Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Wednesday, June 30, 2010

Moden kah kita...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tarik nafas....Hembus...Tarik nafas...Hembus....Errmm...Alhamdulillah..kita masih boleh bernafas lagi di bumi Allah yang serba indah dan moden ini...Apa? kita dah moden...Errmmm...Yelah...Moden..Hidup kita dah moden walaupun masih menggunakan lesung batu untuk menumbuk sambal belacan dan duduk di rumah batu...Orang dulu-dulu rumah batu tu adalah gua...Walaupun kita dah moden, itu lah kena terima hakikat yang kita masih berada pada zaman batu....Yelakan kalau mengikut sejarah, zaman batu adalah sebelum zaman Mesolitik dan Neolitik...Wahh..Aku masih ingat lagi sejarah...Tepuk2 tangan tuk aku...Hehehe...


Kita moden dan membangun...Semua orang dah bijak serta canggih tapi kenapa masih ada lagi perbuatan yang tak bijak di lakukan oleh zaman moden ini? Seperti merompak, membunuh, membuang bayi, membuli, membunuh diri dan lain-lain lagi yang kita sendiri takut untuk berada di dalam kelompak orang yang moden yang serba bijak dan canggih ini.....Adakah tidak bijak dan hanya makan kepala ikan?? Ataupun hati kita yang dah tidak bersih dan hitam dan mempunyai perasaan yang bercampur baur seperti dengki mendengki, busuk hati, curiga, dan mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mencuba perkara baru yang mungkin di anggap "wah, aku orang first buat ni...Banggalah aku"...huhuhu

Mungkin kita kurang berdoa kepada Allah dan belum sedar akan apa pentingnya kita sebagai khalifah di bumi Allah ini...Jom lah sama-sama kita berzikir dan berdoa kepada Allah agar kita hidup selamat di dunia dan akhirat....

Doa 1:


“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)”. Ali Imron : 8

Doa 2:

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)”. Al-A’raaf : 126

Doa 3:

“jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai surga yang penuh kenikmatan,” – Asyuara : 85


Amin...Amin...Amin...Ya rabbal alamin....



p/s: sebenarnya hari ini aku nak buat entry lain, jadi entry lain plak...ngeee...

12 comments:

Shamrin Mat Janih said...

Amin, entri yg ringkas, tp baik dan berguna.

sarah shafie said...

doa yg bgus..

Padin said...

salam..
entri yang menarik Adah..
ada makna dan perkongsian, sama - sama kita amalkan hehe

khairul_bariyyah said...

dakcomot suke makan kepala ikan tmenung.. wee~

macam smbungan entri 'mentaliti masyarakat kita' pulak.. hehehe..

btw,nice one adah.. thanks for sharing.. =)

Keyyah said...

doa yg 1st mmg amalkan, tp yg lain baru tahu hari ni..

yup semakin moden kita, semakin banyak masalah yg timbul.. sebenarnya itu lah harga yg perlu dibayar utk sebuah kemodenan.. yg baik dtg bersama yg buruk..

Dzasc Skachers said...

wah bagus nieh.. :) time kasih ekh adah..:p
tapi wadud penah sembang ngan lecterur wadud kan, masalah modern, bagi wadud modern nieh x boleh kita ungkapkan, maksud wadud cenggini, ape maksud dari modern tu sendiri? kalau seorang yang xde hp kita katakan x modern? pastu orang yang ada hp pulak, kompom dia modern? tu belum kira orang yang pakai hp canggih2.. modern tuh xder arti yang tepat la, wadud pown penin nak sembang camner ngan pensyarah wadud tuh..huhu :p

Anonymous said...

makin moden, mkn byk gejala negatif, mkn byk bisikan syaitan y harus dihakis, kerana dunia semakin moden, hidup perlu extraordinary, dosa pahala diletak ke tepi..

wallahu'alam~

Unknown said...

waa...dpt amalkn doa ringkas tuh..thnks 4 sharing..huhu

Liefde Ain said...

aminnnnN! ^^ tenkiu sis fer sharing! ;D

cik jari said...

semakin moden negara bangsa,semakin kejamnya manusia...sesuai tak hipotesis nih??

yahaya said...

bagus2..teruskan posting sebegini...

M a W a D D a H said...

shamrin, sarah, padin: ;) jom lah sama2 kite amalkan dan berkongsi...thanks..


khairul_bariyyah: adah pun suka gak..adehh...sambungan erk...leh la link kat blog ni...hehehe


keyyah: sama2 lah kita amalkan...ye..adah sokong keyyah...septutnya moden ni, manusia seharusnya bertambah baik..huhu


wadud@duad: sama2 wadud...bgus la wadud discuss ngan lecturer pasal ni..tapi pada pendapat adah, moden kat sini means that cthnya dia ade henset tapi die menggunakan henset tu ke arah yg tak baik seperti mms gambar2 yg tak elok, calling2 cakap benda2 yg tak baik..means macam tu la...sepatutnya dengan kemodenan itu, sepatutnya mestilah memberi faedah bukannya ke arah yang tak baik...


macy: wallahu alam..moga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya...


echah, gades ain: sama2... :)


cik jari: sesuai gak...leh kembangkan lagi hipotesis anda...hehehe


yahaya: :)

Related Posts with Thumbnails