Assalamualaikum dan salam awal pagi semua..
Apa khabar kawan2 di luar sana..Moga sihat hendaknya.
Hari ni aku nak sentuh perihal rumah di Kuala Lumpur yang serba membangun ni..Rumah, apartment, pangsapuri, kondominium, flat, pergghhh harga sekarang rasa macam dah tak masuk akai dah...Rumah landed, jangan cakap lah..Milion tu harganya..
Nak2 sekitar Ampang ni ha, haihh mahal gilos. Bayangkan harga condominium yang di lelong pun dekat 1.2 milion...Wahhh, nangis aku tengok..Sapakah yang mampu nak membelinya tu..Dah tak terkawal dah.
Teringat masa pergi survey flat kecik dekat Kg Pandan..Rasa memang berbaloi sebab dekat dengan LRT tapi bila tengok condition rumah tu macam tak logik dengan harga tu...Siap mak cik kat bawah cakap mahal giler dik, baik tambah sikit duit beli kondo yang ada kolam renang tu. Lagi bagus..Bagus kalau nak survey rumah/apartment ni kita bersembang dengan orang sekitar untuk kepastian.
Ni harga rumah generasi sekarang..Tengok lah nanti harga rumah dalam 3 ke 4 tahun nanti macam mana pulak harga dia..Mau dalam 3 ke 4 milion...Mungkin kat KL ni nanti orang dah tak beli rumah dah cuma mampu menyewa aje..
Orang yang nak rumah landed ni pun ramai berlumba2 beli di pinggir2 kota. Tu pun harga dia boleh gigit jari jugak la kalau orang yang berpendapatan sederhana..huhuhu...
Rakyat di KL ni makin ramai termasuk la aku..Tetiba..hehe..Kadang2 rasa duk luar negara pun ada sebab kat kondo ni dah macam2 warna kulit, bangsa dah jumpa...huhu
p/s: Jom cari solution camner nak beli rumah atau hanya menyewa sahaja...uhukk..
2 comments:
Salam,jom pindah ke Pulau Tinggi,Mersing,Johore..disini keaslian alam sekeliling masih belum terusik...sekadar memberi cadangan..
Kawasan panas di Lembah Klang jadikan harga tanah melambung. Ditambah dengan 'demand' daripada agent. Memang la harga terus naik kan.
Post a Comment