Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Yakinlah...Dia masih ada...

Setiap apa yang berlaku..
Setiap kejadian yang menimpa...
Sama ada kita suka ataupun tidak...
Perkara2 yang membimbangkan...
Perkara yang dipandang negatif oleh orang...
Perkara yang membuatkan kita rendah diri...
Kosong...

Tak kira..
Pahit maung...
Manis..
Masin...
Kelat..

Yakinlah yang Dia ada...
Dia sentiasa ada bersama kita...
Dia hanya mahu menguji kita...
Sama ada kita kuat ataupun tidak...
Sama ada kita ingat pada Dia ataupun tidak...

Tadah tangan dan SYUKUR pada-Nya....
Dia adalah...

ALLAH S.W.T.


"Ya ALLAH, bagilah kami ketenangan, ketabahan dan kebahagian...Aminnn..."


Thursday, April 25, 2013

Volunteer bagi gift pack kat homeless...

Salam malam semua...

Apa khabar? Hari ni baru je lepas bagi gift pack kat homeless yang dekat belakang Tune Hotel.  Homeless?Korang tahu apa itu Homeless? Ye, mereka yang tiada rumah, tiada tempat tinggal dan hanya tidur di kaki lima. Mungkin segelintir. Mungkin ramai.  Itu baru area kat situ.  Belum masuk area lain lagi di sekitar KL nie..

                                                                       Google Homeless

Kami, group 1 dari company kami bergabung tenaga dengan group dari Pertiwi mengedarkan makanan pada setiap homeless di sekitar situ.  Company kami bagi mineral water, air kotak, biskut dan snack untuk mereka yang datang.  Hari ini untuk first day n first program untuk Volunteer company kami for this month.  Every month ada sekali until end of the year 2013.  Hope setiap perjalanan program kami berjalan dengan lancar.

Back to program...

Rasa sedih jugak tengok keadaan diorang.  Lepas habis edarkan makanan, diorang duduk di kaki lima makan kat tepi tu.  Rasa hiba jer..Sebab tertanya mana family diorang, mana diorang nak tidur malam nie, diorang mandi kat mana...Nak2 ada di antara diorang yang dah ada family.  Ada anak kecik.  Hurmm..Kat mana ye diorang tidur...Apa perasan diorang...Hurmmm...

.
.
.
.
.
.

"Alhamdulillah...Syukur pada Mu Ya Allah"..
Kita masih ada peluang untuk mencari rezeki dan mendapat kehidupan yang lebih baik...
Ingatlah, sesusah dan sepayah mana hidup kita, hidup orang lain lagi susah dari kita..
Kita jangan tengok pada kesenangan orang lain, cuba kita tengok kesusahan orang lain...Dan cuba insafkan diri kita...

Jangan sesekali mengeluh atas apa yang berlaku yang kita tidak suka.  Itu hanyalah ujian dari-Nya.  Kita sepatutnya ucap Alhamdulillah, syukur.



p/s 1: Rasa bahagia bila dapat tolong orang lain...
p/s 2: Dapat kawan baru...Takdelah tengok muka sama kat ofis tu..


Saturday, March 23, 2013

Lelah...Meleleh air mata...

Assalamualaikum dan salam semua...

Ermm..Kenapa ye produk Shaklee menjadi pilihan aku...Sebab keberkesanannya...Ye, sebab itu lah...Meh aku story mory sikit...:)

Sebelum ni aku tak berapa paham sangat la produk shaklee ni even pernah dengar sebelum nie.  Before join shaklee, tak terlintas langsung pun nak makan supplement2 dan apatah lagi bila terbaca2 supplemen apa yang perlu di makan dan bla bla bla, aishh banyaknya nak kena makan.  Larat ker aku nak makan pil2 sume...Perlu ke...Dan macam2 lagi lah perasaan yang terlintas di fikiran.

Tapi bak kata orang, "Belum cuba, belum tahu"...Kannn...

Dan sekarang nie, first aku boleh citer pasal Omega Guard Shaklee aka Minyak Ikan ni jer la dulu.  Sebab ia menjadi pilihan utama dan rasa kesannya.  Before consult dengan omega nie, first dalam hati, aku nak buang segala lemak2 degil dalam badan aku.  Kalau ada yang degil lah kan..;p Dan juga nak kurangkan kolesterol dalam darah. Aku nak cuba.



Tapi bila lepas makan, aku ada rasa jantung macam ada fungsi...;p Pulak dah...hehe..Takde la. Maksudnya sebelum ni even aku bergerak atau jog, payah benar nak berpeluh.  Mungkin jarang bersenam...Tapi sekarang, ada la jugak keluar peluh walaupun berjalan.  Risau jugak tau kalau berpeluh tak kuar..hehe..Mungkin ye kuar skali ngan lemak...hehe

Itu satu.  Nak 1 kesannya tapi dapat 4 lak kesannya...hehe...

Yang kedua rasa kulit lebih bersih dan lembut.  Takdela dapat tak bermaya je kan..Even orang tengok kita stress, tapi kita stress dalam senyuman..Sebab, kulit nampak lebih bersih...Errrkk...kekekeke...

Yang ketiga adalah bila silau mata dah makin berkurang...Macam mana aku perasan?  Mula2 pasang tv.  Ok la, pasal tv sambil tengok laptop.  Bila puas tengok laptop, terus mata tertancap pada tv...Ok, tengah2 kusyuk tengok tv, errrr, kenapa nie, apakah...Rupa2nya aku tak perlu lagi nak mencapai spek mata bila nak tengok senikata kat bawah tu...hehehehe...Wah, rupa2nya boleh kurangkan silau mata. Seronok sangat2..:)

Yang keempatnya bila, dah ada kurang rasa gatal di tempat2 tertentu yang memang dari dulu ada pernah rasa gatal di tempat yang sama.  Alhamdullillah.  Memang dari dulu asyik menggaru je kan...Kan...Kawan2 terdekat mesti tahu nie.  Seksa giler wehhh...hehe

Dan lepas ni nak makan ESP plak untuk dapatkan kesihatan yang optimum...:)



Untuk mereka yang berminat mencuba Omega Guard Shaklee or another Produk Shaklee, boleh la menggunakan ID Shaklee saya atau emel atau sms/call seperti yang tertera di bawah:

Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee:  920988
Emel:  mawaddah84@gmail.com
Tel: 013-6760811.

Feel free to contact me.  Thanks to Mama Bie..:)



Yang syoknya sebab Produk Shaklee ada jugak set untuk:
Mengandung, Menyusu, Kecantikan,  Berpantang, Kurus, Pembedahan, Gout.



Thursday, October 13, 2011

Bersediakah kita....

Bersediakah kita...
Menempuhi hari esok...


Bersediakah kita....
Menghadapi exam penting esoknya...


Bersediakah kita...
Mengadap bos yang muka berang...
Akibat tak siapkan deadline...


Bersediakah kita...
Bawak kereta...
Bagi mereka yang baru dapat lesen...


Bersediakah kita...
Berhijrah...


Bersediakah kita...
Untuk mula sebagai pekerja baru...
Di tempat baru...
Jumpa kawan baru...


Bersediakah kita...
Untuk bertemu-Nya...
Tempat kekal abadi....


Bersediakah kita.....



Patut lah even dalam olahraga pun...Larian...
Kena bersedia...

Ready...Get set...Goooo!!!!


Dalam apa jua keadaan...Kita kenalah bersedia untuk melakukan sesuatu dengan cemerlang....Prepare and practice to be a good person....


p/s: Gooooo!!!!!! Dan percayalah pada diri sendiri....

Wednesday, September 21, 2011

Kesanggupan bertekun....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar semua...Moga sihat2 semuanya...Senyum2 selalu yo..:) Jaga diri...Jangan lupa Allah...

Hurmm...Tetiba terdetik mahu membelek nota2 lama yang tersimpan rapi (takde la rapi mana...:p) ...Dan tersimpan lah ayat yang aku jumpa dan tertulis di helaian lembaran putih itu...


"Yakinlah kita boleh....Anak-anak muda kita, percayalah kepada diri kamu, kamu boleh.  Hanya diperlukan ialah kepercayaan kepada diri sendiri-jati diri.  Lepas itu kesanggupan bertekun untuk mempelajari sesuatu itu sehingga boleh..."         Ucapan Tun Dr. Mahathir




Kesanggupan bertekun itu....huhu...Amat susah....Cakap jer la 'malas'...Amat senang nak menghampiri perkataan 'malas' itu dan amat susah nak mendekati 'kesanggupan bertekun' itu...Ahh.. Teruknya....

Tekun la wahai kawan2...Tak kira la dalam apa jua kerja, situasi dan keadaan...Study...Buat assignment...Homework...Buat kuih...Basuh baju...Sidai baju...Sapu sampah....Muehehehe...Kalau kita buat sambil lewa, pasti tak menjadi...Right...Dah banyak dah berlaku kat diri sendiri...Cuma sedar tak sedar je...Tapi kebiasaannya, sedar...Tindakan tu...Non ado...Uhukk...

Ada satu video yang menarik untuk kita tengok dan renungkan...Kelako pun ada..hihi



Allah tak kan merubah seseorang itu, melainkan diri sendiri yang berubah...Kalau duk tang tu, tang tu jugak...

Ataupun mungkin kita perlu berhijrah...Perspektif dan pandangan kita mungkin berbeza dan meluas....



p/s: Hiiyyyyaahhhhh...Kame hame ha....hahaha...Sapa tahu ayat 'kame hame ha' amek dalam cerita apa..Angkat tangan...hihi...

Monday, June 20, 2011

Hidup best dan tak best...Tapi yang hakiki dicari...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Salam pagi semua...Alhamdulillah kita masih lagi diberi nafas oleh Allah untuk kita meneruskan sisa-sisa kehidupan yang indah dan tenang walaupun kadang kala ia banyak mencabar kita dalam menempuh liku-liku kehidupan....Rasa amat tenang sekali mendengar burung2 saling berkicauan di pagi hari dan dapat menghirup udara segar di selepas hujan...Terapi buat ku di pagi hari tapi sedikit tercemar dengan bunyi dan asap motor, kereta yang sedikit merosakan halwa hidung dan telinga....Ya lah, jiran mahu pergi kerja dan menghantar anak ke sekolah...:p...Rutin di pagi hari dimana bukan dihari minggu...:)

Kadang2 bila kita rasa hidup kita sentiasa tenang, kadang2 ia tak mencabar kita...Macam tiada apa2 untuk kita perbaiki dan berubah...Aku sangat suka akan ketenangan dan selalu berusaha mengabaikan masalah yang datang yang mengusutkan kepala otak...Kadang2 selalu je 'erase' atau erti kata padam akan masalah tu....Teruk betul rasa bile difikirkan kembali....

Kadang2 hidup kita perlu ada tekanan dan masalah untuk kita cuba mencari jalan penyelesaian dan jalan itu mestilah berada di jalan yang benar dan lurus...Sangat bahagia kalau masalah itu menempa kejayaan....Pengalaman kegagalan kita adalah satu pengalaman yang indah untuk kita berfikir kembali dan mungkin ia akan menjadi benteng hidup kita....Dan kadangkala pengalaman kita yang pahit dan agak2 kelat tu boleh mematangkan kita untuk mendepani kita di masa akan datang....


Kadang2 kita sentiasa lalai akan tanggungjawab kita..Tak kiralah pada manusia atau pada tuhan kita...Terleka dengan buaian kehidupan dunia....Tak memikirkan kehidupan hakiki yang sebenar...Kita perlu mencari sedikit ruang untuk kita bermuhasabah diri dan merenung kembali apa yang diperlukan dalam hidup...


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai- surah Al-A'raf ayat 179.



Kadang2 kita yang kerdil ni, bila susah bila sedih baru nak ingat tuhan...Dan mengadu pada tuhan kita...Tapi bila gembira, kita lupa akan dia seketika....Bersyukurlah yang kita masih diberi nafas dan nyawa...



p/s: jodoh kita tiada siapa yang tahu....tetiba...=,='

Tuesday, May 31, 2011

Hidup kena rajin kalau nak berjaya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam pagi buat semua yang datang berkunjung blog yang santai lagi cool...hakhakhak...Coolnya...:p Takde pape yang nak dicoretkan di sini cuma untuk melepaskan gian untuk menekan2 butir keyboard nih...Kahkahkah..Ayat gian tak tahan...:p

Satu perumpamaan dari aku untuk di kongsi bersama....

"Rajin...Buat apa pun kena rajin...Tipu lar kalau kejayaan datang bergolek tanpa kerajinan dan usaha...Cuma seseorang tu lambat atau cepat je menangkap apa yang dipelajari atau dibuat...Ataupun ada masalah tertentu yang tak dapat dielakkan....Apa yang diperlukan adalah RAJIN!!! "

Pernah dengar tak satu cerita di mana adalah seorang lelaki ni berusaha nak memperkenalkan ayam gorengnya di kedai2 makan supaya ayam gorengnya di terima untuk dijual....Fuh..Bukan senang...Lelaki ini ditocer, dicerca...Tapi dia berusaha memperkenalkan ayam gorengnya di setiap kedai dan setiap hari...Dan sampailah di kedai yang ke 99, ayam gorengnya barulah diterima oleh sebuah kedai dan sampai sekarang ayam gorengnya disebut-sebut hingga sekarang...Agak2 ada tak orang pernah dengar cerita nie...:)

Dan satu lagi cerita di mana seorang bisnesman yang asyik bankrap 3 atau 4 kali dalam bisnesnya itu dan akhirnya bila bisnesnya yang ke 5 diusahakan, dia boleh berjaya dan mendapat keuntungan yang berlipat ganda...

Daripada cerita di atas, apa yang dapat disimpulkan ialah....Rajin dan usaha, itulah kuncinya...Antara hendak tak hendak je....Dan kegagalan yang berlaku sebelum ni menjadi pendorong untuk meneruskan apa yang diusahakan....:)


p/s: Peringatan untuk aku jugak yang tak berapa nak rajin....Peace...

Wednesday, April 13, 2011

Rohani pun perlu bersantap jugak...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari-hari kita makan kan....Makan itu...Makan ini...Mengidam itu...Mengidam ini...Nak bagitahu jap, sebelum makan, jangan lupa baca bismillahirrahmanirahim ya...Baca doa sebelum makan....Jangan lah kita bagi separuh makanan kita kat syaitan...Sian kat kita makan tak kenyang2....

Makan itu...Makan ini...Minum itu...Minum ini...Ini adalah makanan jasmani...Tapi sedarkah kita, kita ada bagi makanan tak kat rohani kita...Rohani kita kenyang tak....Rohani (bukan nama orang, k)..Hehehehe...

Orang kita memang suka membaca...Tu pun tak tahu lah berapa kerat je yang suka membaca....Kadang-kadang kita suka membaca apa yang kita minat saje...Ada orang suka baca lawak jenaka, cintan cintun, isu semasa, tips-tips...Aku pun begitu juga....Hehehe...Suka baca pelbagai jenis aneka...Tak kisah lah dalam blog ke, surat khabar ke, majalah ke....

Tapi aku mula terfikir berapa kerat je yang suka membaca ke arah yang berbentuk memberi santapan rohani kita...Rohani kita untuk membentuk peribadi kita....Kadang-kadang orang langsung tak nak baca perihal itu...Yerlah macam-macam ragam....Apakah santapan rohani...Santapan untuk membentuk diri kita ke arah yang lebih baik...Ke arah membentuk insan-insan yang cemerlang dalam diri kita disamping ajaran-ajaran islam di depan....

Bila direnung dan diamati....Remaja-remaja sekarang tak berapa gemar nak menghayati bait2 islam yang indah...Mungkin ada yang renung...Mungkin tidak....Mungkin sekadar melirik kemudian diabaikan saje...Hurrrmmm...Tapi tak semua...Yang betul2 mendalaminya, aku respek....Moga orang tersebut adalah tunjang harapan bagi remaja masa kini dan akan datang....




p/s: godek2 post lama yang belum publish lagi...dan terjumpa entry nie...mungkin mood feeling menulis entry ni amat baik skali....:)

Wednesday, March 2, 2011

Bila dah meningkat dewasa....

Bila dah meningkat dewasa...
Perubahan hormon pun akan berubah...
Pemikiran dan pandangan pun makin matang...


Ngeh..ngeh...ngeh...Intro yang agak menarik...wakaka...

Bukan apa...Teringat apa yang cikgu aku cakap dulu dulu kala....

"Nanti bila kamu besar nanti, kamu akan fikir macam2 masalah...Masalah itu..Masalah ini...Seronok la kamu sekarang ni tak fikir masalah..."

Aku tertanya dalam hati....Masalah apa...Pelik...Orait jer nie...Duit mak ayah bagi...Makan...Pakai...Semua dapat....Nak apa lagi...

Iyerlah..Masa tu kan baru form 2...Mana nak fikir masalah sangat...Cuma kadang2 fikir masalah nak jawab periksa la kan...hehehehe...



Bila dah meningkat dewasa...Nahhhh....


Banyak kena fikir, banyak kena buat, banyak kena settle dan banyak lagi lar...

Dan makin meningkat dewasa lagi, perasaan nak shopping pun dah berkurang....Perasaan nak shopping berkurang ke sebab takde duit...Wahahaha....



p/s: Pengalaman mengajar erti hidup...Tak kira pengalaman manis, pahit, kelat, tawar, masin....Hehehe...

Wednesday, February 23, 2011

Tertarik...

Aku baca thesis..Tertarik satu benda...Untuk dikongsikan bersama....

"The wireless telegraph is not difficult to understand.  The ordinary telegraph is like a very long cat.  You pull the tail in New York, and it meows in Los Angeles.  The wireless is the same, only without the cat."

Albert Einstein

Menarikkan telekomunikasi nie...Menarikkan wireless nie...Errkkk...
Yang poning kepala eden adalah telekomunikasi ni cepat je berubah...Daripada wired kepada wireless, speed yang low kepada high, standard, product, networks, frequency, kepelbagaian antenna, data rates....Macam2 lah kalau nak diceritakan....Tak mahu mengulas lebih....

Semakin kita belajar, semakin banyak benda yang tak tahu...Semakin kaji, semakin banyak benda yang perlu di'eksplore' lagi....Ni dalam bidang nie..Dalam bidang architecture?, perubatan?, masakan?, hartanah?, kewangan? perguruan?...Waduh2...kok banyak ilmu kat dunia nie....hehehe...

Syoknya kalau boleh mendalami semua ilmu...Tamak ye..Hehehe...Dalam hati mahu mendalami ilmu rumahtangga lak...Hahaha...



p/s: malam ni naik bas...aku cuti sesuka hati...bila kerja nak siap camtu adah weyyy....

Wednesday, January 19, 2011

Kata kata hikmah pengubat dan penawar jiwa....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua...Moga semua kawan-kawan saya dalam keadaan baik dan sihat sihat aje...Pagi pagi kena senyum senyum selalu...:)

Pagi-pagi bukak blog, banyak yang buat entri pasal orang ramai mengutip duit syiling yang jatuh di mana kereta yang dipacu telah berlaku kemalangan...Berlaku kat PLUS....Korang rasa patut tak amek padahal duit syiling bukan hak milik kita...Fikir kan dan renung2kan....

Tetiba teringat kisah teladan pada zaman nabi dulu dimana seorang pemuda telah mengambil dan makan buah epal yang bukan hak miliknya...Setelah menyedari yang dia telah bersalah dan terus mencari tuan punya pokok dan mahu meminta maaf...Untuk cerita yang selanjutnya, leh la baca kat SINI...

Oh ya...Terlajak lak kat situ...Hehe..Sebenarnya nak cerita pasal kata-kata hikmah...Perlu atau tak kata-kata hikmah ni dalam kehidupan...Ya...Nak nak bagi mereka yang dalam keadaan bersedih, tertekan, putus asa, putus harapan...Mesti mereka merasakan, "Ya...aku tak boleh buat...", "Ya...aku dah putus harapan..." ataupun "Ya, aku dah menyesal dan tak mahu lagi buat menda ni..." Dan aku rasa mereka patut berfikir sejenak, merenung kembali atau pun mencari kawan2 rapat yang positif (jangan yang negatif ok) atau famili yang terdekat untuk 'membakar' kembali semangat yang hilang tu...Kata orang, jangan mengambil jalan pendek yang tiada penyelesaian dan akhirnya memakan diri...Eh, tetiba plak kata-kata hikmah dari akalku berbicara...Ngeh ngeh ngeh....

Antara kata kata hikmah dan kata kata pembakar semangat jiwa yang baik....(Actually untuk aku juga...:) hikhikhik)

"Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya"

"Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat"

"Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan"

"Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun"

"Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan"

Kredit to owner blog...Korang boleh la lawat SINI untuk mengetahui kata kata hikmah yang lain untuk kita teladani dan renungi....

Yang paling penting bagi aku sekarang nie adalah....

"TINDAKAN....USAHA....KEKUATAN....SEMANGAT"

Actually, diri sendiri yang perlu lakukan....Hiyaahhh...Hiyahhh...Hiyahhh....Bayangkan berada kat Gunung Everest...Sikit jer lagi nak sampai ke puncak....Tolong lah kaki, jangan cramp di tengah jalan.....

 
Pernah naik Eye on Malaysia satu ketika dulu di Melaka...Umpamakan wheel tu ngan hidup korang....Kalau korang berada di atas, jangan lupa yang di bawah ya...Dan jangan asyik mendongak ke langit, tapi lubang di bawah tak nampak.....hehe



p/s: Minda juga perlu baik...huhu

Sunday, November 7, 2010

Perlu tahu macam mana nak kemudi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Morning semua....Oppsss...Dah nak masuk tengah hari la...hehehe...Aku lepak2 kat umah jer nie walaupun di hari minggu...Walaupun keseorangan, aku orait je...Dah biasa...Tapi kadang2 hati terjerut jugak...huhuhu...Tak keluar memana...Nak g lab? ermmm...tengok lah dulu macam mana....

Actually, yes...lama giler aku tak bersosial...Bersosial bukan bermakna aku ker clubbing atau buat menda2 yang tak elok...Means bersosial bertemu dengan kawan2 lama dan kawan2 baru...Tapi baru je lagi keluar ngan Macy...hehehe...Dah ramai member2 lama ajak berjumpa...Aku je yang jual mahal busy...Huh...Busy apa la sangat adah ni...:p..Yer la...Selagi projek ni tak settle, hidup aku tak tenang..huhu...Tengok lah camner jadinya projek ni nanti...huhu...

Lama giler study...Tapi study itu seronokkan...Banyak ilmu yang perlu digali...Tapi....
Sampai bila aku nak berada dalam kepompong ini....Bebas seperti rama-rama....Terbang mencari kebebasan hidup....

Kerja...Orang kerja hanya seronok bila dah akhir bulan...Yer lah kan, gaji dah nak masuk...Sapa yang tak syok...Sapa yang tak hepi....Tapi....
Kerja menghadap mesin hari-hari, sape tak tensenkan...
Kerja kena marah di bos hari-hari, sape tak tensenkan...
Kerja buat benda yang sama dan takde pembaharuan dan peningkatan dan improvement, sape yang tak boringkan...
Kerja dan projek yang susah dan hanya kita jer yang perlu buat, sape tak tensenkan...

Opsss...Tak semua orang macam tue...Ada yang hepi dengan kerja dia....

Bersyukur lah....Dan ingatkan...Seteruk teruk kerja kita, seteruk teruk stadi kita...Ada lagi yang lebih teruk dan buruk dari itu...Kita kena sedar tue...

Buatlah setakat yang termampu...Hepi lah dengan kerja yang diberi walaupun kepahitan yang didapati....Insyaallah dengan ketekunan dan ketabahan, kejayaan pasti dalam genggaman....

 Lama giler tak jumpa budak ini....Agaknya dah tumbuh berapa gigi erk...

Peringatan di atas juga adalah peringatan buat diriku...

Terbuka gambar2 lama kawan2 aku....Rasa seronok tengok muka diorang yang senyum memanjang dan hepi...Ingat nak masukkan dalam blog nie....Tapi takpelah...Simpan dan gelak dalam hati jer lah....hehehe...

Hai silent reader...Gambar kamu lah...hahahahaha.....




p/s: Hidup perlu diteruskan dengan hepinya...Kita kena tahu macam mana nak kemudi dia....
Kemudi aku sekarang tak tahu nak belok ke kanan, ke kiri atau ke depan....Ke belakang memang dah tak boleh dah....huhuhu....

Wednesday, November 3, 2010

Hidup dengan kentut...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Orang kata..."Hidup ibarat roda"....Sekejap di atas, dan sekejap di bawah...Kalau berada di atas, jangan lupa orang di bawah...Dan yang berada di bawah kena bersabar dan tenang menempuhi semua dugaan....

Ada yang kata..."Hidup ibarat mesin"...Hari-hari keja...Tak kira malam...Tak kira siang..Tanpa penat dan lelah...Kadang2 kuar pagi2, tak nampak matahari, balik keja dah malam...Langsung tak nampak matahari... Kalau lah macam ni...Jom berehat sebentar bersama Kitkat....Teringat plak iklan kat tv...hihi...

Ada yang kata..."Hidup ibarat megi"....Sebab megi tu sedap di makan tak kira sama ada di ratah, di goreng atau di rebus....Orang akan cari megi terutamanya duit takde di poket...Ahakss...

Ada juga yang kata..."Hidup ibarat kentut"....Kalau kentut kuat, pasti puas..Bermakna hidup tu puas dan hari2 yang dia jalani rasa puas aje...Kalau kentut slow...Haa...Malu2 la tue....Kalau kentut busuk...Yarrkk..Pasti orang lari dan mencemuh...Ibarat orang yang mempunyai hati yang busuk lagi tengik...Kalau kentut tu macam2 bunyi iramanya..Itu lah rentak hidupnya...Hahaha

Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya...

Hahahahaha....Aku saje2 je tulis mende mengarut marut tue..Kalau rasa benar, percayalah..Kalau rasa salah...fikirkan lah dan renung2kan lah...hahahaha



p/s: kepala dah rasa senget2 bila rasa banyak benda kena fikir...huhuhu...jangan sampai aku buat perkara2 senget sudah...uhukkk...

Monday, September 20, 2010

Mahu berhenti...

Kenapa mahu berhenti....Kenapa...Kenapa..Kenapa...


Usah ditanya lagi...


Sebab....


Banyak persimpangan yang perlu dilalui....


Tapi....jalan mana yang harus di tuju....


Jalan yang mana harus di pilih....


Mengikut arus...Atau...


Buat jalan sendiri...


Atau....Buat tak tahu...


Lalu ikut mane2 pun...Semua berliku...


Oh traffic light...:p



p/s: hidup kita umpama roda...sekejap di atas...sekejap di bawah..kalau berada di atas, jangan lupa yang di bawah dan begitu lah sebaliknya...

Tuesday, August 17, 2010

Bingkisan cinta...

Cinta...
Mencintai seseorang tak semestinya memiliki..

Jika kita mencintai seseorang, maka bebaskanlah dia..
Jika dia mencintai kita, maka dia kembali...
Jika dia tidak mencintai kita, maka ikhlaskan lah dia pergi...
Kerana cinta tak harus memiliki...

Cintai lah juga pada diri sendiri...

Yang pasti...
Cinta Allah lah yang hakiki...




p/s: cinta mencari kita atau kita mencari cinta?? adoii...apa aku merepek ni...papepun..alhamdulillah...berjaya pergi bazar beli roti jala dan bihun sup...first time gi bazar untuk hari ni dan tahun nie..tahun depan, xtau la...

Saturday, May 29, 2010

Pesanan Untuk Mu.....

Assalamualaikum dan salam semua...
Pada hari itu, aku mendapat emel dari kawan ku berkenaan doa kepada ibu bapa...Jom kita sama-sama menghayati dan mencuba untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri ini....Dalam emel itu....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... 

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu"...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith: 
  •  Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.
Yang di atas berkenaan apa yang terkandung dalam emel tu..Dan aku ada cerita yang nak dikongsi bersama...Aku pernah dengar ceramah dari ustaz ku dulu...Berkenaan doa untuk ibu bapa ini dari seorang anak....
Alkisah...

Seorang sahabat nabi bermimpi...

Di atas 'sana' iaitu di akhirat sana, masa dibagi makan, semua org berpusu-pusu dan berebut-rebut nak makan tapi ada seorang ibu @ mak ni tidak berebut pun nak mengambil makanan...Di tanya, kenapa tak makan? Dan dia berkata, 'sudah kenyang, nak'....Bila dia tersedar dari mimpi, dia mula selidik dan mencari kenapakah ibu ini tak lapar...Dan dia pun mencari anak ibu itu di pasar..Rupa-rupanya, memang anak itu selalu membaca al-fatihah untuk ibunya semasa menjual ikan...Tak pernah pun dia lupa untuk sedekahkan al-fatihah untuk ibunya...Betapa besarnya fadilat bile membaca al-fatihah ini...Al-Fatihah...



p/s: Berbakti la pada orang tua mu selagi mereka masih ada....:) Selalu lah berdoa moga kita diberi rahmat oleh-Nya...Amin...

Thursday, May 27, 2010

Jom bermuhasabah....Diam lebih baik....

Assalamualaikum dan salam semua...

Selamat awal pagi...Alhamdulillah aku masih di beri peluang oleh Allah untuk bernafas lagi di bumi bertuah ini...Aku amat bersyukur sangat-sangat...Masih ada peluang lagi untuk aku bermuhasabah diri dan memperbetulkan segala kesilapan yang telah aku lakukan sebelum ini dan menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya...Sama-sama lah kita merenung, berfikir dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan diredhai oleh-Nya...Amin

Errmmm...malam tadi dan hari ini belum habis lagi aku men'delete' emel dari yahoo...Aduhh, penat giler..Hampir 2000 inbox aku tak terbukak....Banyak kan...Dari emel yang ntah dari mane ntah..Pelik jer masuk dalam inbox aku...Dan 1 lagi emel dari facebook...Dah kalau rajin sangat nak mengomen orang, mula la orang pun nak komen...hehehe...dah tu suka komen, memang la...hehehe...Dan hari ini aku berusaha gak la nak membuang emel yang ntah apa2...Emel yang berguna je aku simpan...Banyak gile emel dari Akashah (hensem guy...:) ) aku tak bukak....Dan aku tertarik ada 1 emel yang di bagi olehku....Iaitu pasal Diam...

Dalam emelnya: Banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim). Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? " (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Manusia berbicara setiap masa dan ketika. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh kerana itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..



p/s: Aku pun suka diam gak.. :p..Nanti aku akan duduk dalam bilik dan berdiam diri...Sebab..Sebab..Sebab.....Nanti dapat novel dari Syikin....Novel best...Nak gak habis kan 1 hari...lalalalala...Pasal study? heh..biar aku habiskan novel dulu k...hihihihi

Monday, May 24, 2010

Jom baca....


"Hidup umpama pegangan, ibarat buih-buih sabun...Bila-bila masa akan pecah"


"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"


"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

Sekian mutiara kata hari ini...

Thursday, May 20, 2010

Bila masa berlalu....

Bila melihat jam berdetik
Aku jadi risau
Risau yang teramat
Kerana
Masa itu berlalu pergi
Tanpa menunggu
Terasa diri ini
Tersangat lah membuang masa
Tersangat lah membuat perkara yang tak berfaedah
Walaupun
Banyak kije yang menunggu
Dan kije itu
Memerlukan banyak perhatian
Banyak memerah otak
Dan juga banyak kena mengkaji
Aduh
Aku perlu
Fokus
Rajin
Berusaha lebih
Dan mesti mencari jalan yang terbaik
Untuk keluar dari kemelut ini......

Wednesday, May 12, 2010

Yang pentng....Niat...

Assalamualaikum dan salam semua...

Hari ini aku sedikit kelaratan. Kelaratan untuk berjuang...Ya..berjuang mencari ilmu...Harap-harap hari ini aku berjuang dengan baik dan dengan penuh bersemangat...lalalala

Apa yang kita nak buat, mesti kita mulakan dengan niat kan...Niat yang baik, mestilah dapat pahala..Kalu niat dah tak baik, bahaya menanti...Jadi jangan lah berniat tak baik...Hidup mesti niat yang baik-baik aje...Hidup pasti diberkati oleh Allah S.W.T....

Apa yang aku praktikkan niat ni, first, niat dalam hati yang aku nak bangun awal pagi untuk bangun sembahyang subuh...Dah lama tak kunci alarm...Dan aku akan tersedar pada waktu itu...Errmm...Insyaallah, kalu niat yang baik, Allah akan tolong kita...Tapi, kena terus bangun lah..Kalu tak terus bangun, alamaknye.... :)


Ni gambar anak buah aku..Lame tak tengok diorang..Rindu plak...Sebab diorang ni manja plus kelakar...aku suka la sakat budak2 ni..Agak-agaknya lah kan, mesti diorang dah besar sikit..Lame tak jumpa...Tengok muka diorang pun aku rasa kelakar..Hahaha..suka buat memek muka masa amek gambor...

Hidup perlu sentiasa ceria dan gembira selalu...Hati mesti mahu baik....Lalalala.....
Related Posts with Thumbnails