Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Saturday, April 3, 2010

Diet...

Assalamualaikum....

 Errrmmm...nampaknya aku terperap kat umah ni..badget nak g lab tadi tapi tak sempat ah...Mendung jer tadi dan sekarang dah hujan dah pun..Penat rempit dari masjid tanah...Buat apa aku g masjid tanah...Buat la apa-apa yang patut yang memberi kepuasan dan kesakitan kesikitan kepada aku...hehehe...Sakit muka aku kene korek2...Sampai kuar air mata...Malas nak buat dah...(Yeke??)..hihihi...

Tadi masa kat sana tadi aku dengan rajinnya baca la majalah yang ada kat sana...Belasah dua jenis majalah yang aku baca, majalah dara dan midi...Ada isu pasal masakan, fesyen-fesyen terkini, orang kristian masuk islam, usahawan-usahawan muda yang dah kaya dll...Menarik bukan..Dan yang menarik yang aku baca adalah mengenai DIET... 

Ramai orang yang nak diet..Tak kira la laki-laki atau pompuan..Ok, sebab apa kita nak diet...Sebabnye yelah kan sebab nak hensem dan cantik, nak tambah keyakinan semasa nak berdepan dengan orang ramai, nak kawin, nak mendapat kesihatan yang baik...Masing-masing ada sebab dan pendapat sendiri...Tapi bagi aku kan of course la kesihatan...Ya..Penting tu kesihatan yang baik..Mungkin ada yang sedar dan tak sedar yang sebenarnya kesihatan yang baik boleh menjamin hidup yang sihat..Banyak pengkaji-pengkaji mengatakan orang yang memiliki badan yang besar atau obesiti ni memiliki kayakinan yang rendah dan berisiko nak mendapat penyakit-penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, stroke, dll...Errmm..bahaya gak tu...Fikir-fikir kan lah demi orang yang tersayang....

Macam-macam cara orang buat supaya nak kurus nie...Ada yang beli produk nak kuruskan berat badan, ada yang buat pembedahan, ada yang tak makan...Bahaya kalau kita beli produk kurus berat badan kalau produk tu tidak mendapat kelulusan dari pihak kementerian..So kalau nak beli tu, kena la kan check dulu sama ada boleh tak kita guna produk tu, ada komplikasi tak kita cuba produk tu...Bahaya gak takut-takut ada bahan-bahan kimia yang tak sesuai oleh tubuh badan manusia...

Dalam pembacaan dan pemerhatian aku, langkah-langkah yang baik dalam proses diet ni ialah mengurangkan jumlah kuantiti makan..Maksudnya ambik nasi tu penuh satu pinggan, so apa kata ambik separuh jerk dulu...Jangan lah sampai tak makan langsung..Bahaya gak untuk metabolisme badan..Makanan-makanan yang diambil mestilah tidak berminyak dan tidak berlemak..Kalau ada sikit tu tak ape lah...Dan kalau boleh makanan yang di panggang dan di buat sup dan di rebus lagi bagus...Lebihkan ulam-ulaman dan sayur-sayuran...Buah-buahan pun jangan lupa jugak tue...Jauhi makanan ringan (cakkedis)..Selain tue apakata rajin-rajin la buat senaman...Joging ke..Asalkan kuar peluh..Peluh tu bagus tuk kesihatan kita...Ayah aku selalu cakap, buatlah kije apa-apa pun, berkebun ke, cabut rumput ke, kemas rumah ke asalkan kuar peluh...Sebab tu kadang ayah aku buat gak aktiviti-aktiviti sihat ni sebab nak kuar peluh walaupun ayah ku dah tua dalam 70 an..Tapi masih sihat...Gagah lagi ha bawak kete...Dan dia bagi satu perumpamaan, badan kita macam kete la..Kalau kita tak gerakkan kete tu lama, of course la 'jem' kete tu...Susah nak idup la...Cepat rosak la...Kalau kenderaan yang kita selalu bawak tu, ok jer nak hidup..Kan..Kan..Betul tak...Kata-kata yang penuh makna...Harap-harap ayah aku sihat sentiasa..aminn...

Dan bagi aku la cara nak kurangkan berat badan lagi adalah dengan cara kita berpuasa...Memang bagus puasa ni...Bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan bahkan dapat pahala lagi...Kata orang dapat 2 in 1..Tapi lepas buka tu jangan lah duk pulun makan banyak-banyak..Makan macam biase je...Apa kata try buat 2 minggu ke, tengok perubahan macam mane..Ok ke tak...Banyak kelebihan dan kebaikan puasa ni...Puasa dapat menyihatkan badan, mencegah berjangkitnya pelbagai penyakit jasmani dll...

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Berpuasalah supaya kamu sihat". Hadith Riwayat Abu Naiim...Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”.  Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`...

Ok..Renung-renungkan dan selamat mencuba... :)... Peace...
MySpace

3 comments:

Cikgu Aini said...

Marilah kita sama-sama berpuasa ya!!..:)

M a W a D D a H said...

ya betul tue puteri...saya dah try..success...:)

WieyaRaudzi ♡ said...

salam..

ye la..
post kita sama hari nie ^^
xsangka pulak :)

Related Posts with Thumbnails