Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Tuesday, April 13, 2010

After ujian bertulis ptd (10/4/2010)

Salam 1 Malaysia...

Ahhh..Lega sudah apabila dapat lepaskan diri dari exam bertulis..Rasa lama dah tak buat exam...Hehe..Kali ni nak bercerita pasal apa yang terkandung dalam ujian bertulis SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) tu... Ringkas je nak cerita... Mula-mula ingatkan ujian ni, kandungan dalam tu tak sama dengan ujian bertulis untuk kerja awam yang lain..Maksudnya, kalau untuk yang memilih jawatan ptd dapat soalan ujian untuk jawatan ptd, kalau untuk yang imegresen atau pegawai lain, dapat soalan yang berbeza..Rupa-rupanya sama je untuk setiap jawatan yang dipilih....Pada pagi itu.... :)... Bangun awal, baca-baca skit tentang sejarah...Just belek-belek je satu dua muka surat...Then bersarapan lah pagi dengan nasi lemak dan air mocha...Berat tu sarapan..Nasib baik tak mengantuk..Maybe dah biasa kot makan makanan berat...Hehehe...Then, pergi lah aku naik unser dengan abang ku...Sampai sana, then bermulalah..........

Bahagian 1: Pengetahuan Am...
Soalan nya banyak berkaitan dengan sejarah (Malaysia), dasar-dasar, macam-macam dasar (kena banyak tahu tu), 1 Malaysia, NKRA, filem( tanya filem Yasmin Ahmad), computer function, Piala Dunia 2010 (jawapan Afrika, boleh pulak aku salah), ukur supersonik (jawapan Mach, salah jugak..huhu), parlimen, dewan rakyat, dewan negeri, dll...Yang ni je aku ingat..50 soalan...Objektif je pun...Sebab tu dah siap sedia dah dengan bom, bukan pistol (acara tembak-menembak)...Hahaha...Itulah akibat kurang membaca.....

Bahagian 2: Matematik (kira-kira dan fikir logik)
Actually soalan dia amat mudah..Macam soalan PMR and SPM je sebenarnya taraf soalan tu...Tapi disebabkan oleh tak cukup masa, 40 soalan (45 minit) + tidak boleh guna kalkulator..Memang tidak sempat..Kalau memang yang dah bijak matematik dan jawab dengan laju, confirm dapat siapkan...Dinasihatkankan, pinjam lah nota atau buku latihan PMR dan SPM dari adik atau anak dan buat latihan dalam tu sebelum test...Insyaallah dapat menolong....

Bahagian 3: Uji kefahaman dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris...
Bahagian ni nak menguji tahap pemahaman dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris..jangan risau sebab jawapannya objektif...di bagi petikan, dan jawab ikut petikan, lagi, isi tempat kosong (perkataan yang sesuai dengan ayat)...Done...

Bahagian 4: Esei Bahasa Melayu (300 hingga 500 patah perkataan)
Soalan esei 1, berkenaan dengan bincangkan berkenaan dengan langkah untuk memperkenalkan barangan buatan tempatan berbanding dengan buatan luar negara yang mendapat tempat dalam negara...
Soalan esei 2, bincangkan mengenai kurangnya semangat patriotik di kalangan golongan muda.
Soalan esei 3, Program Transformasi Kerajaan (GTP)...
Aku jawab esei 2.

Rehat jap sejam.....Makan nasi ayam dan solat bersama teman baru dan sambung lagi...

Bahagian 5: Esei Bahasa Inggeris (200 hingga 300 patah perkataan)
Soalan esei 1, keburukan facebook, twitter, myspace dan laman web sosial yang lain.
Soalan esei 2,(lupa, nati carik balik)
Soalan esei 3, how to enhanced unity in the country.
Aku jawab esei 3.

Tak tau lah dapat pergi ke tak peringkat seterusnya...huhuuhu...Hope dapatlah...Ada tiga peringkat untuk dapat jawatan yang diidamkan....Baru first step....Bulan 5 tau la keputusan dia...Kalau sapa-sapa yang belum isi lagi borang SPA tu, yang dah lepas exam final, or last year sekarang, baik isi sekarang kalau nak masuk government.. Click Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)...

5 comments:

Rizzuan Shah said...

cik mawadah ni baru apply gomen atau dah start servis gomen?.. dengar cite waktu exam ptd haritu dekat 13,000 orang yang hadir utk amik exam ek?..

http://wanshah87.blogspot.com

NADIRA SALIM said...

ermmm exam SPA GRED $! ritu btol2 menguji..
macam nk pitam jawab..
pasal terlalu penat n letih..
takde gap yg byk utk santai2..
pening sgt asyikk tunduk je..
nk2 jwb soalan sahsiah n minat..
adoiyaiii lebih 400 soalan..
huhuhu~~

M a W a D D a H said...

nadira: yea..yea ade geng...hehe..tu la pasal..dah la masa amek ujian ritu xder air cond...xkish la kn kalu xder, ni kipas ade kt tepi dewan jer..memang kepanasan la org yg duk kt tengah..kesian....

2R said...

hah ssh nye inteviu tu..kalo sy msti konfem tepinga2 jgk nk mengarang hehe

M a W a D D a H said...

miss tora: ala tora, mesti boleh nye..hihi..blum cuba blum tau... ;)

Related Posts with Thumbnails