Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Saturday, April 24, 2010

Madu Oh Madu....

Salam 1 Malaysia....

Hari ni saya nak bercerita pasal Madu. Opsss bukan madu (bini orang) tu...Madu lebah laa...Hehehe...No..No..No...Di sebabkan saya sakit tekak dan tak berapa nak sihat ni, try la satu tips camne nak redakan kahak dan batuk cara tradisional..Cik Keyyah cakap letak 2 sudu madu dengan air asam plus garam skit...Try..Errmmm..berkesan jugak..Kahak ni mudah nak buang...

Try la belek-belek buku ni...Ada satu page kat buku pasal khasiat madu nie...Jom baca...Ada manfaat nihh...


Khasiat madu:
--> tambah kekuatan yang telah kurang...
--> sangat berfaedah bagi orang tua...
--> orang yang sering berkahak...
--> badan dingin lembap akibat salah makan...
--> memelihara kelenturan otot yang sering menanggung beban...
--> hilangkan kesan sampingan kerana memakan ubat lain...
--> memperhalus perasaan serta hati nurani...
--> memperlancar kencing...
--> menjadi ubat bagi orang yang batuk berkahak...
--> menghangatkan suhu badan dengan seimbang yang semuanya berjalan baik...
--> memberi kelazatan bila dihidang dengan makanan-makanan lain...
--> boleh juga digunakan untuk melumuri tubuh badan agar kelihatan muda.

Madu panas + minyak bunga mawar = bermanfaat untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menghilangkan akibat buruk minum candu...

Madu + air tawar = merupakan ubat penangkal tersebarnya virus akibat digigit anjing, ubat sakit gila anjing dan orang yang termakan cendawan racun.

Daging yang dimasukkan ke dalam cairan madu, maka daging tersebut akan tetap segar selama tiga bulan... Sama juga dengan labu, timun, buah kundur dan kebanyakan buah-buahan akan tahan selama enam bulan jika dimasukkan ke dalam cairan madu

Penting untuk mereka yang ada kutu...hehehe...baca-baca...Bila kepala dilumuri dengan madu akan mematikan kutu kepala dengan segala telur-telurnya; sekaligus akan menyuburkan, menyegarkan, memanjangkan, dan memperindahkannya....

Sebagai penguat gigi di mana gigi lebih putih, bersinar, gusinya menjadi kuat, membuka lubang rongga bagi keluarnya keringat dan membuat edaran datangnya haid wanita menjadi teratur...


Allah SWT berfirman:

" Kemudian makan kamulah (wahai lebah) dari semua macam buah-buahan, lalu berjalanlah kamu mengikuti jalan Tuhanmu dengan merendah diri. Akan keluar dari perutnya (lebah) minuman yang lain-lain warnanya yang padanya ada menjadi ubat bagi manusia.  Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi suatu tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir". (Surah An-Nahl: 69)

Sesering mungkin minum madu beerti telah melakukan perubatan yang tinggi kualitinya. Perubatan yang dilakukan harus sesuai kadar jumlahnya dan cara melakukannya dengan keadaan penyakit yang dihadapi...

Madu yang terbaik adalah yang warnanya putih bening, lentur dan manis. Demikian pula lebih baik madu yang diambil dari sarang lebah pada pohon-pohon atau batu-batu gunung daripada yang diambil dari sarang lebah yang diternak...

So apa lagi...jom kita cari dan amalkan...

p/s: Tetiba teringat yang dulu-dulu kala (masa zaman sekolah rendah), pernah terjadinya lebah buat sarang dalam rumah aku...Dan ayah aku jadi hero, menghalau lebah guna api dan ambil lebah itu...Dapatla dalam 3 botol nescafe yang besar tu kot kalau tak silap...Dan yang paling aku teruja, aku dapat lihat permaisuri lebah...Lain dari lebah yang lain tau...Haa...Korang yang tak pernah lihat, memang la tak percaya...Dan percayalah korang...hehehe....

6 comments:

LaNuNsepet said...

Penting untuk mereka yang ada kutu...hehehe...baca-baca...Bila kepala dilumuri dengan madu akan mematikan kutu kepala dengan segala telur-telurnya; sekaligus akan menyuburkan, menyegarkan, memanjangkan, dan memperindahkannya....

yeker... he3..
elok lumur kat kutu rayau...he3..
bagi mati semua.. hehe3..

pastu bg bg kat kerengga..lanun yg kejam.

Keyyah said...

okies khasiat2nya dh buat, sila2 lah mengamalkannya ye...hehe

M a W a D D a H said...

Lanunsepet: hehehe...elok gak tuh lanun...lanun yang tolong lumurkan k...hehe

kesian kat kerengga...lanun memang kejam...kejam...hehehe...

M a W a D D a H said...

sweetSour: ye sweetSour...takut terhabis plak kang madu yang kat atas peti tu...hehehe

Mrs Nurul said...

aku salu minum makan oat tambah madu..sedap..

M a W a D D a H said...

si lampu neon: best erk...actually pernah rasa makan oat, tak sedap..so kena try la nie, kot2 leh telan oat + madu...

Related Posts with Thumbnails