Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Monday, May 6, 2013

Komen PRU 13: Tahniah dan takziah ku ucapkan...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah selesai sudah PRU 13 dengan macam2 ragam, pahit, manis, masin, masam, kelat..Semuanya ada menjadi satu acuan yang pelbagai rasa.  Dan tahniah buat diriku jua yang bertungkus lumus pulang ke kampung di sebabkan diberi tanggungjawab yang amat besar bagiku untuk memilih pemimpin yang berkaliber, berkarisma, yang berjiwa rakyat serta mementingkan bangsa dan agama.  Undian di tangan anda.  Anda tahu menilai yang mana patut undi, yang mana patut tak undi.  Anda ada hak sebagai warga negara Malaysia yang prihatin.

Kita semua dah memilih dan yakin dengan apa yang kita pilih.  Kalah dan menang adat pertandingan.  Yang menang kena memperbaiki dan bangun melihat mana2 yang rakyat mahu.  Jangan buat 'donno' je apa yang rakyat mahukan...Yang kalah, jangan bersedih hati.. Pasti ada hikmah di sebalik kekalahan yang ada. Tapi kalah bukan bermakna kalah.  Pandang ke arah positif dan cuba lagi di Pru 14 akan datang.  Banyak perkara akan berlaku dalam masa 5 tahun nie.

Cuma sedikit sedih dengan kata2 tohmahan yang amat kita tak sangka2 dalam masa bertanding nie.  Tak kiralah pihak mana pun.  Pihak yang kalah ke yang menang ke.  Bila baca dekat wall di fb, kadang2 rasa tak sanggup nak baca.  Tapi terbaca jugak...Dari kata-kata lah ia boleh mencerminkan kepribadian seseorang itu..Ingatlah wahai teman...Salab bicara, buruk padahnya.

Bagiku lah, secara pribadi, aku tengok banyak kerusi yang menang kat pihak yang satu lagi.  Dan ia memang mengejutkan semua.  Dalam diam kan...Hurrmm...Bangkitlah kita sebagai orang melayu.  Sedarlah..Jangan kita ni di halau dari tanahair kita sendiri...Aku takut 'one day' akan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini...Mana kita nak lari? Mana kita nak sembunyi? Diorang bijak. Tahu kelemahan bangsa kita.  Tahu yang kita ni baik hati..Tahu dari pelbagai segi. Cuma diorang mencari masa, peluang dan lubang untuk mencelah.. Aku takut...Korang pun pasti takut..

Berdoalah pada tuhan agar Malaysia sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmat.  Ingat Allah selalu...Hanya Dia yang Mengetahui apa yang berlaku...Allahuakhbar!!


Aku rakyat biasa....



p/s: Hujan turun...Langit menangis....

No comments:

Related Posts with Thumbnails