Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Thursday, April 1, 2010

1 Malaysia

Errrmm...Topik yang menarik yang saya nak kupaskan hari ini mengenai 1 Malaysia...Menarik tak..Menarik tak...Hehehe..Ok what...Sambil-sambil ber blogging tu sambil kita menghayati dan memahami apa itu 1 Malaysia..Kena tahu jugak nie...Jangan setakat duduk dan tinggal kat Malaysia tetapi tidak tahu apa itu 1 Malaysia....(padahal preparation untuk interview nanti, takut di tanya dalam esei)...Mana la tahu kalu ada di antara korang yang ada interview ke, yang nak jawab soalan peperiksaan ke..Nati korang jawab sambil tersenyum-senyum jika apa yang korang baca ni kuar dalam exam or interview..interesting bukan...

So bila dah baca ni, saya pun nak kongsi gak la kat sini apa yang dibentangkan oleh PM kite YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak..Although topik ni dah lama dah (tapi tak la lama jugak)..Yang saya bagitau nie just secara ringkas je..kira nya macam nota kaki...jom kita hayati...Tapi kalau korang nak tahu lebih detail sila masuk laman web 1 Malaysia


Terdapat 8 nilai-nilai yang diterapkan oleh PM kita supaya nilai-nilai murni ini dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada 1 matlamat iaitu negara.  Antara 8 nilai murni itu ialah:

1) Budaya Kecemerlangan
2) Ketabahan
3) Rendah Hati
4) Penerimaan
5) Kesetiaan
6) Meritokrasi
7) Pendidikan
8) Integriti

Budaya Kecemerlangan:  Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan yang lebih tinggi..  Budaya cemerlang banyak bergantung kepada: prestasi yang cemerlang yang dilakukan oleh semua pihak, prinsip ketepatan dalam pengurusan masa semasa berurusan dengan orang sekeliling dan luar negara, ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti individu..Dengan ini apa yang dibuat akan menetukan kecemerlangan dan kejayaan.  Selain itu, negara luar akan mengiktiraf Malaysia yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berterskan eksport.

Ketabahan: Setiap perjuangan dan perlaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka.  Rakyat Malaysia perlulah tabah menghadapi dugaan dan cabaran, bekerja keras, berdedikasi, jangan mudah mengalah, kecewa dan hanya menyerahkan takdir sahaja tanpa berusaha. Kejatuhan dan kemerosotan yang dialami perlu dikaji dan kelemahannya perlulah diperbaiki.

Rendah Hati: Merendah diri tidak bererti kita tunduk atau menyerah kalah. Rendah diri dalam islam juga beerti Tawadduk dan patut dimiliki oleh semua rakyat.  Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan di mana kita berada.

Penerimaan: Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa.  Rakyat Malaysia perlulah menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan bersama.Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sesebuah bangsa.  Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina dan India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat ini.

Kesetiaan: Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua dalam satu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.  Kesetiaan akan membina kepercayaan dan menjalin satu ikatan peribadi untuk kedua-dua pihak.

Meritokrasi: Perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.  Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.  Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisai.

Pendidikan: Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan.  Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanyya. Dengan cara, masyarakat Malaysia perlu memeriahkan budaya membaca, semua aliran sama ada sekolah kebangsaan, sekolah cina dan sekolah india hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti  bersama dan kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia

Integriti: Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat.  Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti iaitu: bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan, bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima, berusaha memperbaiki kesilapan, menepati janji dan masa, menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun ia sukar diterima oleh sesetengah pihak, kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa ssebarang kepentingan, dan mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan kelakuan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails