Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Thursday, May 27, 2010

Jom bermuhasabah....Diam lebih baik....

Assalamualaikum dan salam semua...

Selamat awal pagi...Alhamdulillah aku masih di beri peluang oleh Allah untuk bernafas lagi di bumi bertuah ini...Aku amat bersyukur sangat-sangat...Masih ada peluang lagi untuk aku bermuhasabah diri dan memperbetulkan segala kesilapan yang telah aku lakukan sebelum ini dan menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya...Sama-sama lah kita merenung, berfikir dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan diredhai oleh-Nya...Amin

Errmmm...malam tadi dan hari ini belum habis lagi aku men'delete' emel dari yahoo...Aduhh, penat giler..Hampir 2000 inbox aku tak terbukak....Banyak kan...Dari emel yang ntah dari mane ntah..Pelik jer masuk dalam inbox aku...Dan 1 lagi emel dari facebook...Dah kalau rajin sangat nak mengomen orang, mula la orang pun nak komen...hehehe...dah tu suka komen, memang la...hehehe...Dan hari ini aku berusaha gak la nak membuang emel yang ntah apa2...Emel yang berguna je aku simpan...Banyak gile emel dari Akashah (hensem guy...:) ) aku tak bukak....Dan aku tertarik ada 1 emel yang di bagi olehku....Iaitu pasal Diam...

Dalam emelnya: Banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim). Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang .

Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a , pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh " Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur ,kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini? " (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor" (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Manusia berbicara setiap masa dan ketika. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh kerana itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..



p/s: Aku pun suka diam gak.. :p..Nanti aku akan duduk dalam bilik dan berdiam diri...Sebab..Sebab..Sebab.....Nanti dapat novel dari Syikin....Novel best...Nak gak habis kan 1 hari...lalalalala...Pasal study? heh..biar aku habiskan novel dulu k...hihihihi

17 comments:

Anonymous said...

saye ade kawan.
name die asada ryutaro.
die banyak cakap sangat.
tapi die baik.
kombinasi yg masih baik lah.
~harap die bace, nak adiah..lalala~ ;p


thx sis!
peringatan yg baek.
maCy kne fokus gle bce td..ki3

Shamrin Mat Janih said...

Diam itu ada kalanya baik dari membebel ntah apa benda yang mungkin menyakitkan hati orang dan menimbulkan kebencian juga kedengkian.

M a W a D D a H said...

macy: wahahahaha...oooo..kawan macy nama asada ryutaro...eh, adah kenal ke? kikiki..nak kenal leh?...

puji asada nampak...habis lor kembang lubang hidung die...kekeke...mitak adiah lebey sikit macy, adah nak gak...hehehe

bagus2, bace dengan fokus...macy dak baik...:) adah nak hadiah gak dari macy...:)

M a W a D D a H said...

shamrin: ya..betul..betul...bercakap yang baik dan memberi manfaat lebey baik dari berkata-kata yang ntah pape yang tak memberi kebaikan...

ku mula sedar...

sarah shafie said...

diam itu lbih baik..

Anonymous said...

amboih, kite nak pau asada die pau aCy balik. larikk~ ;p

Myvitrd said...

betul..kalau takda yng penting nak cakap baik diam je.. banyak cakap..banyak dosa..

http://myvitrd.blogspot.com

Ida Sazarina said...

yup...byk kebaikan berdiam..
terutama bila ade masalah.
mcm bertengkar, elok diam jew~

Yuni Aisyah said...

entry yg sgt menarik n bgus utk di
kongsi..thanx adah.=)

Tapi kan adah bagaimana pula kalo kte melihat kemungkaran...perlukah kita berdiam.??

M a W a D D a H said...

sarah: ya betul..diam2 ubi berisi..hehehe

macy: hehehe..tau die nak larikk

tn.punya: :) baik diam je kan...cakap yang baik2 je..

nanajoe: ye betul..baik duk diam jer..nati lagi buruk...

yuni: sama2 yuni... :) yang baik kena berkongsi bersama..melihat kemungkaran?? perlu sebenarnya...ermm..kalau rasa takut nak menegur, kita berdoa dalam hati je la moga orang tu sedar dan insaf atas perbuatan dia...

Aidi-Safuan said...

banyak cakap, banyak silap.
banyak silap, banyak la orang terasa.

so, diam jer. :)

Syafrizal said...

macam apa yg kita discuss je hari tu

Mr. Asada said...

hahahaha.. memuji utk dapat adiah. sungguh tak ikhlas. uhh..

ye betul tu adah. kadang-kadang diam tu lebih baik dari bermulut kepoh. tapi bagi orang yg bermulut kepoh, berdiam diri adalah sesuatu yang amat sukar! hahaha

p/s : takmo kasi adiah.. lalala~

Keyyah said...

Keyyah suka diam..lalala..
uik dah abes ke bc novel??

Anonymous said...

maCy memahami asada yang sukar diam. haha.. tp start arini xmo faham+backup asada dah.. kemut! ;p

sis adah : kasi lecture sikit asada 2 bg diam..hee

M a W a D D a H said...

aidi-safuan: hehe..ya.. u r right!

syafrizal: errr..hehehe

asada ryutaro: wahaha..memang sukar bile tetiba si mulut kepoh nak berdiam diri kecuali bila tido..hehehehe...

macy sebenarnya ikhlas memuji kamu tu asada...hehehe...backup macy..kihkihkih...

keyyah: adah pun...eh yeke? hehehe.. blum habis lagi...

macy: ala macy ni..jgn la merajuk..nati adah suh asada pujuk k..pujuk2 sayang gitu..hehehe

pengumpulblog said...

Ada tempatnya kita kena berdiam diri. Dan ada tempatnya kita tutup telinga. Tetapi lebih baik berdiam diri daripada merapu tak tentu pasal. Ingatlah,sesetengah orang tidak senang kalau kita terlalu banyak bercakap.

Related Posts with Thumbnails