Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Thursday, April 15, 2010

Lagi..Lagi kes dera....

Salam 1 Malaysia...

Aduhh...Sini dera, sana dera..apa nak jadi la zaman sekarang nie...Menakutkan aje...Agaknya pendera-pendera ni memang tak mempunyai perikemanusiaan. Perikehaiwanan maybe sesuai untuk orang-orang yang macam nie...Eh ade ke perikehaiwanan....Banyak kes-kes yang berlaku sekarang ni...Tak termasuk kes buang bayi, peragut, perompak...Aduhh...Nak kuar mana-mana pun dah takut...Ni terbaru kes dera...

Kanak-kanak didera bapa tiri meninggal 

SERI KEMBANGAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati disyaki didera bapa tirinya dengan lebih 30 kesan lebam dan cedera ditemui di badan serta kepala mangsa.

Lee Swee Hui, dari Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang di sini, dipercayai didera lelaki berusia 27 tahun itu selepas tidak tahan dengan kerenah mangsa yang dikatakan suka menjerit dan menangis serta agresif, termasuk melompat dari meja makan atau kerusi apabila ditegur.

Lee atau panggilan manjanya, Jasmine, dibawa ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan di sini pada jam 7.45 pagi semalam oleh bapa tirinya itu yang juga seorang penganggur, tetapi disahkan sudah meninggal dunia dua jam sebelum itu.Timbalan Ketua Polis, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin, berkata kanak-kanak itu dipercayai didera seminggu lalu berdasarkan kesan lebam pada badannya.

Bagaimanapun, katanya, siasatan awal mendapati tiada kesan penderaan seksual ke atas kanak-kanak itu.

Pada sidang akhbarnya semalam, beliau berkata, lelaki itu ditahan di klinik berkenaan sebaik menerima laporan mengenai kes berkenaan, manakala isterinya berusia 24 tahun diberkas pada jam 12.45 tengah hari di pangsapuri yang disewa pasangan terbabit sejak setahun lalu.

“Kanak-kanak itu tinggal bersama pasangan berkenaan di rumah sewa itu selepas dia dijaga selama dua tahun oleh seorang pengasuh.
“Pasangan itu turut dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga bulan dan kini dijaga adik wanita itu,” katanya.

Khaw berkata, mayat Lee dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

p/s: banyak betul kesan lebam pada mangsa...

2 comments:

|| NaFiRaa || said...

tengok jugak news n news paper.. ape lah nak jadik sekarang nih kan.. lepas buang bayi.. dera anak plak pastu kes buang bayi lagi..lagi dan lagi.. haih!!! ape nak jadik!!!

elwenes said...

kesian budak ni kan ...

Related Posts with Thumbnails