Pagi tadi after lepas basuh 2 baldi baju dan mandi di pagi hari yang sejuk lagi dingin, terlihat Keyyah dah tercongok di depan tv...Errmmm..Rancangan apa ye cik Keyyah tengok...Ohh..Rancangan 'Tanyalah Ustaz' di TV9...So aku pun join lah tengok sebab tajuk yang dikupas oleh Ustaz Sharhan Shafie iaitu Pengamal Perubatan Islam yang dah tersohor di Malaysia ini ialah mengenai jin, sihir dan makhluk halus yang jahat...
Pertama sekali Ustaz tersebut bercerita tentang Santau...Di mana santau ni memang sangat bahaya pada mereka yang terkena santau ni dan memang payah nak diubati...Tanda-tanda mereka yang terkena santau ini ialah kuku menjadi kebiru-biruan, batuk-batuk yang berpanjangan, lenguh-lenguh segala urat sendi dan badan, nafas menjadi busuk dan berbau dan sakit dalam perut bila senja....
Dan kesan-kesan pada mereka yang terkena santau ni ialah:
Terjadinya penyakit kanser dan ketumbuhan yang sukar untuk diubati, boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t, bulu-bulu roma akan gugur, dan hilang daya ingatan...
Dan ustaz tersebut menyarankan agar kita membaca:
Ayat ni sepatutnya dah menjadi amalan harian kita dan perlu di baca setiap hari...Ayahku selalu berpesan bahawa ayat ni juga hendaklah selalu di baca sebelum makan dan minum...Baik juga di baca after solat sebanyak 3 kali...
Ayah ku juga berkata bahawa perlu juga baca ayat ni walau sekali untuk mengelakkan lumpuh atau angin ahmar...
Yang kedua berkenaan dengan penyakit Sawan...Di mana mereka yang terkena penyakit sawan ni boleh terjadi pada waktu senja...Dan ubat atau doa untuk penyakit sawan ini ialah:
"Bismilahimasyaallah"
Dan ada juga pendengar atau pembaca menghantar emel mengenai minyak dagu..Dan ustaz tersebut mengulas bahawa minyak dagu ni memang sangat merbahaya..Sekiranya mereka yang terkena minyak dagu ni, seseorang itu tidak akan mengingati siapa keluarga dia, diri dia, persekitaran dia melainkan orang durjana itu...
Ustaz tu juga berpesan pada mereka yang berniat dan memang mahu merosakkan seseorang, memporak perandakan seseorang serta mahu membuatkan suami isteri bercerai berai agar jangan lah cuba untuk
mendekati kezaliman kerana Allah Maha Mengetahui dan tahulah hukumannya di akhirat sana...
Dan kepada mereka yang terkena santau, minyak dagu serta penyakit yang seumpama, cepat-cepat lah pergi berubat...
Mencegah lebih baik dari mengubati...Di pertengahan rancangan, ustaz tersebut bagi ayat untuk mengelakkan dan mencegah diri dari terkena sihir, santau serta sawan...Iaitu:
Ayat 23 surah Al-Furqan:
Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.(QS. 25:23)
Untuk maklumat lanjut mengenai Ustaz Sharhan Shafie dan Pengamal Perubatan Islam, boleh la layari laman web kat SINI .
Dan sebarang pertanyaan mengenai isu-isu agama yang korang musykil leh la hantar emel kat tanyalahustaz@tv9.com.my...
p/s:Moga kita dijauhi dari angkara makhluk halus, sihir serta buatan orang ini...Amin...
11 comments:
aku pun tgk rancangan ni... best... bagi yg nak elak, bagus tgk rancangan begitu... thanks kongsi info...
amalkan baca matsurat...itu lebih baik... baca lepas subuh dan lepas asar...:)
pergh...
bagos info nieh adah.. :)
time kasih dah bagi kat wadud.. :p
mekasih kongsi adah... arwah ayah dak comot penah kne santau... tapi,alhamdulillah.. sembuh.. tapi,ada sedara 2 ninggal sebab tkena santau jugak.. huhuhu..
alfatihah untuk paksu~
lazaac: sama2...:) jom la sama2 kita berkongsi info dan ilmu...rancangan ni memang bagus...
abdullah hakimi: ;) thanks atas info itu..baca maksurat memang bagus...
wadud@duad: sama2 wadud..hehe
khairul_bariyyah: sama2..yeke..alhamdulillah dah sembuh..ramai sangat orang dengki2 dan busuk hati sekarang ni...mula la guna santau untuk kepuasan dan mahu menang...orang yang buat tu perlu ingat, walaupun dia menang kat dunia tapi kat akhirat Allah yang menang...
al-fatihah untuk paksu dak comot...moga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
OO ada rancangan ni ke? Alamak! Rugi la tak tengok.... Ttg ayat tu.. ha bagus la Adah dh bg yg jawi tu..nt I nak suruh my readers refer kt yr blog je....sbb aritu I lupa nak pesan huruf "D" pd ayat tu bunyinya adalah THOT bukan DOT...kena permalink ke blog U pd N2 I yg lepas utk memudahkn diorg.
Thanks Adah for sharing...
mmg bess rancangan ni..asye slalu gak tgk..info yg bergune..
miss mirror aka sam: ada2..ada pagi2 rancangan nie...ok...adah ok je kalu nak refer blog adah...:)
mr curly: hehehe...;) gud2x...adah tengok topik gak...hihi
info berguna adah, my fren penah kena santau gak ngan org yg dengki ngan dia..dr gemuk leh kurus keding badan dia..sian sgt..nasib baik dia cepat berubat..kdg2 benda camni kita x tau org dengki..igt sakit biasa2 je...
qellissa: thanks dear qellissa..wahh..dasat tul penangan santau ni..sampai kurus keding...adehh..tu la..dengki mendengki ni bahaya..mula la mangsa tu yg merana...nasib baik member qellissa cepat2 bawak berubat..
Kalau zaman dulu , orang yang buat sihir atau santau ni akan dihukum bunuh je. Tapi zaman sekarang dah takde lagi sebab takde undang-undang untuk ilmu hitam
Post a Comment