk ke kedai makan tanpa segan dan silu makan di situ??"...Apa kita nak jawab??

Senario 3: Kalau orang bukan islam tanya..."Kalau agama saya, tak boleh bawak masuk perempuan yang belum berkahwin ke dalam rumah"....Apa kita nak jawab lak kalau diorang cakap.."Eh, pernah ari tu saya nampak kawan saya yang muslim bawak perempuan masuk umah dia"....

Dan....

Saya ada kawan bercerita...Dia dulu memang pernah belajar kat oversea...Pernah la jugak dia berdiskusi dengan orang bukan islam kat sana tentang islam...Dan pernah ada kawan2 bukan islam bertanya pasal islam dan tuhan...Diorang bertanya..."Tuhan kata di akhir zaman nanti @ tanda2 akhir zaman ada orang berzina, makan rasuah dan lain2 lagi...Tuhan tak sayang kita ker sebab tak selamatkan kita dari terjebak perkara2 tersebut?"....Apa kita nak jawab??

Cerita di atas tiada perkaitan dengan sesiapa...Sekadar perkongsian dan mahu mendengar pendapat dan buah fikiran dari pembaca di luar sana...

Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari saya dan kelemahan saya sendiri....



p/s: Tak lama lagi...Ramadhan akan pergi meninggalkan kita....Kita suka ke...Tak suka ke...Ramadhan pasti pergi meninggalkan kita...Akan berjumpakah kita lagi dengan Ramadhan akan datang??

Saturday, August 21, 2010

Cek nuffnang di cek deposit mesin atm

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Isskkhh..Nak tulis apa la tajuk entry tu...Baca pun pening...hahaha..Apa2 je lah adah..hakhakhak...

Tadi after hantar kereta ser kat bengkel ketuk2, kitorang meluncur laju aka merempit di cuaca yang mendung untuk buat cek deposit di CIMB bank...Kenapa kitorang buat cek deposit di mesin atm CIMB tapi bukan di HSBC bank?? Sebab jauh sangat..Malas nak merempit jauh2 ni..kekekeke...

First, memang ingat nak wat cek deposit pakai borang dia..Tu pun sebab ada baca entry tu di blog Lanun...Tapi masa tanya akak kat kaunter pertanyaan tu...Dia cakap baik pakai cek deposit mesin atm je...Tak payah dah nak isi borang...Hahaha..Jakun jap...Sorry la..Saya tak kerja di bank...Tak tau..Malu..Malu..Tutup muka sikit dengan selimut...hakhakhak...

Senang banget guna cek deposit mesin atm tu...First kena la isi dulu kan kat belakang cek tu no akaun CIMB, nama, dan nombor telefon...Then, kita touch screen la kat mesin atm tu dulu...Ikut and touch apa yang die suh...Yang pasti die nak nombor akaun kita dan masukkan jumlah yang betul...Lepas tu, masuk je la cek tu ke dalam mesin atm...Masuk cek biar betul..Logo HSBC tu biar ke sebelah kita...Finish...Senang je kan...hehe

Tak lupa juga nak ucap..."Thanks Nuffnang"...:)

 Goggle...kekekeke

Ala...Korang mesti tau punya...Senyap2 dah la erk pada mereka yang tau tu...Hahaha..Just nak gtau info pada mereka yang tak tau..Sharing is caring, right...Kita permudahkan lagi apa yang mudah...hehehe



p/s: Senyum2 selalu..Dan jangan ponteng pose ea...Hanya yang dibenarkan je yang boleh...kekekeke...Jangan lupa, masak lauk lebey, hantar la kat umah adah...hehe

Saturday, August 14, 2010

Bilik Sewa / Homestay / Chalet di Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku nak promote jap bilik sewa aka homestay aka chalet di Kuala Terengganu...Yaa...Bilik sewa ni terletak di Kampung Teluk Ketapang dimana hanya 10 minit saje untuk ke Bandar Kuala Terengganu aka Bandaraya Pesisir Air...Kenapa pesisir air?? Sebab terengganu memang berhampiran dengan pantai yang cantik2...hehe...

Chalet ini juga berdekatan dengan ICT (Ikan Celup Tepung), UDM (Universiti Darul Iman), UMT (Universiti Malaysia Terengganu), Stadium, Kem askar, Airport Kuala Terengganu, Kepok lekor best dan juga pantai yang comey2...:)

Bilik terhad sebab setakat ni baru ada 4 bilik untuk satu rumah di mana setiap bilik ada 1 toilet...Means satu rumah ada 4 bilik...Cukup luas dan selesa...Jangan risau, penghawa dingin aka aircond pun ada tau dalam bilik tu...
Tambahan: Dah ada 2 biji rumah = 8 bilik.
                  2 buah rumah di airport ada dapur = 8 bilik

Jom tengok camne...

Sila abaikan khemah dan orang2 di sekeliling...ngeee

Ruang tamu yang berubah2..Dan ada 4 pintu aka 4 bilik..

Bilik...

Harga?? Memang cukup murah dan berpatutan..Hanya RM80 je satu malam untuk 1 bilik...Kalau berminat kena booking dulu la sebab memang terhad bilik2 yang ada tu (4 bilik je)...Kata orang, "sapa cepat, dia dapat"...

Bole la datang untuk bercuti2 ker...Melancong ke...Makan angin ke...Ada function ke..Nak jenguk anak2 dan sedara kat UMT ke...Makan kepok lekor ke...Honeymoon ke...Hehehe...

Peta?? Dekat ngan klinik teluk ketapang, sekolah rendah teluk ketapang, pantai teluk ketapang, airport kuala terengganu dan ikan celup tepung yang femes itu...Ataupun leh la tengok kat bawah ni...

Dan kalau nak view larger picture (leh besarkan dan kecikkan)...Leh klik picture kat bawah yang ada tertulis View Homestay, Chalet, Bilik Sewa di Kuala Terengganu in a larger map


View Homestay, Chalet, Bilik Sewa di Kuala Terengganu in a larger map



Sapa yang berminat call je terus di 019-9757641 (Ani).. SMS tidak akan di layan...

Untuk keterangan lebih lanjut, GAMBAR2 LAIN, dan PETA LOKASI boleh tengok kat SINI





p/s: Pasir putih tepi pantai, ombak saling berkejaran....hihi..

Thursday, August 12, 2010

Jenayah Cyber??? Klik untuk tahu maklumat korang ada di mana...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam ramadhan buat semua umat islam tak kira la di Malaysia ke..UK ke...Mesir ke..Pakistan ke...Singapore ke...Kira dunia la erk...Setiap negara pasti ada orang islam walaupun minoriti...Yer tak...Moga dikuatkan iman dan dilimpahkan rahmat oleh-Nya...

Hari itu aku dah berjanji nak wat entry pasal Jenayah Cyber aka Internet ni...Kalau lama2 kan, nati tak ingat lak...Manusia mudah lupa dan lemah...huhuhu...

Ya..Hari tu aku ada mendengar talk pasal isu ni...Daripada Cyber Security Malaysia...Isu yang diketengahkan adalah berkenaan 'Cyber Criminals', 'Mobile Phone Forensics' dan juga 'Digital Forensics'...Seriusly, memang menarik topik2 yang dibincangkan dan diketengahkan oleh orang2 di Cyber Security Malaysia ni...

Pasal 'Cyber Criminals' tu...Yeahh...Memang selalu kita dengar di TV atau pun di internet pasal isu ni...Di mana ramai penyangak atau penjenayah yang cuba menipu orang secara online..Tak kira la menipu orang dalam menjual barang atau produk, suruh masuk apa2 la jenis perniagaan yang menguntungkan diorang, mencari lokasi yang best untuk mencuri dan merompak dan sebagainya...


Kadang2 apa yang kita dedahkan kat internet memang sangat bahaya...Maybe ada dikalangan kita yang cuba untuk mengeksploitasikan kita ataupun cuba untuk buat khianat kat kita..Kita mana nak sedar bahawa maklumat kita sudah didedahkan kat internet tak kira la melalui facebook ke, friendster ke, tagged ke, fotopages ke, youtube ke...Ataupun melalui blog sendiri...Seluruh dunia boleh tengok dan mengakses kita punya pages....Eerrmmm...Yang paling menakutkan tu...Errmm..Ok la, kita anggap apa yang kita kata maybe gurau2 ataupun saje nak berjenaka..Tapi orang luar anggap kita macam mana lak kan...Dah ada dah isu2 pasal ni kalu korang perasan...Kata orang, "Kerana mulut, badan binasa"..Mula la orang canang-canang nama kita dan bagitau keburukan kita...mana tak malukan...
Dan jenayah ni banyak juga berlaku di laman web Facebook di mana pengkhianat atau penjenayah ni melihat atau menjejaki aktiviti harian kita di Facebook...

Yela kan..Kata orang, "Sharing is Caring"..Right??..Tak kan la kita nak dedahkan apa2 yang ada pada badan kita dan cakap, "Sharing is Caring"...Fikir2 kan lah...Benda2 yang tak sepatutnya didedahkan tu, baik sorok2 je la...Tayang je kat suami korang...Tak kan nak tayang kat seluruh dunia nak cakap, "Aku lah cantik", "Aku lah lawa"...Huh...Insaflah...Masih sempat lagi untuk bertaubat...Opss, tetiba teremo laks...

Oh ya...Korang nak tau tak maklumat korang ada kat mana dalam internet ni...Sila la check melalui emel atau letak je nama korang di link ni...Ada banyak link, tapi letak 2 je la untuk korang tengok di mana maklumat korang berada...Link pipl dan 123people...

If korang ada masalah ataupun terkena jenayah cyber ni..boleh la emel di cyber999@cybersecurity.my atau layari laman web ni...CyberSecurity...Boleh la lapor kat situ...Kat TV pun ada iklan pasal nie...

Kat sini juga boleh mengesan jenayah melalui internet dan mobile phone..Diorang ada software yang boleh detect di mana mesej di hantar dan sebagainya...Juga boleh check digital security di mana orang leh edit gambar dan letak sesuka hati gambar kita untuk tujuan yang tidak baik ataupun nak menjatuhkan maruah kita...Diorang leh analisis dan tengok ketepatan gambar itu sama ada ori ataupun tak...Dan juga gambar yang diambil oleh CCTV...


Maybe isu blackberry yang diperkatakan tu yang nak diharamkan tu, maybe atas sebab ni di mana segala penghantaran data dan maklumat yang dibuat tidak sampai pada server Malaysia...Tapi terus pada server luar...Memang bahaya...

Kalu ada salah silap harap dimaafkan dan diperbetulkan...



p/s: Agaknya la dalam 10 tahun akan datang, if nak cari keje atau interview, just cakap kat majikan.."Google me, u can find it"...Hehehe...Tak payah dah resume or CV...

Saturday, July 17, 2010

Bicara Kifayah: Malu je...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini aku mahu berkongsi cerita dengan pembaca semua sama ada yang setia membaca ataupun silent reader...Pada hari itu aku melihat bicara kifayah di oasis astro..Jom baca cerita ini....

Di sebuah kampung yang aman damai...Di waktu petang semua famili tengah berkumpul dan setia menanti di sisi ayah yang sedang nazak..Dikelilingi oleh anak lelaki yang seramai 5 orang dan anak perempuan yang seramai 2 orang...

Lelaki 1: Ayah...ayah..bawak mengucap ayah....
Semuanya sedih melihat ayahnya yang sedang bertarung dengan ajalnya...Dan akhirnya ayahnya menghembus nafas yang terakhir...

Si anak terkebil2 dan masing2 duk terfikir macam mana la nak uruskan jenazah ayahnya dan ada seorang anaknya menyuruh si abang memanggil pak imam...

Si anak pun keluar la dengan menunggang motorsikal buruknya menenong mencari rumah pak imam...Di pertengahan jalan...Dan si anak itu terserempak la dengan pelalu jalan....

Lelaki 2: Eh, abang2, kat mana erk umah pak imam??
Pelalu lalang: Oh..Rumah pak imam, tue kat seberang jalan tu...
Tetiba si pelalu lalang menjawab call..Maybe dari kawannya dan berbicara "Jap, jap..aku tengah bercakap dengan orang lain tadi bertanyakan pak imam..Ada ke dia tak tahu rumah pak imam kat mana"...

Dan sampainya si Lelaki 2 di rumah pak imam...
Lelaki 2: Pak imam, ayah saya baru je meninggal tadi..Nak jemput pak imam uruskan jenazah ayah saya...
Pak Imam: Ok2..nati saya pergi dengan bilal...

Sesampai aje Pak Imam ngan Bilal di rumah itu...
Lelaki 3: Eh...Yang ni ker Pak Imam??
Bilal: Eh..Kamu tak kenal ker Pak Imam??
Si Lelaki 3 hanya terdiam seribu bahasa....

Pak Imam dan bilal pun duduk sebelah jenazah dan membuka kain penutup mayat...Ya Allah!! Dengan terkejutnya Pak Imam....

Pak Imam: Kenapa di biarkan saja jenazah ni begini...
Pak Imam tersangatlah terkejut sebab jenazah dibiarkan dengan mata terbuka dan mulut terbukak...

Pak Imam: Eh, pergi amek kain yang nipis...
Pak Imam terus menutup mata jenazah dengan perlahan-lahan dan menutup mulut jenazah serta mengikat kepala jenazah dengan kain tadi...

Pak Imam: Ya Allah...Ada ke biarkan jenazah begini...Ni lah akibatnya malas nak gi surau dan belajar ilmu-ilmu kifayah yang wajib semua orang tahu...
Pak Imam menggeleng-gelengkan kepala....

Kepada pembaca di luar sana, jangan lah sampai begini berlaku...Dan ustaz pun mula bertazkirah mengenai story di atas...

Apa yang perlu dilakukan selepas org yg disayangi tiada:

1) Cepat2 tutupkan mata dia kalau matanya terbukak
2) Cepat2 tutupkan mulutnya jika mulutnya terbukak.jangan biarkan..dikhuatiri susah nak tutup kalau dibiarkan lama-lama...
3) Muka ikat ngan kain.
4) Buangkan apa sahaja di anggota badan yang telah dimasukkan..contohnya gigi palsu, besi2 yang ditanam dalam badan..sekiranya besi tu dah ditutup dengan isi kulit maka tak perlu..
5) Qiamkan tangan jenazah
6) Cepat2 lah panggil pak imam serta bilal..
7) Langsaikan hutang2 si mati, wasiat2..
8) Memberitahu sahabat kenalan orang kampung atas kematian itu...Memberitahu itu adalah sunat..
9) Menyediakan atau menguruskan urusan jenazah seperti kain kafan, gali kubur dan sbgnya.


Itu lah yang aku ingat..aku hanya mahu berkongsi ilmu..jika ada salah silap haraplah dimaafkan dan bolehlah bagi pandangan dan memperbetulkan jika ada aku salah info...sesungguhnya ilmu Allah amatlah luas...


p/s: masih di lab buat paper sambil main games sambil baca2..huhuhu...jangan meniru aksi ini...:p

Tuesday, July 13, 2010

Jom Shopping!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Itulah tema nama blog aku yang satu lagi...Blog yang dibuat khas untuk aku mempamerkan barang2 yang aku nak jual..Seperti baju ke, kain pasang ke, beg ke atau pape je lah...Aku baru je buat blog ni...Iaitu http://cintakasihshop.blogspot.com...Tapi blog ni masih dalam pembinaan jugak...Ha..Korang, jom lah terjah tengok stuff apa yang menarik kat blog aku ni...Dan my first stuff is...


Baju Blouse dan Baju Kemeja yang dah dipakai hanya sekali dua je di pakai..Lepas tu dah tak pakai dah..Tapi bukan baju aku but baju kakak aku...Aku letak harga pun tak sampai pun RM20...Kalu tak percaya, jom la tengok dan klik SINI...


p/s: kain pasang sutera creepe dan biasa akan menyusul...tunggu...

Saturday, June 26, 2010

Lesen Judi Piala Dunia tidak akan dikeluarkan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jom baca artikel di bawah:

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan judi Piala Dunia kepada Ascot Sport Sdn Bhd (Ascot Sport) dan keputusan itu disokong sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, sebentar tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu mengambil kira pandangan masyarakat keseluruhan selain dari segi agama dan kesan kepada politik.

"Selepas mengambil kira semua pandangan, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak setuju lesen itu diberikan kepada Ascot Sport.

Sumber: Berita Harian


Pandanganku: Bagus lah lesen judi piala dunia ni tidak akan dikeluarkan...Dah sah sah JUDI tu HARAM, buat apa kan nak dikeluarkan lagi...Memang sangat-sangat tak setuju la kalau lesen ini dikeluarkan....

Dah terang-terang dalam al-quran dan hadis menyatakan bahawa judi tu tetap haram di sisi hukum Allah...Jangan lah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal....Kalau nak letakkan hukum atau apa-apa mesti berlandaskan hukum Allah dahulu...Baru lah hidup selamat dunia akhirat...Negara dan rakyat juga akan diberkati oleh-Nya...

Sangat-sangat lah sedih tengok umat nabi muhammad S.A.W yang cetek ilmu pengetahuan sedangkan ilmu Allah amat lah luas....


p/s: Sedih bila melihat umat islam yang terumbang ambing dan kucar kacir...Apakah usaha kita, ibu bapa, rakyat, guru-guru, negara terutamanya diri sendiri dalam hal ini....Dalam hal untuk memperbetulkan apa yang tak betul, menjauhi apa yang di larang oleh-Nya dan mendekati apa yang di suruh oleh-Nya....

Thursday, June 10, 2010

Orang Arab Kecek Kelate...

Assalamualaikum dan salam semua....

Moga hidup korang ceria-ceria selalu dan dilimpahi rahmat oleh-Nya...Dan moga Allah melindungi orang-orang yang ditindas dari sebarang kezaliman dan kemusnahan...Amin...Alhamdulillah, kita masih boleh lagi bernafas di bumi tuhan ini dan diberikan segala rezeki..Cuma kita saje yang mesti pandai nak menggunakan rezeki itu dengan sebaik-baiknya tanpa berlaku pembaziran...

Wahh..Panjang intro aku kali ini...Hari ini aku nak tunjuk satu video ni yang memaparkan seorang pak arab yang boleh bercakap bahasa melayu versi kelantan...Sebab, dia belajar bahasa melayu ni versi kelantan...Aku tak tau la korang dah tengok ke belum...Nak tunjuk kepada mereka yang belum tengok lagi...Jommm...





Hebatkan...Seorang pak arab yang tak pernah jejak di bumi bertuah Malaysia ini boleh bercakap dalam bahasa melayu versi kelantan...Sesungguhnya setiap apa yang dilakukan mestilah bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang diingini..Tanpa usaha dan cita-cita, tiada makna untuk mencapai kejayaan yang cemerlang...


p/s: Ilmu Allah cukup luas...Cuma kita mesti tahu menggunakan dengan sebaik-baiknya...
Related Posts with Thumbnails