Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Wednesday, January 1, 2014

Bye-bye 2013 and 2014 I'll coming!!

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Alhamdulillah dapat lagi aku menghirup udara yang aman dan sejuk di pagi ni...Even terasa segar mindaku tetapi untuk aku mengharungi 2014 adalah rasa yang sangat mencabar minda, tenaga dan tak lupa juga pada kewangan ku...Bye-bye 2013 and 2014 I'II coming means coming dengan langkah yang penuh hambar dan terdesak...huhuhu...Hidup di KL memang banyak memerlukan kewangan untuk terus hidup..Yup, memang boleh teruskan hidup even gaji ciput tapi yerla nak kena tanggung beban hutang belajar, hutang itu dan hutang ini dan tak lupa juga kenaikan harga rumah sewa pada tahun 2014 ni...Sighh!  Dan yang paling rasa beban bila gula naik, minyak naik, tol naik, bas naik, elektrik naik...Hurmmm...Desas desus mengatakan laluan motor juga nak dikenakan tol..Whattt???  Hurmm..Banyak betul difikirkan macam mana nak kurangkan kos hidup di bandar besar nie...Lagi fikir lagi sakit jiwa rasa...Kalau dah banyak duit nak dilaburkan kat kos hidup, macam mana nak cepat kaya ni...Belum sempat nak menyimpan, duit tu dah digunakan untuk keperluan harian...Rasa jiwa sempit menjerut rasa.....

Rasa hati tiada siapa yang peduli...Even pompang2 kat suratkhabar, internet, dengan suara rakyat Malaysia jua tiada siapa peduli...Naik memang akan terus naik...Walaupun tanpa rela...Tidak nampak ada desas desus yang mengatakan tiada penaikan, ada pengurangan di bahagian lain..Terus dijerut...Mungkin yang gaji mahal, anak sikit, tiada bebanan hutang memang tidak akan terasa tetapi amat amat terasa bagi golongan bawahan yang memang sangat sangat memerlukan kewangan untuk teruskan kehidupan yang serta mencabar di kota metropolitan ini..Cakap orang memang best...Taknak di sini pergi di sana..Taknak makan itu, jangan makan...Tetapi rezeki kami di sini.....

Hanya sedikit coretan picisan bagi warga yang tiada siapa peduli...Tiada didengari...

Tapi Allah ada..Alhamdulillah..Hope Dia Maha Mendengar, Pemberi Rezeki, Memberi ketenangan dan Dia juga boleh menghilangkan rasa gusar di hati kita...Ya Allah, bantu lah kami...Hanya dia yang Mengetahui...

Doaku dan juga untuk seluruh umat Islam:

" Ya Allah, muliakan kami, lapangkan lah hati kami, bahagiakan keluarga kami, luaskan rezeki seluas lautan yang engkau ciptakan, mudahkanlah segala urusan kami, jauhkan kami dari segala penyakit juga dari sebarang kesulitan, kabulkan cita-cita kami, jauhkan dari segala musibah, berprasangka buruk serta keji, berkata kasar serta terimalah semua amalan ibadah kami dan kelak jadikan kami penghuni Syurga-Mu ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin..."


--> Selamat tahun baru dan selamat hari jadi buatku...Menelan air liurku bila sudah 3 series...Gulpp...



2 comments:

Intan Suraya said...

adaahhhh!!! lama btol intan tak komen kat sini kan... selamat tahun baru n happy besdayyy!! moga terus maju jaya..^^,

M a W a D D a H said...

intan suraya: intan!! lame gak tak jenguk intan...jap g adah singgah..hihi

Related Posts with Thumbnails