Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Wednesday, June 30, 2010

Moden kah kita...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tarik nafas....Hembus...Tarik nafas...Hembus....Errmm...Alhamdulillah..kita masih boleh bernafas lagi di bumi Allah yang serba indah dan moden ini...Apa? kita dah moden...Errmmm...Yelah...Moden..Hidup kita dah moden walaupun masih menggunakan lesung batu untuk menumbuk sambal belacan dan duduk di rumah batu...Orang dulu-dulu rumah batu tu adalah gua...Walaupun kita dah moden, itu lah kena terima hakikat yang kita masih berada pada zaman batu....Yelakan kalau mengikut sejarah, zaman batu adalah sebelum zaman Mesolitik dan Neolitik...Wahh..Aku masih ingat lagi sejarah...Tepuk2 tangan tuk aku...Hehehe...


Kita moden dan membangun...Semua orang dah bijak serta canggih tapi kenapa masih ada lagi perbuatan yang tak bijak di lakukan oleh zaman moden ini? Seperti merompak, membunuh, membuang bayi, membuli, membunuh diri dan lain-lain lagi yang kita sendiri takut untuk berada di dalam kelompak orang yang moden yang serba bijak dan canggih ini.....Adakah tidak bijak dan hanya makan kepala ikan?? Ataupun hati kita yang dah tidak bersih dan hitam dan mempunyai perasaan yang bercampur baur seperti dengki mendengki, busuk hati, curiga, dan mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mencuba perkara baru yang mungkin di anggap "wah, aku orang first buat ni...Banggalah aku"...huhuhu

Mungkin kita kurang berdoa kepada Allah dan belum sedar akan apa pentingnya kita sebagai khalifah di bumi Allah ini...Jom lah sama-sama kita berzikir dan berdoa kepada Allah agar kita hidup selamat di dunia dan akhirat....

Doa 1:


“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)”. Ali Imron : 8

Doa 2:

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)”. Al-A’raaf : 126

Doa 3:

“jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai surga yang penuh kenikmatan,” – Asyuara : 85


Amin...Amin...Amin...Ya rabbal alamin....



p/s: sebenarnya hari ini aku nak buat entry lain, jadi entry lain plak...ngeee...

Tuesday, June 29, 2010

Lucky Draw Shasha...Yeah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini aku nak join lucky draw...Hari itu aku dijemput sendiri oleh shasha untuk join lucky draw ni...Senang dah mudah je lucky draw ni...Pemenang yang bertuah ni akan dapat RM 50...Tarikh tutup ialah pada 31 Julai 2010...


Ok...Sesapa yang nak join lucky draw ni dipersilakan lah dan klik SINI.  Oh ya, ada tag tau...Aku nak tag...Ser dan Keyyah...lalalala...Peace no war...

Monday, June 28, 2010

Orang Histeria dalam bas...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini aku nak berkongsi cerita ngan korang tentang perjalanan aku semasa ke Pekan Pahang baru-baru ini....Ada orang histeria dalam bas...Kejadian ini memang benar berlaku dan tiada tipu muslihat....

On da way, dalam bas transnasional:

Makcik 1: Eyaaarrrrkkkkk!!!!
Aku : Bunyi apakah itu....(hati berkata-kata)
Makcik 1: Eyaarrrkkkkkk!!!!
Aku: Eh, macam orang histeria je...Alamak..Takutnya...Ada histeria dalam bas?? (hati jua berkata-kata)...

Orang sebelah dan aku turut memandang ke belakang....

Driver: Bunyi apa tu??
Makcik 1: Eyaaarrkkkkk!!!....(Dengan kuatnya)....

Ada 2 orang driver...Satu yang sedang bawak bas dan satu lagi sedang berehat....

Then makcik 1 pun bersuara....

Makcik 1: Saya tengah mengurut orang ni..Dia terseliuh semasa nak naik bas tadi....
Driver: Dah habis tu, nape bunyi macam orang histeria je...kalau ada orang sakit jantung ni, bahaya nie...
Makcik 1: Saya memang mengurut bunyi macam tu...Ni kiranya tak kuat sangat ni...Kalau yang sebelum ni, lagi kuat saya bunyi...Errmmm...Kalau orang urut, biasanya bunyi sendawa je...Angin orang yang sakit urat tu kuar melalui saya...Tapi kalau saya, saya tak sendawa, tapi bunyi macam ni la....Eyyaarrrkkk!!! (sambil mak cik 1 mengurut pesakit itu)...

Aku dan orang sebelah gelak bersama-sama...Bukan gelak slow-slow, tapi gelak kuat-kuat...Rasa kelakar la plak...Pada mulanya rasa takut....Lama-lama rasa lucu la plak....Teruk tul aku dan orang sebelah gelak...Bunyi Eyyaaarrrkkk!!! sentiasa kedengaran dalam beberapa ketika..Dan ketika Eyyaarrkkk!!! itu, satu bas yang sunyi itu berselang bunyi Eyaaarrrkkk!!! dan gelak ketawa...

Driver: Tak urut lelaki ker?
Makcik 1: Saya tak urut lelaki..Bukan tak boleh, tapi malas...Lagipun kalu orang lelaki, mesti la orang lelaki jugakkan yang kena urut...Mana leh perempuan...Errrmmm...Saya dapat ilmu urut ni after ayah saya meninggal..Mungkin ilmu urut ayah saya tu terkena pada saya, bukan abang saya...Ayah saya terkenal pada waktu itu...Tak kenal ke...
 Driver: Errmmm...Tak kenal la plak...Ooo....Macam tu....huhuhu

Dan Makcik 1 terus mengurut sambil berbunyi Eyyaarrkkk!!!...hahahaha


Gambar di atas tiada kene mengena dengan cerita di atas dan bukan juga di ambil dari pak cik google...hehehe...Gambar di atas adalah anak buah aku yang semakin membesar...Adik beradik yang bernama Mohd Alif Imran dan Mohd Afiq Ashraf....Si abang yang terlebih manja daripada si adik...Adehh....Bila nak snap gambar je mula lah buat memek muka yang ntah hape-hape...dan juga sangat kelakar...:) hahahaha... tengok gambar diorang, terus lupa segala duka dan lara...chewahhh...


p/s: lain orang lain caranya....banyak ragam dan kerenah yang kita jumpa....

Sunday, June 27, 2010

Terubuk Pekasam di Kidnap...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini aku teringin nak makan terubuk pekasam yang di beri oleh mak Kak Syita...Terubuk pekasam tu di datangkan khas dari Sarawak tau...Thanks mak Kak Syita dan Kak Syita kerana memberi terubuk pekasam yang jauh itu (harap Kak Syita baca entry ini)... hehehe.....Actually ni kali pertama aku merasa terubuk pekasam Sarawak...Dan ianya sangat sedap...Ini pendapat orang yang pertama kali makan...Hehehe....

Gambar di ambil dari pak cik google....

Begini lah gambar ikan tadi after di goreng...Goreng saje...Tak reti dan tak tahu resepi terubuk pekasam ini...Ada sapa-sapa tahu tak terubuk pekasam nak masak apa yang best?? Jangan lah segan dan silu tinggal komen kat entry ni ya...Nak tahu gak resepi apa yang best dengan terubuk pekasam ini...:)

Tapi tadi after pulang dari lab, separuh terubuk pekasam telah di kidnap oleh en meow...Jemur jap tadi separuh terubuk pekasam itu oleh sahabatku kat luar sana...

Buat en meow: kenapa la ko mencuri terubuk pekasam yang sedap itu...aku belum puas lagi nak makan...Tuk keyyah, jangan sedey2 tau...Kesian kat Keyyah..Tak sempat dia nak merasa terubuk pekasam Sarawak....Takde gunanya nak mencari en meow...Maybe die dah melantak dengan rakusnya terubuk pekasam itu...huhuhu....


p/s: Mengidam cendol lagi...tadi singgah kat kedai cendol, tapi cendol dah habis...Sedey...Cendol yang ada pulut yang best...huhuhu

Kumpul sampai banyak...

Assalamualaikum dan salam semua...

Salam pagi dan ceria-ceria selalu...Hari ini aku nak wat entry pasal award je...Thanks kengkawan yang sudi bagi award kat Adah...Adah ingat yang ni je award yang diberikan untuk Adah...Eh, ada lagi ker...Mungkin Adah tak perasan...Maaf ye kalu tiada kat bawah ni...huhu...

Sebelum ni adah ada letak awards yang scroll sendiri tu...Letak koleksi awards..Tapi letak dah lebih 10 award, tapi sikit je yang kuar..Terpaksa lah adah buang...Sebab letak banyak tapi kuar sikit je...Tak best...Huhu...Tapi jangan risau, adah dah asingkan award ni dalam kategori Award itu...Sila2 la tengok kalu nak tengok...:) Thanks tu Matdin dan Krole yang bersusah payah mengajar adah dalam membuat tutorial yang bergerak itu...Adah amatlah hargai jasa kamu...Sayang kamu berdua...;)

Jom terjah award adah....

Award dari Dak comot

Write 5 interesting facts about the person who gives you this award
--> Dak comot nama dia..
--> Nama sebenar Khairul Bariyyah
--> Kanak-kanak ribena
--> Pelajar yang bijak dan rajin
--> Orang Baling Kedah...Sapa2 nak kenal, leh la terjah dia...hehehe

Jots down 10 interesting facts about yourself and your hobby
--> Seorang perempuan
--> Cool orang nya...Puji diri sendiri..Hehehe
--> Masih study dan study...
--> Suka bergelak ketawa..
--> Suka gak main boling, tapi rasa lama tak main...
--> Rempit dulu ye adah...hehe
--> Sekarang ni rasa macam suka je tengok dan melayan budak kecik...Sungguh comel diorang ni...
--> Kadang-kadang rasa malas nak wat kije...Adehh...
--> Cuci-cuci mata pun suka...
--> Hidup perlu diteruskan...

Pick your most 10 deserving recepients and describe the them
--> Tak yah la erk...:)

Award dari Wadud@Duad


Award dari Juan

Award dari Krole


Thanks semua sebab bagi adah award yang best ini..Adah suka sangat...


p/s: Sejuk di pagi hari...Sekarang ni hujan pagi sentiasa membasahi bumi bertuah ini...Dengan hujan yang membawa rahmat ini sepatutnya memberi tenaga dan semangat tapi kenapa kadang-kadang membuatkan ku makin lemau...Adehhh....

Saturday, June 26, 2010

Aku adalah Aku....

Assalamualaikum dan salam semua...

Aku adalah aku...Kenapa tajuk entry aku begitu...Sebab...Aku telah di tag oleh 3 blogger yang baik hati...Iaitu  BurpKech dan Miss Mirror. Sorry la erk sebab lambat wat entry ini...Memang masa mencemburui diriku...Hehehe...Iyo la tu adah oii...Hehehe...Dah lama dah diorang tag aku ni...huhu...Kena tag dari Miss Mirror sebab aku terbaca blog dia yang kata jangan baca..Tapi aku baca gak...Degil kan...Ahaksss....



1) Seorang perempuan sejati...lalala
2) Amat suka makan tapi risau kalu berat badan bertambah...Adehh...
3) Suka bergurau dan bergelak ketawa...
4) Suka wat research..Tapi bila tak dapat apa yang di cari, mula la rasa down...Tak patut betul...
5) Minggu ni asyik makan coklat cadbury je...Mengidam ke...
6) Suka pantai sebab ia mendamaikan...
7) Suka dengan orang yang kreatif dan berseni...Seni itu indah...
8) Bila rasa mengantuk, terus tido...
9) Suka berkawan...
10) Bila rasa mengidam, aku akan cuba dapatkan jugak...Walaupun makan masa satu hari, satu bulan atau setahun...
11) Teringin nak beli laptop dan kamera canggih...Tapi lum dapat laksanakan lagi...Agak-agaknya bila la tu agaknya...
12) Belum rasa full confident lagi masa bawak kete...So, rempit la dulu k...:)
13) Suka gak tengok TV...Citer best dan kelakar, lagi la aku suka...
14) Suka makan ikan singgang cicah budu...Feveret tu walaupun makanan simple...
15) Sentiasa berfikir, apakah hala tuju aku lepas ni...
16) Bila tengok kehidupan orang berfamili, rasa macam bahagia je diorang walaupun terselit kisah pahit...aku sendiri pun tak tahu....
17) Lama dah rasa tak jogging bersama Keyyah...
18) Teringin nak beli rumah dan tanah sendiri...Aset tu...
19) Senyum-senyum selalu...
20) Ok..kita lihat siapa yang kena...hehehe...

Krole
Dakcomot
maCy
Asada Ryutaro
Matdin
Wadud@duad
Taib wahid

p/s: Hope korang sudi buat....Dan proses mengumpul award yang tertunggak...:p

Lesen Judi Piala Dunia tidak akan dikeluarkan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jom baca artikel di bawah:

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan judi Piala Dunia kepada Ascot Sport Sdn Bhd (Ascot Sport) dan keputusan itu disokong sebulat suara Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, sebentar tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu mengambil kira pandangan masyarakat keseluruhan selain dari segi agama dan kesan kepada politik.

"Selepas mengambil kira semua pandangan, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak setuju lesen itu diberikan kepada Ascot Sport.

Sumber: Berita Harian


Pandanganku: Bagus lah lesen judi piala dunia ni tidak akan dikeluarkan...Dah sah sah JUDI tu HARAM, buat apa kan nak dikeluarkan lagi...Memang sangat-sangat tak setuju la kalau lesen ini dikeluarkan....

Dah terang-terang dalam al-quran dan hadis menyatakan bahawa judi tu tetap haram di sisi hukum Allah...Jangan lah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal....Kalau nak letakkan hukum atau apa-apa mesti berlandaskan hukum Allah dahulu...Baru lah hidup selamat dunia akhirat...Negara dan rakyat juga akan diberkati oleh-Nya...

Sangat-sangat lah sedih tengok umat nabi muhammad S.A.W yang cetek ilmu pengetahuan sedangkan ilmu Allah amat lah luas....


p/s: Sedih bila melihat umat islam yang terumbang ambing dan kucar kacir...Apakah usaha kita, ibu bapa, rakyat, guru-guru, negara terutamanya diri sendiri dalam hal ini....Dalam hal untuk memperbetulkan apa yang tak betul, menjauhi apa yang di larang oleh-Nya dan mendekati apa yang di suruh oleh-Nya....

Friday, June 25, 2010

Eikasyaza Green Contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

After join contest asada ritu, ni nak join contest Hijau lak...Hakhakhak...Contest lagi...Adeehh...Suka sangat aku ni nak masuk contest...Ok what...Aku nak join sebab nak memeriahkan dan menghangatkan lagi suasana contest...Baik kan aku...kikiki...Seronok la plak bila join menjoin ni...


Kalau nak join...Klik la banner kat atas ni ha...hehehe...

Syarat-syarat dia senang je...Sila klik kat blog Eikasyaza untuk keterangan lebih lanjut...Tapi yang pasti...Gambar itu mestilah yang berkaler hijau...Sebab penganjur suka kaler-kaler hijau ni...Dan boleh dikatakan agak fanatik la kan....Hehehe....

Dan aku nak letak gambar ni:


Hahahaha...Sila jangan gelak...Tapi aku sendiri nak tergelak tengok gambar ini...hahaha...Aku letak gambar aku bersama katak hijau, kura-kura hijau dan shawl hijau...Kan hijau semua tu kan...Tapi tak tau la menepati ke tidak syarat-syarat penganjur...Aku join contest mesti tak menepati syarat-syarat penganjur...kikiki...Bukan senang tau aku nak pakai tudung shawl itu...Pernah skali je pakai sebenarnya...Adeh...Sungguh tak malu aku ni...hihihihi....

Hadiah-hadiah dia ialah One Drop Perfume for men dan woman set....

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 7 Julai 2010 (jam 11.59 malam)...Hah..Sempat lagi kalu korang nak berposing ngan kaler2 hijau ni....Jom join...


p/s: Okeh...Sekarang baru leh g mandi...:) Award-award dan tag-tag masih banyak tertunggak lum dilaksanakan lagi...huhuhu....



Thursday, June 24, 2010

Kenapa motor macam senget...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Perasaan aku semasa bawak motor hari ini dan semalam adalah was-was dan takut-takut...Rasa macam gelong-gelong (senget2 ke kiri dan kanan) je masa bawak motor...Kadang-kadang rasa macam senget-senget je handle motor tu..Kenapa ye?? Aku nak baiki sendiri confirm tak reti sebab aku bukan mekanik motor, mat rempit, mat mat motor ataupun penjual motor...:p Setakat isi angin dan isi minyak, tahu la...hehehehe...Bila nak belok je, mula la rasa bergegar je motor tu...

Tadi dah pergi tanya apek kedai motor...Dia cakap xde pape...Mungkin sebab tak biasa bawak lagi kot dengan tayar depan yang baru di tukar 2 hari lepas...Tukar tayar dan tube skali...Sebab tayar depan pancit...Takut jugak la masa bawak motor dengan tayar depan yang pancit....Ataupun isi angin terlebih?? Motor tu yang bersalah atau aku yang tak biasa?? Perlu salahkan aku atau salahkan motor...Hehehe...

Kalau lah ni motor aku...Alangkah bahagia nya...


p/s: Teringin nak bawak motor besar atas jalan raya....lalalala...

Kenduri di Temerloh, Pahang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada hari ahad minggu lepas, majlis gilang gemilang di Temerloh, Pahang berlangsung...Majlis Pernikahan si Uda dan Dara...hehehe...Errrmm...Orang pahang lagi, kata ayah...hehe..Actually dah lama dah rasa nak wat entry ni tapi asyik tergendala jer...Ni baru ada sedikit masa terluang walaupun sebenarnya banyak kije yang menunggu di belakang untuk disiapkan....Jom kita lihat kemeriahan orang berkahwin...Dapat kakak ipar orang Temerloh, Pahang...

Menunggu pengantin perempuan tiba di surau

Selesai akad nikah, pengantin lelaki menyarungkan gelang kepada pengantin perempuan.

Ehem...Ehem..disaksikan oleh mereka yang hadir..

Pengantin lelaki dan perempuan berseri-seri...

Dari pihak lelaki...Nampak aku tak? hehehe

Apa da pengapit lelaki...Tak pakai baju kaler sama..Ada sedikit kecacatan pada gambar itu...hahaha...Jangan mare ye pengapit lelaki...hihihi...

Jom makan di meja mengadap...

Aku pun turut sama makan kat situ...Sedikit tak malu...hihih..Bis tu semua tak nak makan kat situ..So aku amek peluang la nak makan kat meja pengantin...Bukannya senang...Hehehe...Lagipun makan kat meja pengantin sangat la best dan istimewa...kikiki...Bijak..Bijak....hehehe...

Selesai sudah majlis itu...Meriahkan...Nanti ada sambungan entry tuk majlis sebelah lelaki lak....

Selamat pengantin baru buat pengantin baru...hehehe...Moga berbahagia ke anak cucu hendaknya...


p/s:Bila la plak majlis aku nak berlangsung ni....Eerrrmmm....

Wednesday, June 23, 2010

Contest Gambar Best By Asada

Assalamualaikum dan salam semua...

Pada hari ini aku terbukak hati untuk join contest ini yang dianjurkan oleh Asada Ryutaro...Errmmm..Sebenarnya dah penah dah promote contest itu dan letak banner...Tapi ni baru je nak join...Bukan apa...Sebab di desak dan di belasah oleh Asada Ryutaro...Hehehe...Eh..Takde la...Saje je nak join contest itu tapi xmo menaruh harapan sangat sebab dah join contest2 yang lain, confirm tak menang...Contest ni...Errrmm..Rasa tak jugak kot...Biar si penganjur rasa simpati sikit kat aku...Hahahaha....

Gambar di atas ni wajib letak tau...Pihak penganjur cakap la kan...:p

Ok2...Sebelum apa-apa, jom kita baca syarat2 dia...

1)  Buat satu entry khas dengan tajuk Contest Gambar Best by AsaDa. UPLOAD GAMBAR TERBEST yang anda ada. tak kiralah gambar anda sorang atau ramai-ramai. takpun gambar orang kenduri kawen. asalkan bukan gambar lucah. yang pasti, gambar tu anda punya.. bukan cilok dari pakcik google atau orang lain.

--> Tengah nak wat la ni asada....:p  ha..memang gambar terbest aku cari ha...confirm aku tak cari gambar lucah...hahaha...dan yang pasti bukan dari pakcik google atau orang lain...


2)  Ceritakan kisah sebelum atau semasa atau selepas gambar tu di capture secara ringkas mengikut kreativiti anda. jangan panjang sangat sampai cecah lantai. karang merangkak asada nak baca..

--> Hahaha...eh..asada baca sampai nak merangkak ker...hahaha...takleh nak bayangkan kalu asada betul-betul merangkak...hahaha...dush..dush..jangan bayang...hahaha...

Ok la..meh aku cerita mengikut kreativiti aku...Err..aku memang kreatif tau bab cerita mencerita ni...Perasan jap...hihihi...Oleh kerana aku tak nak bagi asada merangkak, so aku cite secara ringkas dan padat...hihi...

Kisah sebelum: Gambar itu diambil sebelum nak naik bot penambang...Amek dulu gambar sebelum naik bot...Posing2 dulu...Kenyit2 mata dulu....

Kisah semasa: Yela..semasa di ambil, just tekan2 je la punat kamera itu...hihihi...Sambil anak buah dan adik aku berkata.."Wow...cantiknya gambar itu...Confirm menang gambar ni kalu masuk contest gambar best by asada"...kikikiki....

Kisah selepas: Diorang sume berkata "Confirm menang"...hehehe...Dan gambar di bawah after gambar dipertaruhkan di ambil semasa berada di dalam bot dan selepas berada di darat means after naik bot...Ha..confirm original kan gambar aku itu...No ciplak2...kikiki...

Ok..selesai penceritaan kekreatifan aku...hahahaha...


3) Copy banner di atas. letakkan di dalam entry dan di side bar blog anda. pastikan ia di-link terus ke entry ini.

--> Dah lama dah copy banner di atas....Nak markah bonus asada...hehehe


4) Anda boleh letak seberapa banyak gambar. tetapi hanya satu gambar daripada anda dipilih untuk dipertandingkan.

--> Uhhh..kalu satu je gambar di pilih, baik aku letak satu jerk...Kang asada kena makan panadol lak nak kena pilih gambar yang mana satu...aku ni baik hatikan sebab xmo buat penganjur pening kepala...hehehe..Bonus lagi...hahahaha...


5) Dah siap buat semua syarat, letakkan link atau url entry anda tu di ruangan komen entry ini untuk asada terjah. selesai..

--> Ye..nati aku letak...jangan risau...hehehehe..lagipun misi aku lum tercapai lagi nie....:p


6)  Nama peserta akan asada letak dan link kat tepi blog ini. so, sila bagi nama glamour anda.

--> Wahhh..nama glamour aku...errrrmmmm...nama glamour: asadi ryutari...eh..ok tak..hahahaaha


7) TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH 1 JULY 2010.. masuk je 2 july, tutup..

--> Ok..dah siap...Peace...

Ok..Dah penat berceloteh..Jom kita tengok gambar best aku....

Dan aku pertaruhkan gambar ini:


Aku suka gambar ni...Dan aku pasti penganjur pasti suka...Sapa sokong aku angkat hidung...hihihi


Gambar gelak ketawa di dalam bot...Lalalala

 Alamak asada...ada 3 picture ni...camne...hehehehe

p/s: kepada sapa2 yang nak join...sila klik SINI.  Untuk penganjur: nak jugak hadiah itu walaupun tak menang...kalu tak, aku tembak ko...hahahaha...

Tuesday, June 22, 2010

Hairan bin Pelik...

Assalamualaikum dan salam semua...

Tengah duk khusyuk-khusyuk menelaah pelajaran ni (chewah) hehehe...tetiba dapat satu mesej

"60176xxxxxx sedang meminta RM 5 dari anda melalui Ask-a-TopUp. Sila balas YES untuk mengesahkan atau NO untuk membatalkan permintaan"

Apakah?? Si dia?? Meminta TopUp?? Errrmmm...
Sudah sekian lamanya tak berhubung, tanpa khabar berita, tanpa angin sepoi-sepoi bahasa, tanpa ribut taufan, tanpa hujan petir, tetiba nak minta topup...



Apakah maksudnya itu? Tidak kutahu....Oh..Aku tak mengerti...Padahal kamu sudah tiada dalam diari hidupku....Aku dah tanam-tanam kenangan itu di dalam tanah...Tak mau bagi kenangan itu kuar..Biar lah ia reput di dalam tanah...


p/s: mood jiwang kejap... ;p

Monday, June 21, 2010

Mestilah alert dan cakna dengan tiket kamu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Wahhh..rasa macam dah lama giler tak memicit-micit keyboard ni walaupun hanya beberapa hari tak berblog..Ya..minggu lepas memang minggu yang agak busy...Buat preparation untuk kenduri kendara...Tapi tak buat lagi entry pasal kemeriahan kenduri tersebut...Sebab, gambar-gambar kawen semua ada dalam external hard disk tapi wayar penyambungannya dah rosak..Kena pergi cari di kedai dulu, baru leh upload gambar..huhuhuhu..Sabar ye...Opsss..bukan adah ye yang kawen tau...Hehehe...

Hari ini adah nak bercerita dan nak suh pembaca-pembaca berhati-hati semasa membeli tiket bas...Bukan apa, dengan kesalahan membeli tiket bas bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri bahkan orang lain, pemandu bas, penumpang bas dan yang sewaktu dengannya....Ini berlaku semasa adah jadi penumpang bas dari Kluang ke Melaka...Alkisahnya....

Penumpang 1: Bang...Semua tempat duduk dah penuh...Tapi saya ada tiket....
Tiket Checker: Haa....Jap ea..Nati saya check penumpang lain...

Dan apabila di check, rupa-rupanya ada seorang penumpang yang ada tiket tapi tiket dia yang semalam punya...Dia cakap dia beli tiket yang hari ini..Ha..camne tu??...Dia berkeras hati nak gak naik bas untuk balik ke Melaka dan menyatakan bahawa tiket yang dia beli tu untuk hari ni punya...Adehh..Masalah..Masalah...Dan tiket checker itu membenarkan penumpang itu duduk jugak dalam bas itu....

Kesian pulak kat pakcik yang ada tiket itu..Disebabkan kesalahan penumpang itu membeli tiket, pakcik tu pulak tiada tempat duduk..Terpaksa la pakcik tu duduk di tepi tangga..Tiket dia dah betul...Camne tu...Nak halau budak itu memang tak sampai hati la kan...Errmmm...

Kita nak salahkan siapa dalam kes ini...Yang keluarkan tiket itu? Pakcik yang kesian itu? Penumpang-penumpang lain? Errmm..Of course la diri sendiri...Lain kali sebelum beli tiket tu, check la dulu tiket tu...Check tarikh dan masa perjalanan bas tu bertolak...Ni beli je tanpa check dulu...Adeehhh.....


Bukan kali pertama berada dalam situasi penumpang salah membeli tiket..Pernah sekali ada situasi begini semasa nak balik dari KL ke Melaka....Adeehhh...Kalau penumpang yang mengadu tu orang tua ataupun orang mengandung, agak-agak nya ada tak penumpang yang lain yang baik hati nak bagi duduk kat penumpang yang jadi mangsa itu..Ade ke...

Cuba bayangkan kalau tiket tu tiket flight..kan naya tu....

p/s: lepas beli tiket, terus check tiket tu..check tarikh dan masa bas bertolak...jangan nak menyusahkan orang lain plak...pesanan penumpang yang baik hati...hehehe

Saturday, June 19, 2010

Al-Fatihah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam pagi...Rasa-rasanya kan macam lama je tak buat entry...Yela kan...masa memang tak mengizinkan aku untuk membuat entry dan memerah otak...Wah..ayat memerah otak, tak tahan...

Sebenarnya aku berniat nak wat entry pasal kenduri kendara di rumah...Tapi, tiada mood lagi...Dan pada pagi ini juga program untuk balik ke dunia yang 'pening dan loya' belum tertunai lagi sebab anak buah abang ipar aku meninggal malam tadi...

Actually kanak-kanak riang itu datang gak masa kenduri abang aku hari khamis baru-baru ni...Budak itu dalam darjah enam...Meninggal sebab tercekik semasa memakan 'fishball' dan after tu terus koma selama beberapa jam...Semasa kejadian itu berlaku, budak comel itu dan satu famili sedang menghadiri ceramah agama...

Al-fatihah...Jom lah sama-sama kita berdoa akan pemergiaannya dilindungi dan dicucuri rahmat oleh-Nya....






Wednesday, June 16, 2010

Kenduri Kendara...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu ni memang minggu busy aku berada di rumah..Hehehe...Cuti sekolah?? Cuti semester?? Ahakkss...Oh..no..no..no...Cuti sebab abang aku kawen...Ngeee....Aku berkesempatan amek peluang ini skali dan cuti ini boleh dikatakan agak lama la jugak...lebih kurang seminggu..hehehe...

Esok...Confirm esok hari yang amat busy..Yelah..Nak prepare semua...Nak potong bawang, masak-masak, masak air, kemas-kemas rumah, dirikan khemah, siapkan bilik pengantin...Wallah..Banyak perkara esok untuk di buat...Ha...Kalau nak cerita semua, confirm penuh entry ni..hehehe...Tak dilupakan gosip-gosip, bercot cet cot cet dari makcik-makcik, pakcik-pakcik, jiran handai dan juga sahabat handai....

Ni ha..sempat lagi aku mengupdate blog...hehe..Tak pe la kan...Curi masa sekejap..Tapi mata ni dah layu minta ditutup..hehehe..Tak sempat sangat nak berblogwalking...Sori ye...



p/s: Hope majlis hari khamis ni berjalan dengan lancar...Dan jangan la ada yang tanya soalan bonus plak..Huhuhu...Kena bersiap sedia..Haip...

Monday, June 14, 2010

Nona ke nyonya??

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Moga hari ini lebih baik dari hari yang semalam...:) Hari ini nak memperkenalkan nyonya...Eh...Nona la...Buah nona...Apa?? Nona...Apa?? Nona...Hehehe....Bukannya 'Nona' rancangan TV3 itu...Hehehe...Ha, ni buah dia...

Mesti la ada yang kenal buah ni kan...Apa? tak kenal...Isk..isk..isk...

Dan ini isi dalam buah ini..
Sorry la ye..amek kat pakcik google je...Hehehe...

Buah ni dah komersil kat Taiwan dam China kalu tak silap...Ada tengok berita, rancangan di tv dan akhbar....Tapi kat Malaysia ni rasa-rasanya lum nampak lagi buah ni di jual di pasaraya atau pasar...Maybe ada kot...Cuma aku tak perasan je ni...Hehehe...

Actually dah lama tak makan buah nie...Dulu-dulu ada banyak pokok ni di tanam kat umah...Pokok dia ni senang je nak hidup..Hidup di kawasan berpasir... Rasanya....Nyumm...Nyummm...Speechless...Hahaha...Ada orang kata rasa dia macam buah durian belanda..Kenal kan buah durian belanda...Kalu tak kenal, nanti aku tayang buah itu laks...
Buah ni kan, macam kalau dah nak agak-agak tua, leh la petik dan di peram...Dulu-dulu peram dalam bekas beras..Letak je atas beras tu...Dan ada yang bungkus dalam kain..Bila dah agak masak (picit la buah tu), macam lembik-lembik sikit leh la makan....Dulu-dulu kadang2 siap berebut agi adik beradik...Hehehe...Dan kadang-kadang tu, siap main cop cop lagi ha..."Buah nona yang kat belakang umah tu aku yang punya tau"...Hahaha...Macam-macam hal....



p/s: seronok makan buah-buahan tempatan...musim durian la plak nak menjelma ni...adehhh...nak makan durian...raja segala buah....

Saturday, June 12, 2010

Aku Kelu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku nak cakap...
Tapi kelu...
Kenapa??
Sebab...
Sebab...
Sebab....

*
*
*
*

Aku OFF beberapa hari...
No more laptop...
No more blogwalking...
No more gurau senda...
No more balas comment...
Hihihihihi....

But..Its ok...
Nati semuanya settle...
Berebut laptop ngan anak buah dan adik...
Akan ku gagahkan jua...
Nak kembali seperti biasa...
Seperti mula-mula 'bercinta'...
Di dunia blog...
Hahaha....

Chowww....


p/s: jangan rindu-rindu daku...hahahaha...perasan..macam ada je yang rindu...hahahaha....

Friday, June 11, 2010

Mataku Layu....

Assalamualaikum dan salam semua...

Uwwarrrgghh...Sedikit mengantuk hari ini...Maybe dapat panggilan 'mengejut' pagi tadi...Adehh...Ayahku kejut pagi-pagi....Ngantuk-ngantuk...Apa da aku ni...Orang kejut, bagus la....Hehehe..

Ayahku: Hello, bangun tak lagi ni?
Aku     : Errr..dah...
(padahal mesti la cam kan suara baru terkejut bangun tido ngan dah lama bangun tido...adehh...aku nak menipu laks..ahakkss)...
Ayahku: Orang kejut bangun subuh ni...Nampak sangat tak bangun lagi...

Dan perbualan terus ke topik yang seterusnya.....

Apa?? Pagi nya ayah call...Kalu bangun tersedar sendiri tak rasa mengantuk laks...Sebab sebenarnya dah lama tak kunci jam...Mata mula terkebil-kebil tadi... :)

Errmm...aku tak berkemas lagi ni...Naik bas kul 3 petang ni...Ke Pekan, Pahang...Jauh tu perjalanan...Amek masa dalam 5 jam kot dari sini...Kalau naik bas malam takpe la...Boleh tido2 dalam bas...Kalu bas siang?? Alamaknya kena pura-pura tido la ni...hehehe...Nak baca buku? Errrmm..Takut pening-pening laks...Tengok la camne...Dulu-dulu, di masa budak2 ribena, aku adalah pemabuk..haha....Kantoiii...kikikiki...Tapi sekarang dah ok dah..Kata orang 'alah bisa, tegal biasa'...Selalu je ni naik bas...hehehe

Bestnya kalau ada pintu sukahati doraemon....Bila buka pintu tu, terus sampai...Xyah nak penat-penat nak naik bas, tunggu bas, tdo dalam bas, makan dalam bas, borak dalam bas....hehehehe

Doraemon pun konpius kalu aku mintak pintu suka hati...hahahaha...

Dan kalau dapat kipas kat atas kepala tu pun best gak...Terbang...Tak payah penat-penat kan...hehehehe



p/s: aku ni nak mudah dan senang aje...mana ada perkara mudah dan senang ni kat dunia ni....:)

Thursday, June 10, 2010

Orang Arab Kecek Kelate...

Assalamualaikum dan salam semua....

Moga hidup korang ceria-ceria selalu dan dilimpahi rahmat oleh-Nya...Dan moga Allah melindungi orang-orang yang ditindas dari sebarang kezaliman dan kemusnahan...Amin...Alhamdulillah, kita masih boleh lagi bernafas di bumi tuhan ini dan diberikan segala rezeki..Cuma kita saje yang mesti pandai nak menggunakan rezeki itu dengan sebaik-baiknya tanpa berlaku pembaziran...

Wahh..Panjang intro aku kali ini...Hari ini aku nak tunjuk satu video ni yang memaparkan seorang pak arab yang boleh bercakap bahasa melayu versi kelantan...Sebab, dia belajar bahasa melayu ni versi kelantan...Aku tak tau la korang dah tengok ke belum...Nak tunjuk kepada mereka yang belum tengok lagi...Jommm...





Hebatkan...Seorang pak arab yang tak pernah jejak di bumi bertuah Malaysia ini boleh bercakap dalam bahasa melayu versi kelantan...Sesungguhnya setiap apa yang dilakukan mestilah bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang diingini..Tanpa usaha dan cita-cita, tiada makna untuk mencapai kejayaan yang cemerlang...


p/s: Ilmu Allah cukup luas...Cuma kita mesti tahu menggunakan dengan sebaik-baiknya...

Wednesday, June 9, 2010

Seronok jawab nie....Zoul, Tora dan Ser....


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Aku sangat teruja nak jawab tag nie...Kalau ada orang lain, maybe tak suka jawab tag, tapi aku rasa sangat seronok kalu tag tu menyeronokkan aku...Ok tak...Ahaksss...Tag kali ini di bagi oleh 3 orang kanak-kanak ribena yang ceria-ceria selalu...Tag dari Zoul Tora  dan  Ser 
Tapikan dalam ketiga-tiga tag ni actually ada yang sama, ada yang terlebih dan ada yang kurang..Jadi adah combine semua jadi satu..Biasa la, bila past-past ni (boleh dikatakan tag berantai) terus jadi lain...Macam2...hehehehe....Thankss dear...Peace...Jom kita baca apa yang best sangat tue....

1.Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?
Hot?? Actually aku tak hot, tapi aku COOL...Yeah..yeah....

2.soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang.
Actually, wallpaper ni diletak secara tidak sengaja dan spontan...Before this letak wallpaper lain...Wallpaper yang aku suka...Amek kat blog sorang budak tu yang 'posing maut' di atas rumput....Tapi tak leh ar letak lama-lama..Takut...Hehehe



3.Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.
Wallpaper ni pasal Microsoft Windows Professional dan berwarna biru...Letak dengan tidak sengaja...Sila baca di no 2...

4.Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?
Pada tahun ini, bulan berapa ntah..ada sorang budak tu mengidam..so kena la laksanakan..bahaya orang ngidam2 ni..ahaksss...ade letak dalam entry makan-makan tu...Peace...


5.Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.
Tengah dengar radio la ni...tajuk 'Semangat yang Hilang' dari XPDC...Aku suka lagu ni...Jom nyanyi..lalala

6.Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Tak sempat nak wat pape...Sememangnya aku concentrate jawab tag ni...hahaha...

7.Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Dipanggil dengan nama penuh dan nama pendek...dah tahu kan...xde lagi yang nak panggil dengan nama spesel...hihihihi...

8.Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang.
1) matdin  
2) duad@wadud  
3) maCy   
4) Asada RyutaRo  
5) Burp  
6)  mijie  
7) Eikasyaza  
8) Eskremgoreng

9.Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?
dia adalah seorang yang baik hati, penyayang dan suka ambil hati aku... :p

10.Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5
semoga hepi selalu dengan family tercinta..dan jaga kesihatan baik-baik k..nati adah jawab tag kamu...tak mo sedey-sedey...hihihi

11.Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?
no 3 ada hubungan dengan no 4...hahahaha...ntah la...korang g tanya la diorang...kasi gossip panas kat sini...tak tau la plak soalan ni tanya macam ni...adeehhh...


12.Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?
no 4? hahaha..seorang yg complicated pemikirannya...hehehe..suka kasi orang gelak dan tersenyum sorang2 depan laptop nie...dia memang best..xmo puji lebey2, takut kembang plak...

13.Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no.6
no 6...sila jadi budak yang baik k...Tak mo nakal-nakal....hehehe

14.Soalan ke-empat belas : kata2 cinta untuk orang no. 2.
Kata2 cinta untuk no 2?? alamak...Errrmmm..hayati ya..."Aku cinta kamu, aku sayang kamu"...Jangan takut plak orang no 2 tu sebab no 2 terkena kat kamu...Terpaksa bagi kata-kata cinta...Hahaha...Kan dah merah muka yang no 2 ni...hihihihi....

15.Soalan ke-lima belas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
ada persamaan..dua2 perempuan yang baik hati dan sayang adah...hehehe


16.Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.
Alamak...ada 3 orang tag aku ni...So, aku kena jawab 15...huhuhu....

Ser: perempuan, tengah happy sekarang bersama si dia...hehehe, roomate aku, tengah pulun belajar, 22/11 dia nyer besday....

Tora: Baik hati, periang, tengah tanam anggur kot sekarang, suka gak tag aku, dia suka kawan ngan aku....hihih...

Zoul: blogger best, baik hati, tak suka marah (errr..yeke), lelaki, dia sangat gembira ari tu aku orang first bagi award kat dia...hehehe,


18.Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.
Suka jawab tag ni...Sebab kena gtau ciri-ciri orang tu tanpa disedari..hihihi

19.Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal
razman mana plak ni?? :p

Soalan ke-duapuluh : gay or less?
aku perempuan sejati..hanya suka pada lelaki sejati..ahakss




Dahhh..lega...hihihi...

Aku Fotogenik???

Assalamualaikum dan salam semua...

Hari ini aku dah di tag oleh budak comot...Ooohh..kamu memang comot...Ahakss...Tag ni lain dari yang lain...Jawab tag dengan bagi foto yang fotogenik...Actually, aku memang tak fotogenik..Siyess!!...Tapi takpe lah, di sebabkan budak comot yang comot ni, aku jawab dulu la k tag aka contest ini....

Penganjur yang fotogenik...

Jom usha syarat-syarat dia...

1.terbuka kepada semua peringkat umur.
2.gambar anda seorang ! kalo ade org laen,saye REJECT, :p muahahaha !!
3.gambar anda mestilar sePHOTOGENIC yg mugkin,nampakkn 'umph~'nya .. hee :p , xkesah ber"edit ke tidak" yg penting 'umph~'nya saye nak tgk !! hihi :P
4.hanya sekeping gambar sahaja d benarkn ok ?? kalo pakwe nak join,tunggu next contest yeah .. :)
5.mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY
6.sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3org . [org2 yg d tag mesti tau ok ?? kalo x , saye SAMAN ! haha :P]
7.letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda ok ?? :)
8.tarikh tutp contest ini ialah 30 JUNE 2010 , bile dah tamat contest,saye akn announce kn ape hadiahnyer..jengjengjeng~!! mari akak abg adik ibu bapa join contest saye !! :) hadiahnyer mmg best,kalo saye anjurkn mmg best .. hihihi :p

So..apalagi..godek-godek thumb drive...Terjumpalah satu foto ni...Confirm tak fotogenik...Hahahaha...


Hahaha..macam sesuai masuk contest lain je...Dengan makanan la plak...kikikiki...

Ok la..aku nak tag budak ini...

Ser
Dalila
Keyyah

Tiada paksaan untuk nama yang di atas nak buat ke tak...Saje je nak join...Hihihi..


p/s: Jom join contest best kat blog Asada Ryutaro dan Eikasyaza k...Tengah godek-godek pc tapi lum jumpa lagi gambar yang best...Huhuhu....

Tuesday, June 8, 2010

Apa nak buat kalau lelaki merajuk....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa nak buat ea kalau lelaki merajuk??? Adeehhh...Sungguh terseksa jiwa dan raga kalu ada orang merajuk nie...Actually aku tak pandai memujuk...Ngan perempuan pun aku tak pandai nak pujuk, apatah lagi insan yang bernama lelaki...

Kebiasaannya kita tak sedar apa tindakan kita, apa perbuatan kita itu membuatkan orang itu merajuk...Maybe tersalah cakap, tersalah sepak, tersalah pape lah, membuatkan orang itu nak merajuk dengan kita...So, apa tindakan kita kalau ada yang merajuk...

Of course la salah satunya adalah ungkapan maaf kan...Ok, aku nak minta maaf kalau aku ada salah silap ketika berbicara...Kalau tak maafkan jugak, camne???huhuhu...Maybe biarkanlah rajuk dia itu lega dulu..huhu...Betul kah tindakan itu...

Actually aku rasa ramai je yang merajuk ngan aku...Dan orang yang pernah merajuk ngan aku adalah ayahku...Huhuhu...Yelah...Orang kata orang tua cepat merajuk...Pernah skali ayahku minta tolong ajar camne nak taip mesej pakai handphone...Biasalah orang tua, biasanya lambat skit nak pick up kan...So banyak kali la jugak ajar...Tapi still x boleh...So, aku berkata, tak yah taip mesej la..Call je...Ha...Terus merajuk...Adehhh...Kadang-kadang tu yang merajuk tu terus terdiam seribu bahasa...

Macam mana erk cara memujuk yang betul-betul efektif dan efisien?? Tak kira la nak pujuk lelaki atau perempuan...wahh..ayat aku...dush..dush...




p/s: aku still tak pandai nak memujuk orang dan kadang-kadang tu aku tak sedar orang itu merajuk sebenarnya....

Monday, June 7, 2010

Aku telah di 'basuh' kaw-kaw...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Uwwwaaaa....Uwwaaa...Aku telah di 'basuh' kaw-kaw oleh my friends...Bukan di basuh dengan clorox mahupun pencuci penanggal kotoran sinki, tapi dengan kata-kata yang membuatkan aku takut...Kalau di basuh dengan clorox, maybe terus hilang bekas kotoran itu..Tapi kalau dengan kata-kata, terus berbekas dan tak hilang dah...Mungkin otak aku ada 'karat-karat' sikit yang payah nak hilang....Adeehh...

My friends iaitu MJ dan Viko...Uhuk..Uhukkk...Actually MJ bukan my supervisor dan dia adalah my ex lecturer aku dan aku anggap dia my friend...Why? Ntah...Aku hormat dia as a tenaga pengajar tapi aku anggap dia friend...Ok kan...Ngeee...

Kenapa aku telah di 'basuh'??? Aku telah mengong2 jap...Di tanya oleh nya....

MJ: " Apa target kamu ni?"

Haaa...Terkedu aku...Mula terpinga-pinga...

Aku: "Errrmmm...encik, tak tahu la...Kalu dapat habiskan, ok la ni"....

MJ: " EErrr..kamu jangan, dah sem akhir ni, jangan main tahu ker tak tahu"...

Uwwaaa...Nak jawab, tapi mula terkedu...Speechless...

MJ: "Kamu kena ada target ni...Jangan macam ni"...

Adeehhh..sadis rasanya...Diriku mula dah rasa takut...Aku tak tahu...Keliru...


Hari jumaat bersama Viko...

Viko: " Adah, what is your contribution?"...

Aku: "After this step, i try to make my contribution" ...

Viko: Ha?? What...Oh...No...You must have your own contribution before you writing your thesis ok??

Uwaaa...Aku menangis lagi (dalam hati)...Mula terasa takut...Jam mula berdetik...Tik..Tik...


Mula rasa pening-pening...Actually perasaan down ni bukan setakat lima or enam kali...Agaknya lebey kot 100 kali....Adeehhh...

Apa yang dilakukan perlu ada TARGET untuk berjaya...Jangan pakat hentam keromo aje...Hidup tak senang, hati tak girang....


p/s: hidup terus ikut flow @ ikut simpang lain?? jom kita lompat bintang...

Ramai orang rindu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Salam pagi semua..Moga harimu penuh ceria dan lebih baik dari semalam... :)... Hari ini baru sempat wat entry...Errr..Selalu kan mesti ada kan update blog, tapi 2 hari cam tak update blog...Ada sebab-sebab kenapa aku tak update blog...Perlu bagitau ke? hihihi...

Sebelum tu nak gtau, bile aku tak update blog ni ramai lak yang rindu...Hahaha...Ye ke..Perasan glamer lak aku ni...Hihihi...Antaranya ialah....Teeettttt...Si dia, si pulan bin pulan, si fulin binti kulin, si comel, si hensem, jejaka, teruna, anak dara, mak orang,....Errr semua adalah....Aku pun rindu kat korang gak...hehehe...

Actually hari sabtu ritu aku fly ke Shah Alam...Shhuuuu...Akak aku mesej dari Kluang...
"Nak ikut tak g Uitm Puncak Alam, nak g hantar laptop angah ni"...
Aku membalas " Err, tak jadi la, kije banyak ni"...
"Ok, kalau nak g, mesej lagi tau"....

Dan aku mula berfikir...Errmmm...Nak g lar..Lagipun lama aku tak kuar jalan-jalan makan angin ni...Duk kat sini pun bukan keluar sangat pun...Takde yang nak ajak kuar...Dan lagi satu aku lama tak tengok anak buah aku, Nor Afiq Attauallah nama dia...Betul ker tak aku eja...Dah boleh meniarap pun dia...Dan sangat la comel....

Jenjalan sana, g Uitm Puncak Alam yang jauh nun di sana, g JJ Bukit Tinggi, dan part paling best ialah g makan sate kajang...hehehe..lalalala...Lama betul tak makan sate kajang...Tapi tak g kajang, sebab kitorang semua tak tau jalan...hehehe...Makan-makan kat bangunan PKNS kat Shah Alam tu je...Mesti pelik kan, apa yang best sate kajang tu...Hehe...Mungkin sate tu di perap dengan rempah-rempah yang best...

Sate yang sedap...Daging...Ayam..Perut...Rusa, arnab, unta lum makan lagi..hukhukhuk...


Kuah yang sedap gak...Amek kat pak cik google...Tak sempat nak snap sebab dah teruja...lalalala...

Ntah kenapa aku memang suka makan sate kajang ni...Walaupun baru je makan semalam...Rasa nak pergi lagi la nanti...Hehehe...Melantak sate kajang dengan 'ABC Teringin"...Nama nya ABC ni gempak, tapi tak gempak sangat pun...ABC yang kat tepi jalan lagi best kot...Hehehe...

Snap-snap picture ngan anak buah dan dengan yang lain..Tapi semua kamera orang lain...Aku takde kamera ataupun henset yang canggih...So, xde la gambar-gambar best yang nak diletakkan kat sini....Lain kali la k, kalu ada...hehehehe...


p/s: Teringin nak pergi lagi makan sate kajang...Sapa nak ajak adah makan sate kajang, plizzz...Buzz me ok...hehehe...

Saturday, June 5, 2010

Pantai nan permai...Ada cerita disebaliknya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Di sebuah kampung yang kecil nan permai....

"Ehhh...jom..jom...ayah dah balik..mesti banyak ikan ni...." kata si mak kepada anaknya....Dengan malasnya si anak berlari-lari turun ke pantai...Melihat hasil tangkapan untuk hari ini...Bak kata orang kais pagi makan pagi...Kais petang makan petang...Kais malam, memang tak nampak sebab gelap gulita....

Tiba di pantai, si anak, mak dan ayah dengan tergesa-gesa menarik bot kecil ke darat...Menarik bot yang berat dan sarat dengan pukat serta hasil tangkapan pada hari itu...Sesungguhnya pada hari itu air laut tenang dan tidak bergelora...

Si anak: Wahh..banyaknya ikan hari ini....

Si ayah: Alhamdulillah syukur untuk hari ini...

Mak hanya tersenyum simpul di tepi dan mula terbayangkan lauk apa yang best untuk di masak hari ini...

Si anak: Alaa...Tapi penat la, orang sorang-sorang cabut ikan ni dari pukat...Dah la panas terik ni...Adeehhh...

Si anak mula memprotes dan mengeluh...Bayangkan lah pada masa itu serius panas giler kerana matahari memang tegak di atas kepala....

Si ayah: Sebab tu ayah tak mahu kamu jadi nelayan...Tak mahu kamu duk di bawah matahari yang panas terik ni...Tak mahu berpenat lelah macam ni...Macam ayah...Kalau boleh ayah nak kamu duk dalam aircond je...Kije rileks2 dalam pejabat dan dapat gaji best-best...Sebab tu ayah suruh kamu belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh keputusan yang cemerlang....Kalau jadi orang yang terbaik, ramai orang nak bantu kita dan bangga akan kita...

Si anak terdiam tanpa berbicara dan mula berfikir......





p/s: nukilan kecilku....

Friday, June 4, 2010

Homestay di Dungun, Terengganu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Minggu ni dah cuti sekolah...Yeay...Yeay...Eerr..perlu ker aku suka...Aku bukan budak sekolah mahupun cikgu sekolah...Bestnya cikgu-cikgu...Leh cuti time cuti sekolah...Spend more time with family...Leh cuti-cuti, jalan-jalan, makan angin dan makan besar..hehehe...

Jom kita bercuti...Yeay...Kalau yang nak bercuti jauh-jauh tu mesti la nak cari tempat tinggal untuk bermalam kan...Ha..sapa yang nak bercuti di Dungun, Terengganu...Sila angkat tangan...hehehe...Actually ada member adah, nurul huda namanya yang ada Homestay atau boleh kita katakan rumah rehat di Dungun Terengganu...Nur Guest House nama diberi....Kepada sesiapa yang berminat nak bercuti di sini, ha tengok la gambar-gambar di bawah ni...Klik untuk tumbesaran..

Ruangan bilik yang cukup luas

Ruangan tamu pun luas dan selesa

Tv pun best..Besar

Actually adah tak letak semua gambar kat sini...Kata orang tak surprise la kan...Hehe...Lawakan homestay dia...Bagi adah la kan, homestay sini nampak eksklusif dan harganya murah tau...Selesa pun selesa...Lokasi homestay ni berdekatan dengan Pantai Teluk Lipat, Dungun...Ha, boleh la terjun laut bila sampai sana dan melihat matahari terbit dan terbenam..Cantik..Adah suka kalau bab-bab pantai ni...So promote terlebey...Hehehe...

Dan kalau ada sesapa atau saudara mara yang belajar di Uitm Dungun, Sekolah Teknik Dungun dan Sekolah Sains Dungun, bole lah singgah santai di Homestay ini..Kalau family korang nak tido satu malam ke, lebih satu malam ke, bole lah datang sini...Siap ada pakej lagi ha....Serendah RM 100-RM 180...Ikut pakej ok...Bole gak korang tengok bila tarikh homestay tu di booking atau tak...Semua ada...Peta pun ada ha...Nak menunjukkan di mana lokasi homestay tu berada....Eerrr...Tak mo cite panjang-panjang, apa kata korang berkunjung je blog ni....

Sila klik SINI untuk maklumat selanjutnya...Tapi call no ni k 016-2442411


p/s: sapa nak ajak adah bercuti ni... :)

Thursday, June 3, 2010

Dont use my name, ok !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang...Dalam pening-pening ni sempat lagi aku berblogwalking...Tapi tak semua tempat aku lawat ari ni...Sebab hari ni agak sibuk sedikit...Tak, sibuk banyak...Nanti malam karang aku datang blog korang k...Dan membalas komen..Siyes..Tak sempat sekarang...

Tapikan, tadi masa g kat blog cik Keyyah kan..Aku ternampak la nama aku..Pelik la kan sebab aku tak tulis camtu...Ni ha...Sila klik untuk tumbesaran...

Bila klik, keluar la...


Ooo..kempen Youth Say...Tak kisah la korang nak kempen tu...Tapi, jangan la guna nama aku...Melainkan kalau nama kamu tu memang 'adah'...Errr...Ingat ko sorang ke nama adah? Nantikan bila ko datang blog orang lain dan tulis nama aku, orang marah-marah aku lak...Kate aku yang berkempen...X mo la...hukhukhuk...Sebab aku terjumpa satu blog ni memang tak suka kalu klik2 kuar pasal kempen ni..Hilang terus mood nak berblog walking...Adeehhh...

p/s: sedikit emo untuk hari ini...

Buat Teman

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Malam tadi aku rasa lega kerana ada teman yang sudi mendengar luahan hatiku...Thanks dear...Walaupun aku tahu kamu banyak kerja dan perlu dihabiskan cepat, aku tetap ingin mengacau kamu...Tak terluah kata-kata dibibirku...Teman yang ketawa memang senang di cari dan teman yang menangis amat payah dijumpai...Ya, mula terasa aku akui itu...

Walaupun ungkapan maaf diberikan tapi hanya bagaikan laluan angin sahaja...Tiada pape yang berlaku...Baru ku paham dan mengerti...

Hanya tuhan saje yang tahu....Hanya berserah dan bersabar...

Wednesday, June 2, 2010

Jom kenal buah kemunting...

Assalamualaikum dan salam semua...

Hari ini adah nak memperkenalkan kat korang buah kemunting...Haaa...Apa? Tak kenal? hehehe..Tu yang nak memperkenalkan ni...Biasanya buah kemunting tu wujud di kawasan hutan...Pokok dia rendah je..Paras pinggang...Dulu-dulu kan, adah memang suka tau makan buah ni...Manis...Bila masak, ada yang kaler merah dan ada yang kaler unggu...Tapi sekarang macam dah payah dah nak jumpa tau..Ntah-ntah remaja zaman sekarang memang tak kenal kot buah nie...Ha..nie ha buah dia...

Belas ihsan pak cik google...

Dan ni ha pokok dia...

 Belas ihsan pakcik google gak.... ;)

Memang dulu kalu tak makan buah ni rasa macam tak sah je...hehehe...Pernah gak kan, dulu ada sepohon pokok ni kat umah adah..Pastu kan, ada orang nak wat jalan kat depan umah..Habis di sodok nya pokok ni...Sedey tau masa tu..Budak-budak la katakan masa tue...Hehehe...Tak matured lagi kata orang...hihihi...

Dulu masa ayah hantar masuk asrama, biasanya kalu on da way nak hantar adah g asrama tu, ayah adah selalu gak la singgah tepi jalan...Semata-mata nak kutip buah kemunting nie..hehehe..Sib baik ayah memang memahami...Ayahku sangat baik...lalalala.....


p/s: ada lagi nak perkenalkan buah kat korang nie...hehehe

Awards dari kawan-kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lepas tag, adah nak amek award pulak...Rasa diri ini sangat la glamer...Hahaha...Rasa sangat terharu..Thanks dear yang bagi award...Haa..adah kumpul 4 award hari ni...

Award Top 5 blogger dari fifi


 Award dari wan hazel dan iqa



Award blogwalking dari eikasyaza


Dan tiba lah masanya adah nak bagi award kat orang lain plak....Errr...kalu sudi la...

maCy
Budak comot
Apek
mijie
Snow white

Korang memang bertuah...lalala...adah ada lagi tag dalam simpanan tu...senyum2 riang...
Related Posts with Thumbnails