Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Tuesday, May 31, 2011

Awak sangat comel...

"Awak...awak comel sangat bila senyum..."
"Awak...awak comel sangat bile gelak..."
"Awak...awak comel sangat bila mengerling ke arah saya...."
"Saya terkesima...."


Ouuuccchhhh!!!! sakit lar...Wehhh...mimpi ker....Wahahaha...Berangan tak tahan....:p

Malam ni malam last cerita asmara 2...Alah...Tak leh tengok Shahz Jazzle lagi....Ngeeee....Mencari-cari iras Shahz Jazzle...Perangai mesti mau baik....Hakhakhakhak....



p/s: Agak2nya boleh kah aku jadi penulis novel yang baik macam novel "Kasih Yang Suci" yang sekarang ni ditayangkan dramanya bertajuk "Nora Elina"....hehehehe...Addicted with this drama...Kalau boleh, tak mahu missed satu episod pun walhal sebelum ni ada yang ter'missed'....kekekekeke...
p/s: Hanya aku je yang paham entry nie...Ehemmm...:p

Hidup kena rajin kalau nak berjaya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam pagi buat semua yang datang berkunjung blog yang santai lagi cool...hakhakhak...Coolnya...:p Takde pape yang nak dicoretkan di sini cuma untuk melepaskan gian untuk menekan2 butir keyboard nih...Kahkahkah..Ayat gian tak tahan...:p

Satu perumpamaan dari aku untuk di kongsi bersama....

"Rajin...Buat apa pun kena rajin...Tipu lar kalau kejayaan datang bergolek tanpa kerajinan dan usaha...Cuma seseorang tu lambat atau cepat je menangkap apa yang dipelajari atau dibuat...Ataupun ada masalah tertentu yang tak dapat dielakkan....Apa yang diperlukan adalah RAJIN!!! "

Pernah dengar tak satu cerita di mana adalah seorang lelaki ni berusaha nak memperkenalkan ayam gorengnya di kedai2 makan supaya ayam gorengnya di terima untuk dijual....Fuh..Bukan senang...Lelaki ini ditocer, dicerca...Tapi dia berusaha memperkenalkan ayam gorengnya di setiap kedai dan setiap hari...Dan sampailah di kedai yang ke 99, ayam gorengnya barulah diterima oleh sebuah kedai dan sampai sekarang ayam gorengnya disebut-sebut hingga sekarang...Agak2 ada tak orang pernah dengar cerita nie...:)

Dan satu lagi cerita di mana seorang bisnesman yang asyik bankrap 3 atau 4 kali dalam bisnesnya itu dan akhirnya bila bisnesnya yang ke 5 diusahakan, dia boleh berjaya dan mendapat keuntungan yang berlipat ganda...

Daripada cerita di atas, apa yang dapat disimpulkan ialah....Rajin dan usaha, itulah kuncinya...Antara hendak tak hendak je....Dan kegagalan yang berlaku sebelum ni menjadi pendorong untuk meneruskan apa yang diusahakan....:)


p/s: Peringatan untuk aku jugak yang tak berapa nak rajin....Peace...

Saturday, May 28, 2011

Awak...Awak...Dan Awak...

Kalau awak jadi doktor, saya nak jadi nurse awak...
Kalau awak jadi pilot, saya nak jadi co-pilot awak...
Kalau awak jadi engineer, saya nak jadi pembantu engineer awak...
Kalau awak pemain tenis, saya nak jadi pengutip bola tenis awak...
Kalau awak jadi meja, saya nak jadi kerusi awak...
Kalau awak nak jadi kertas, saya nak jadi pen awak...
Kalau awak jadi rumput, saya nak jadi bunga awak...

Yang sentiasa berada di sisi awak...
Setiap masa...
Dan dimana saje....




p/s: Kalau lah boleh berterus terang macam O Ha Ni....:p
p/s: Pengaruh TV semata-mata...
p/s: Berangan-angan itu sangatlah indah...Haha...

Friday, May 27, 2011

Rules of Food: Untuk mereka yang betul2 nak diet dan jaga pemakanan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat pagi jumaat semua...Moga pagi ni ceria-ceria selalu...Yerla kan lagipun hari ni adalah hari last ke sekolah...Untuk mereka yang jadi guru dan anak murid syoklah dapat bercuti panjang...Mesti bersemangat kan nak cuti....Mula la merancang nak gi jalan2 or melancong kat mane2...Eh..Namanya cuti sekolah....hehehe...

Hari tu, agak lama dah la...Aku ada tengok program yang best di tv...Rancangan The Oprah Winfrey Show...Topik kali ni menyentuh perihal makanan...Sebelum tu...Heboh perkatakan isu nasi lemak di ban di sekolah suatu ketika dulu...Korang setuju ker nasi lemak di ban di sekolah? Ciss...Topik lama aku baru nak kupas...Kekekeke...Kalu aku kurang setuju lar sebab nasi lemak sedap...hehehe...Kalau jajan/ cikedis/ makanan ringan dan minuman bikarbonat tuh aku memang bersetuju sangat2 lar kalau di ban di sekolah...Nasi lemak kalau makan dalam kuantiti yang sederhana bagi aku takde masalah....Agak2nya lah sekarang nie, masih ada jual lagi tak nasi lemak di sekolah? Ataupun kat sekolah ada jual buah-buahan, sayur-sayuran tak? Ataupun aiskrim dan gula-gula di ban? Ataupun isu ni heboh sekejap je pada mulanya, tapi mula dijual balik....Ce cite ce cite....Wahai guru2 dan anak2 murid....hehehe...

Iklan dan selingan: Aku dan kawan2 aku melantak steambot....Sila jangan jeles...hahahaha...

Ok la, duk lari sekejap dari topik di atas tapi masih ada perkaitan untuk kita bincang bersama dan fikirkan....Ok...Macam mana kita nak jaga kesihatan dan pemakanan kita...Absolutely from food that we eat...Right! And where the food come from and how the food are produced? Perlu ke kita titik beratkan...Of course...Halal? Yeahhh...Itu sudah semestinya...Dan sudah menjadi kewajipan kita untuk mencari makanan yang halal....Tak mahu lar, kes halal ni kita pandang remeh temeh sebab dikhuatiri akan menjadi darah daging kita...Hope pihak jakim berkeras dalam hal ini dan sepatutnya isu produk mana yang ada DNA babi ataupun seangkatan dengannya wajib diwar warkan kat tv ataupun radio...Supaya semua orang alert...Sebab bukan semua orang baca blog ataupun baca berita, isu2 semasa di internet....

Okla...Back to the topik...Dalam rancangan Oprah ni, memang sebut pasal isu makanan yang sihat...Oprah bersama Michael Pollan (pengkaji/penyelidik tentang makanan)..Isu yang dikupaskan berkenaan...What we eat...How we eat...Where the food come from and how the food are produced in factory...Memang ada perkaitan dalam makanan kita sehari-hari...

Daripada soalan Oprah yang pertama ditanya, daging manakah yang berkhasiat...Antara beef, pork, goat dan chicken...Dan ramai yang berada di studio tu berkata AYAM...Tapi sebenarnya adalah goat (KAMBING) di mana kambing ni kurang kolesterol dan mempunyai protein yang tinggi.

Dan ayam...Memang mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia...Tapi ketahui kah anda macam mana ayam tu membesar, membiak, penjagaan ayam2 tu, macam mana pengusaha handle pembuangan daripada sisa2 ayam...Kebersihan ayam...Penyembelihan dan lain-lain lagi....Oleh kerana permintaan ayam meningkat, ada yang mula menyuntik ayam supaya cepat membesar...(Sumber rancangan Oprah)..Ayam pun dah malas dah nak exercise, tu yang jadi tak sihat tu (melalut)...

Ok, bila kita ke supermarket, memang kita akan teruja dengan makanan2 yang dijual...Nak2 makanan yang dibekukan dan ekspress...Ayam goreng, coklat yang tinggi kandungan gula, makanan2 ringan dan lain2 lah...Ha, berapa kalori dalam makanan2 tu semua....Tak termasuk lagi makanan2 ekspress seperti McD, KFC dan seangkatan dengannya....Of course, banyak kalori dan lemak di dalamnya...Sekarang ni fast food makin lama makin murah...Camner orang nak jaga kesihatan nie....Aku juga boleh terpengaruh...Huhh...

Dalam rancangan ni, Michael Pollan memperkenalkan satu buku iaitu Food Rules. In his 20 years of reporting on food, Michael has picked up a number of rules to eat by. They're now collected in an eater's manual, Food Rules.


His guidelines to good eating include:

1: Eat food.
   (Makanlah makanan yang berkhasiat ye kawan2...)

2: Don't eat anything your great-grandmother wouldn't recognize as food. 
   (Contohnya makanan yang dalam tiub...Mungkin kalau nenek moyang kita masih hidup, mesti dia ingat tu adalah ubat gigi ke...Kiranya variasi dalam makanan la...Tambah ingredient tu, ingredient ni..Bentuk tu, bentuk ni....msg mesti tinggi...Memang sedap...Tapiiiii....)

7: Avoid food products containing ingredients that a third-grader cannot pronounce.
   (Makanan yang susah nak sebut tu mungkin makanan baru yang dihasilkan....Apa kandungan dalam makanan tu?)

13: Eat only foods that will eventually rot.
   (Yeahh..makan lah makanan yang cepat basi...Maksudnya takdelah dalam makanan tu letak ubat ke ape...Kalau cepat basi bermakna cepatlah hadam makanan tu dalam perut kita...Takde lemak..)

39: Eat all the junk food you want as long as you cook it yourself.
  (Makanan junk food boleh dimakan, tapi kena masak sendiri sebab kita tahu kandungan minyak, gula dan semuanya lah)...
 

"It's not that hard to eat well if you're willing to put a little more time into it, a little more thoughtfulness into it and, yes, a little bit more money," he says.
 
Yeahhh, kita tak nafikan bahan mentah pun makin lama makin mahal...Sayur, tepung, gula semua tue dalam penyediaan makanan....Kadang2 harga sayur pun boleh meningkat dalam sekilogram...Dan mula lar orang mencari fast food yang semakin lama semakin murah....


Apa yang penting, kita kena rajin dalam penyediaan makanan....


Video Rancangan Oprah dengan Michael Pollan berkenaan isu ni:
http://www.oprah.com/oprahshow/Food-Expert-Michael-Pollans-Food-Rules-Video



p/s: Entry lama yang aku hasilkan...
p/s: Kadang2 aku pun suka makanan ekspress....Hadooiiii...
p/s: Kalau salah, sila tunjukkan...

Wednesday, May 25, 2011

Macaroon dah sampai...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Yeahhh...Akhirnya dapat jugak aku merasa macaroon CikMin...Sape yang tak terliur kalau tengok macaroon yang comel dan kiut itu...hehe...Actually sebelum ni pernah la jugak survey kat kedai2 kot2 la ada jual...Tapi tak jumpa pun orang jual...So, rasa sangat happy sebab dapat tempah dari CikMin...hehe

Selepas dapat emel dari CikMin, aku tertunggu-tunggu la van Gdex sampai rumah plus sampai tak sabar2 ha...Sampai tak gi lab....hohoho...

Bungkusan yang sempurna...

Aku beli perisa Dark Chocolate, Blueberry dan Dulce De Leche.

 Korang tengok pasti teruja kan....

Kalau yang tak tahu mende alah ni, meh nak citer...Ni adalah kudapan manisan daripada Perancis...First masuk dalam mulut, dia rasa rangup sedikit, kemudian...Waahhh!!! Sedap!!...Mungkin sekarang ni macaroon baru nak femes kat Malaysia...Dah tak payah pergi Perancis dah kalau nak makan macaroon ni...hehehe...Tapi awas pada mereka yang tak berapa suka manis dan mengalami kencing manis sebab macaroon ni memang manis...

 Gigitan asmara dariku...kehkehkeh...Perisa dark chocolate...

Kalau sape2 yang teruja nak jugak rasa, leh la order kat CikMin kat SINI. 
Ada lagi perisa lain yang mengujakan....
Lagipun sekarang ni CikMin ada buat promosi untuk 100 boxes...Sampai tarikh tertentu...Sapa cepat, dia dapat....hehehe...



p/s: Akhirnya dapat jugak aku rasa macaroon ni...:)

Tuesday, May 24, 2011

Addicted with the coffee...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Hari tu mimpi apa ntah teringin nak minum air kopi...Lama tul tak minum...Actually tak berapa berani nak beli kopi jenama lain sebab kopi yang biasa kena dengan tekak aku adalah 'Kopi Cik Yok'...Kopi pembuatan dari kampung aku...Sedap wooo...Dan lagi satu kopi yang dimasak, dipanggang dan ditumbuk sendiri oleh orang kampung..Kiranya secara traditional lah...Pernah merasa kopi dari Baling, Kedah...Buatan sendiri...Memang best...Thumbs up...:)

Oleh kerana teringin sangat kan, aku mengusya lar kopi di Mydin...Try kopi dari bumi melaka ni iaitu 'Kopi Serbuk Campuran' jenama Hang Tuah...Bila rasa, wow, not bad lah...Sedap!! Boleh la beli lagi kopi ni lepas nie...Hehe...


Minum kopi pun bagus sebenarnya..Ada khasiatnya...Tak hairan lah kalau masyarakat kita, orang Malaysia kita suka minum kopi apatah lagi orang luar negara...Bila bau aroma kopi...Pergghh...Mengancam lubang hidungku...Ahaksss...Bila terasa kat lidah....Speechless...hehe...

Setakat ni aku pernah minum Nescafe, Kopi Radix dan Kopi Cap Kapal Api...Ntah apa lagi, lupa...Ngeee...Banyak sangat kat pasaran...Oh ya...Gula-gula Kopiko pun pernah aku makan dan memang sedap...:p Lama tak makan gula-gula kopiko nie...hehehehe...



p/s: Mood layan lagu Stacy: Kisah Dongeng dan Kapsul...Best jugak Stacy nyanyi lagu balada nie...Disarankan oleh Keyyah tuk dengar lagu2 ni...:)

Monday, May 23, 2011

Kenduri + Bowling + River Cruise Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua...Hope dengan pagi isnin ni korang berada dalam keadaan bersemangat nak pergi kerja...Yeahhh!!! Tak lama lagi tu, gaji korang masuk kan...Syoknya....hehe

Minggu lepas, kita terkejut dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat di mana anak-anak yatim ditempatkan...Sangat sedih kerana 16 mangsa yang meninggal dalam kejadian tu manakala 9 lagi cedera...Al-fatihah dan moga mangsa2 ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan di sisi-Nya...Aminnn...

Pada hari itu juga sebenarnya kami menghadiri majlis perkahwinan kawan kami, Bayah...Tema putih hitam gitu...

Sempoi....

Tahniah Bayah dan pasangan...Moga pasangan pengantin ini menjalani hari-hari bahagia dengan begitu indah sekali....

Actually kan pada mulanya aku dan keyyah nak merempit naik motor ke kenduri tu...Tapi tengok cuaca kat luar sekejap panas, sekejap mendung, and then hujan, apalagi aku layan tidur lah....Tapi tak tersangka plak ada orang sudi menumpangkan kami berdua dan kawan yang berdua lagi tu sanggup berkorban untuk kami...Sweetkan...Hehehehe...(tapi penat bersiap sebab diberi masa bersiap hanya 15 minit bersiap...dengan bajunya tak gosok,dengan blur2nya....sib baik kami style tak make up...kalau tak kena tambah 45 minit lagi kot...ngeeee)

Then kami merancang untuk bermain bowling...Wahh...Seriously, lama betul tak main bowling...Pergghh, pulun 2 games...Games pertama aku larat la nak angkat bola tu...Games kedua...Hancurrr!! Menci sebab aku kalah...Cisss...Diorang selalu praktis, memang la...Aku ni ha, sampai sekarang rasa lenguh2 lengan aku...Macam muncul sedikit muscle di situ...Hahahaha...

Bowling...

After tu, layan makan claypot asam pedas kat Kota Laksamana...Masyuk habis...Tiada gambar di sini...Sebab tak nak bagi orang kempunan nak makan...Lagipun aku rasa ada orang mengidam nak makan kat sini...hehehe...

Then, dengan perut yang kenyangnya, kami ke River Cruise sebab nak menikmati panorama alam ketika waktu malam...Memang best dan banyak perubahan...Pernah naik masa waktu siang...Tak best sebab takde lampu2 warna warni...Lagipun masa tu still dalam construction...Best dan tak best...Yang tak bestnya sebab crowded dengan orang...Sampai ada member yang kena berdiri..

 Haruslah bergambar di pintu utama...hehe

 Menikmati keindahan malam...

 Sweet couple...Jep dan isteri..

Kemudian, ke air buah gelas besar melaka....Minum2 sambil melepak...No picture here...Try minum air buah pisang plus milo (kecik-my loyal stalker)...Sedap la jugak...Korang try lar...hehehe..Aku lantak air betik...Sedap tapi cepat kenyang..Macam makan nasi...

Wow...Panjang ceritanya.....Hope lepas ni diorang datang lagi lepak kat sini lagi...Sebab nak pow lagi...hahahaha....Thanks Syah belanja bowling...Suka...Suka....;)




p/s: Kredit to Syah sebab menculik gambar2 ni dari fb beliau...kehkehkeh...Tapi sayang, gambar2 ni menggunakan kamera canggih tapi diguna pakai oleh mereka yang masih belajar untuk menjadi canggih...kehkehkeh...Ada banyak getaran dan tak sharp...Jangan mare...:p

Friday, May 20, 2011

Jalan penyelesaian bila buntu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat pagi semua....Sikit je lagi nak tengah hari...hehehe..
Berkenaan entry yang sebelum ni, thanks atas nasihat semua kawan2...Memang jika diberi nasihat dan semangat akan lagi lebih bersemangat dan berfikir untuk bertindak...Thanks ya!! :) Sebab kadang-kadang fikiran kita tak boleh berfikir dengan lebih baik bila dalam keadaan bercelaru dan buntu...Hope dapat perkembangan yang lebih baik....Apa yang penting, kerjasama...hehehehe....

Antara2 perkara yang boleh kita cari jalan penyelesaian bila dalam keadaan buntu dan tekanan adalah:

1) Bercerita dengan orang lain dengan masalah kita.  Bercerita dengan kawan terdekat ke, famili ke, dengan yang tersayang ke....Mungkin ia sedikit sebanyak membantu kita...Kalau berdiam diri je dan pendam je masalah kita memang satu masalah untuk kita buat keputusan...Percayalah!

2) Mendengar terapi2 yang berada di sekeliling kita seperti burung berkicau, desiran pantai, bunyi angin, bunyi hujan atau mungkin dengar lagu...Tapi ni bila berada dalam keadaan stress...Insyaallah ia mampu mengurangkan sedikit tekanan dalam diri kita...Ni tahupun dari blog asada...Kat SINI...Siap ada video ha kalau korang duk dalam bandar...hehehe...Actually kat sini, first time aku dengar salji turun...Nak dengar kat luar negara, memang mimpi lah...hehehe...


3) Membaca sedikit sebanyak pengetahuan melalui buku atau web...Mungkin boleh membantu...

4) Membaca al-quran, yasin...Memang membantu kalau menghayati dengan penuh perasaan.

5) Last but not least, buat sembahyang istikharah supaya diberi petunjuk oleh-Nya...Bukan sebab nak cari jodoh je kena sembahyang istikharah....Bila kita banyak pilihan, sembahyang istikharah penting gak...Walaupun ia bukan memberi petunjuk dalam mimpi, mungkin ada petunjuk dalam alam realiti...Insyaallah...Sebenarnya, sembahyang istikharah ni bagus kalau buat hari-hari...Tapi aku, ya Allah lemahnya aku....

Mungkin ni pandangan aku...Kalau korang ada pandangan lain, boleh lah berkongsi pandangan di sini...Mungkin boleh membantu orang lain selain aku...Kan...:)



p/s: Contribution...contribution....hukhukhuk

Wednesday, May 18, 2011

Pening + Tensen...

Pening...
Tensen...
Berpinar-pinar biji mata....
Bila ada tiga pilihan...
Takut....
Takut...
Dan takut...
Takut untuk buat keputusan....
Tidak mahu jadi seperti....
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".....
Perlu ada tekad...
Perlu ada kecekalan....
Semangat serta kekuatan...
Jiwa dan raga....
Moga diberi petunjuk oleh-Nya....
Dan kejayaan yang cemerlang....
Amin.....



p/s: ini bukan entry mencari jodoh ye...:p

Tuesday, May 17, 2011

Terima kasih cikgu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masih belum terlambat untuk aku ucap selamat hari guru buat kakak aku, abang ipar, kawan2, blogger2 yang jenguk sini, dan tak lupa juga cikgu2 yang pernah mengajar aku dan mengenali aku...Selamat hari guru dan teruslah berjuang demi bangsa dan negara...Tanamkan sifat ikhlas dalam hati...Yeahhh...

Walaupun nampak mudah menjadi guru, tapi sebenarnya ada susahnya jugak...Nak2 kalau dapat mengajar kelas yang last sekali...Bukan aku yang kata, kawan2 jugak...Biasanya diorang ni nakal yang amat dan kurang mendengar kata...Dapat yang kurang ajar, mencarut? So, macam mana cikgu2 ni nak buat? Apa benda yang nak psiko diorang? Rotan? Garang? Bebel? Cikgu cikgi tahu lah nie...hehehehe...

Kadang2 jadi cikgu pun ada risiko jugak...Dapat anak murid yang tak puas hati, mula la pancitkan kereta tayar cikgu, pecahkan cermin dan lain-lain lah...Dengar dari surat khabar dan pengalaman kawan2 aku jugak...hehehe...Apa yang penting, kesabaran tu kena sematkan dalam diri....hehe...

Teringat aku masa darjah enam dulu...Selalu lar jugak cikgu letak aku duk barisan depan...Biasa lar, sekolah rendah dulu cikgu yang duk susun atur nak duk mana....Dapat duk sebelah budak pandai, best ar...hehehe...Ada satu peristiwa tu guru besar masuk mengajar dalam kelas...blablabla kat depan...Pastu tersembur2 air liur sampai terkena muka aku....Ahhh...Banyak tu....Aku pun sapu lar muka aku...Dah tu penuh kat muka aku....Perasan la jugak guru besar tu aku duk sapu2 muka...Suh gi toilet basuh muka, aku kata..."eh, takpe2, berkat"...hahaha...Pape je la...

Pengajaran dari peristiwa nie, aku dah tak suka belajar duk depan sekali...Suka duk belakang skali...Tak tepi tingkap, tepi pintu kat belakang....Bukan apa boleh usya2 orang dan bila loceng rehat atau loceng balik, aku lar orang first keluar dulu...Seronok! hahahaha....

Terima kasih cikgu!! :)



p/s: kenapa takde selamat hari jurutera ke, selamat hari doktor ke, selamat hari penyapu sampah ke...diorang pun berbakti gak....:p

Saturday, May 14, 2011

Pelik dan seram...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Fuhhh!!! Gempak cerita pasal orang pelik yang simbah asid nie...Rasa seram pun ada dengar khabar berita ni...Perempuan kat area KL, awas! Jaga-jaga...

Tak paham apa motif suspek nie...Hobikah? atau Balas Dendamkah? atau Otak Mereng tak betul dah tue...Rasa macam tiap2 hari, meningkat jer bilangan mangsa yang tak bersalah nie...Kesian plak...Dah la cacat kekal...Uisskkhh...Moga di jauhkan semua nie...Dan hope la suspek yang seram+dasyat+hayun ni cepat2 lah ditangkap dan dikenakan balasan yang setimpalnya...

Ok2...Tukar topik plak...Amik mood malam yang sejuk2 ni...hehehe...Keadaan aku? huhuhu...

Nak menuju ke arah itu...
Nak sangat-sangat...
Tapi takut nak meniti hari-hari...
Takut nak memilih keputusan ni...
Takut tak boleh nak hadapi semua nie...
Sebab...
Takut ia berulang kembali...
Takut tak mencapai apa yang diimpikan...
Takut dan takut...
Dan bila dah takut...
Sakit kepala mula jadi kawan...


Doakan yang terbaik dan moga pilihanku ni betul...

Ya Allah ya tuhanku...Tolonglah mawaddah hadapi semua cabaran dan dugaan ni dengan mudahnya dan ungkaikan kekusutan dengan senang dan mudah-mudahan cepat-cepatlah kemanisan itu tiba....Aminnnn...



p/s: Kosong...

Wednesday, May 11, 2011

Hai...Saya budak comey...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni duk umah je...Tak selesa + sakit perut + sakit pinggang...Macam tak biasa lak kan...Takper la..Abaikan itu..Hari ni nak perkenalkan sorang budak comey dan kiut gitu...

 Hai...Saya budak comey...Comel kan  saya...Lagi maniskan saya pakai ni...Lalalala...








Tapi saya suka naik kereta ni...Leh gerak2...Tak nak turun! Tak nak turun!..hehehe....Sebab ni first time saya naik benda ni...Seronok...

Tapi saya adalah lelaki tulen...Sengal betul orang kenakan saya pakai tudung hitam nie...


Hahahahahahaha....

Orang yang bertanggungjawab bagi pakai benda tu sambil gelak2 sakan adalah aku, macam biasa dan angah (anak buah aku)...Aku jahat sikit je...Angah tu jahat banyak...hahahahaha....

Dia gak buat header kat blog aku yang satu lagi...Blog crochet aku tu...Kat sini.
Oleh kerana dia kanak2 ribena lagi, terhasil lah header yang kartun ala kiut miut tu...Mungkin kah header blog ni akan ada? tunggu...Ngeeee...



p/s: Aduhhh...Gedebuk!!!

Tuesday, May 10, 2011

Pandai yang teka: Genting Highlands...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tahniah pada yang pandai meneka aku gi mana ritu...hehehe...Diorang yang pandai nia ialah Jat, Qellissa, Teddy bear, Intan dan Cheritera Chenta .....lalalala...Diorang memang hebat...hehehehe..Ala...Pasti diorang dah pergi kan...:p Yang tak tahan tu si Asada cakap dalam esboks? Apakah....

Actually, plan ritu sesaje nak lepak2 kl...Entry aku ritu kat sini...Pastu member aku plan...Eh..Nak gi mana ye esok? Then..."Weh, jom kita gi Genting"...Bulat gak la mata kau dengar nak ke Genting...Kekeke...Diorang jom..Aku pun jom kan aje...hehehe...

Pagi tu semua liat nak bangun...Bertolak dalam pukul 10 pagi cenggitu...

Tak sampai lagi ni, tapi di pertengahan jalan, tengok jalan2 yang bersimpang siur serta curam...Wahhh, mencabarnya jalan dia...Kalau aku yang bawak, rasa macam xlepas jer nie...Eh...Aku ni pun tak berapa nak mahir lagi...Ada hati nak pikir leh bawak ker tak....Ngeeee...

Rasa sejuk2 je dalam pertengahan jalan tue...

Masa dah nak sampai tue....Ya ampun...Penuh parking...Rupa2nya ramai giler orang ke genting highlands...Dalam 4, 5 kali gak la pusing2 cari parking...Mencabar jugak la bagi driver..Yer la, first time bawak kereta naik bukit yang curam tue...Dah la terbau macam tayar hangit jer dalam kereta...Masing2 dah cuak...Kot2 la kan ada problem pape ker kereta tu...Dah semuanya pompuan...Mana nak tahu sangat pasal kondisi kereta nie....Tapi bila tanya pakcik kat situ dia kata memang kereta akan bau macam tu pun kalau naik bukit...Agak2 kenapa ya dia ada bau...Ada sesapa yang hebat kat sini leh bagitahu? hehehe..Sebab enjin? Tayar?

Aku ngan kawan aku sorang lagi confirm la tak masuk...Kawan aku yang dua orang lagi excited giler nak masuk...Lagipun diorang first time menjejakkan kaki kat tanah tinggi nie...Aku pun first time jejak kaki gak...Tapi aku tak nak masuk sebab ada kisah....Kisahnya...

Aku snap gambar dari luar je...kekekeke

Pernah naik benda pusing2 ni dulu kat funfair...Tapi aku....Tettt...Mabuk2, pening2...Ok dah cukup....Tak nak naik dah...Fobia benda pusing2 nie...Hehehehe...

So aku pergi menikmati alam flora dan fauna yang nyaman, sejuk, beku serta mempersonakan...hehehehe...

Fuh...Bila terkena kabut ni kat muka rasa macam seronok...Pengalaman pertama nih rasa perasaan macam nie...hehehehe...

Kemudian...Menikmati alam flora dan fauna...Lalalala...

 Cantik..:)

Ni pun cantik jugak...:)

Aku tak tahu nama2 bunga kat atas nie...hehehehe....Nama je suka amek gambar bunga2 tapi nama bunga pun tak tahu...Fail betul adah...hahahaha...

 Dapat lar jugak aku snap replika dia...

 Ni memang bangunan sebenar...Sebelum ni tengok dalam tv jer....hehe..Perlu ke cakap?...:p

Ada jugak tengok tarian Michael Jackson kat sini....Ada jugak tengok persembahan dari ahli silap mata...Nama apa ntah...Tak snap gambar...Tapi aku tengok dia buat macam tipu je...hehehe...

Ok...Dah bercerita panjang dah nie...hehehe...Memang terasa rugi tak gi naik roller coaster ker, menda2 yang outdoor tu...Tapi...

Mungkin suatu hari nanti kalau ada keberanian...Huhuhuhu...Tua2 ni rasa tak cukup keberanian la pulak...Hahaha...

Jangan pelik tiada gambar aku dan kawan2...Sebab muka kitorang terlampau kiut, malu nak letak...Hakhakhak....



p/s: Tak tahu aku dapat gi ker tak lagi sini...Teringin nak pergi Cameron Highland plak...Tak pernah lagi ni gi Cameron Highlands...Terbayang la plak buah strawberry cicah coklat...Terliur....
p/s: Ada kawan aku gtau.."Weh...Cepat2 tangkap gambar"...Kawan aku sorang lagi mencelah..."Alaaa...xyah amek pun xpe, google je..." Aku?? "Cehhh..."

Monday, May 9, 2011

Tebus....

Masa yang berlalu....


Bila pandang ke belakang....
Rasa masa itu dibiarkan je berlalu....
Bila diingatkan kembali....
Masa tu ibarat tiada apa2...
Kosong...
Dibiarkan rugi.....
Bagaikan nasi tumpah di tepi pinggan....
Nasi yang tumpah itu diibaratkan rezeki....

Bolehkah kita tebus kembali....
Dan bagaimanakah caranya.....


Bunga ni ditangkap oleh kamera henset ku yang tak canggih semasa berada di tanah tinggi...I likes to take the flowers pictures...Berseni dan berbunga kan jiwaku...Ahaksss....



Sekarang ni rasa macam cepat je masa berlalu...Cepat sangat2...Macam tak sempat nak kecapi dan sukai masa seminit, tetiba dah jadi masa sejam...Kenapa...



p/s: Amat best kalau masa yang ada dapat dinikmati semasa menikmati aiskrim connetto...:)

Sunday, May 8, 2011

Mengarut je....

Yahooo!!! Yahooo!!! Aku boleh mengarut....Hakhakhak...Seronok jugak boleh mengarut dengan tukang karut...Kadang2 pening kepala aku kalau baca tukang karut punya entry...Hakhakhak...Siap kutuk plak...Tapi ok what...Orang kata apa..."Santaiiiii!!!" hehehe...

Dah tutup dah contest nie...Tapi si tukang karut ni suka mengarut dan ikut suka dia lah nak tutup bila contest ni so aku dibolehkan mencelah sedikit dalam contest dia nie...Ha..Siap merayu rayu lagi...Apa kes....Hakhakhak...

Dah tutup tapi sebab apa nak join....Nak mengarut la bersama tukang karut...hahaha...

Saya suka tukang karut bila tukang karut mengarut benda yang mengarut asalkan tak mencarut...hahaha...Bila dah tukang karut dah mengarut mula lah dahi aku berkerut kerut memikirkan apa lah yang di karut tue...Si tukang karut memiliki idea yang mengarut tahap simple pun ada tahap complicated pun ada...Hahaha...So pembaca yang membacanya kena pandai menilai....Hahaha....Kadang2 si karut ni emosional...Kadang2 jiwang karat...Kadang2 suka berpuitis...Berpuitis yang ada maknanya....Kadang2 jiwanya memberontak....Yang ni salah, yang ni tak betul.....Kadang2....Kadang2...Ahhhh...Aku tak paham si tukang karut....Hakhakhak.....

Kadang2 si tukang karut menyembunyikan apa yang ada dalam jiwanya...Kadang2 straight to da point ja...Biar senang orang nak paham...Dan aku rasa si tukang karut ni mengarut mengikut mood dan persekitaran momentum yang hijau, biru dan ada kalanya macam kaler pelangi...Kalau korang tak paham takpe sebab aku tahu si tukang karut je paham....Hahahahaha....

"Wei tukang karut...Nape ko nak mengarut?" Tanya si budak comel....Dan aku pasti apa jawapan si tukang karut....."Weh..Sukahati lar aku nak mengarut apa..Ko pedulik apa" Wahahaha...Confirm..confirm si tukang karut ni ignore je perasaan orang lain...Tapi kadang2, boleh buat orang sedih...Dan boleh buat orang hepi...Aku rasa je.....Agagagagaga....

Suatu hari nantikan aku rasa bila si tukang karut dah meningkat dewasa....Bukan aku kata sekarang ni budak2...Hahaha..Mesti dia terfikir...."Ya ampun...Apa yang aku mengarut ni dulu-dulu...Tak matured langsung"...Hahahaha....

Tapi yang pasti ada maksudnya yang mendalam dan fikir-fikirkan........

Ok...Aku dah puas mengarut dan aku tahu bukan kreatif pun entry mengarut untuk si tukang karut...Tapi aku puas sebab boleh memberitahu apa yang aku rasa pasal tukang karut...Hahahahaha...(Gelak sambil pandang atap syiling...) Sapa nak kenal si tukang karut yang merapu meraban ni...Sila gi page SINI



p/s: Entry khas buat si tukang karut...Entry yang sepatutnya baik dan perlu ada untuk hari ibu ni adalah entry yang sebelum nie.....
p/s:Kenapa aku nak join? Suka hati aku lar...Ni pengaruh ayat si tukang karut okeh!!
p/s: Entry ni sepantas halaju cahaya yang fikir taip fikir taip tanpa hiraukan sekeliling...Harharhar...

Ibu yang da best!

Ibu....ibu...
Engkau lah ratu hatiku...
Bila aku berduka...
Engkau hiburkan selalu...
Ibu...ibu...
Engkau lah ratu hatiku...

Selamat hari ibu buat ibu2 di malaysia, di luar malaysia, kakak2 aku, kakak ipar, kawan2 aku yang telah jadi ibu, ibu angkat, ibu saudara, ibu mertua, opsss bakal ibu mertua...Ceh..Lum jumpa lagi dah sebut...Wahaha...Perasan jap...Moga menjadi ibu2 yang terbaik untuk anak2...Anak pun jangan lupa jasa2 ibu...Pengorbanan ibu...Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu....

Ibu roti? ibu kaki? ibukota? Tak termasuk okeh...:p

Dan al-fatihah buat ibu2 mereka yang telah tiada di sisi...Al-fatihah...Jangan lupa sedekahkan al-fatihah..Kalau boleh, tiap2 hari....


Ni bukan gambar anak aku tapi gambar anak kawan aku, Nadia...Muaz nama dia...Dah lama capture gambar ni tapi ni baru ada perasaan nak letak...Keh keh keh....

Aku pun dah jadi ibu...Ibu saudara yang baik hati...:) So, ibu yang da best...Aku lar tue...Ahaksss....



p/s: Ada yang teka dengan betul pasal aku gi mana tue...Tapi sekarang mood hari ibu...So tercipta lah entry di atas...:)
p/s: Teringat lawak dari group Sepah, Maharaja Lawak..."Tak leh sambut hari ibu sebab aku panggil mak aku, mak...bukan ibu...." hehehe...
p/s: Hari hari hari ibu....
p/s: Korang dah join Ipanelonline belum....Jom la join...Daftar SINI...

Saturday, May 7, 2011

Ce teka...Ce teka...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Salam pagi semua...Yang belum bangun tidur tu...Bangun!!!...Buat 'eye shit' ye...Ke buat 'map on the pillow'...Hahaha....Buruk betul anak teruna, anak dara, mak dara, laki orang bangun lambat...Wakakaka...Ceh..Mentang2 aku bangun awal...Agagagaga....

Ahhhh...Nikmat gila makan kek coklat ngan susu panas tadi...Tetiba rasa duk kat London plak...haha...Orang kita kan makan nasi lemak ke, nasi goreng ke, mee goreng ke...Dulu pagi2 suka la makan makanan berat2...Sekarang...Hurrmm...Dah kurang...Tapi kalau ada depan mata, bedal jer...Rugi tak jamah...Wahaha...Tahu sangat kan...Kekeke...

Hari ni nak buat apa ye...Hurmmm...Banyak benda sebenarnya nak kena settle...Tapi.....Ada perasaan 'M' dalam jiwa...Teruk betul....

Ok2...Hari tu kan aku kata nak cerita kemanakah aku masa labour day...Ce teka..Ce teka...Amboih adah, main teka2 plak...Hehehe...Skali skale, apa salahnya...Tak susah pun kan....

Klu...

 Tempat ni ada alga...Tumbuhan macam nie...

Tempatnya sejuk je...Tengok dalam gambar ada kabus2...Tapi masa aku g takde la sejuk sangat....

Ce teka...Ce teka..Aku gi mana...Haha...Tapi takde hadiah la...Aku bagi senyuman je...Senyuman yang menarik gitu...Hahaha...



p/s: Keyyah takleh teka ok...:p

Thursday, May 5, 2011

Bertambahnya follower | Apa tujuan berblog...

Assalamualaikum dan salam pagi semua....

Semoga semua kawan2, geng2 baik2 aje...Bila korang melirik mata di sebelah kanan blog, korang akan lihat yang follower (geng2) aku dah mencecah 1000 follower...Fuhhh...Berdebar rasanya...


Follower yang ke 1000 yang bertuah adalah owner blog ni...Hanis namanya...Owner blog yang mempunyai pandangan dan pendapatnya tersendiri mengenai dunia atau apa sahaja...Nice one...:)

Semua geng2 (followers) aku semua menulis dengan cara yang hebat dan mantap...Percayalah...

Berdebar sebab tak tahu apa pembaca mahu dari blog picisan ni...Mestilah pembaca nak membaca blog tu dengan perasaan terhibur, suka, dan ingin tahu apa isi kandungannya kan...

Bukan apa sebab blog ni pun dah macam dah jarang nak ber'update'...Apa kata pembaca kalau kita dah jarang ber'update'...huhuhu...

Apapun, thanks kerana membaca blog ni...Tak la sehebat blog2 lain...



p/s: entry tuk perjalanan aku sempena labour day di'hold' dahulu...tunggu feel dan mood yang baik, barulah boleh menaip...
p/s: tadi baru je buat research tentang dato eskay abdullah...amek ko...malas nak ulas lebih...just baca dan menilai sendiri je....

Tuesday, May 3, 2011

Jalan-jalan dan makan-makan di Williams PJ.

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sempena labour day 2011, aku tiada di melaka...So, blog ni pun jadi diam seketika...Memberi ruang untuk aku jalan2, makan2, gelak ketawa bagai...hehehe...Walaupun kusut di minda, jalan tetap jalan...Tu pun ada member aku yang ajak sebab dia pun tengah pening2 marking paper student yang ber'bundle2' tue...So kitorang decide ke KL...Jumpa Ben...kehkehkeh...Aku pun sebenarnya tengah kekeringan, tapi tue la, harapan member2 kena tunaikan la...Tapi ok gak la kan...Jalan2 mencari kepuasan...Uhukkk...Lagipun lama tak plan ngan member2 cam gini...

Sampai2 di TBS (Terminal Bersepadu Selatan), wahhhh...banyak dah perubahan...first sampai dulu takdelah banyak kedai yang bukak...Tapi sekarang dah kira banyak gak la kedai2 yang bukak...Fuhh...Laku jer aku tengok kedai2 yang jual kat sana...Yer lah kan...Tempat tumpuan, of course la laku....Dan memang tempatnya masih baru..Kiranya sesat2 jugak la kat situ...hehehe...biasa lar tue....

Melalut ke situ...Actually nak cerita makan2 kat Williams PJ ngan kawan2...Ni pun kawan2 aku (ben dan su) yang decide nak pergi kat sini....Excited diorang ajak nak ke sini...Diorang kata kedai biasa2 je macam kedai makan tepi jalan tapi makanan memang SUPERB...Memang sesuai la dengan harga dia....Pada mulanya nak makan dengan berbumbungkan bulan dan bintang, tapi cuaca tak mengizinkan, terpaksa la makan berbumbungkan atap zink...hehe..Jom layan makanan2 yang kawan2 aku order ni...Diorang yang bawak, mestilah tau makanan mana yang superb best...yer tak....


Superb kan air nie...Kongsi 4 orang...Kehkehkeh...Nama air ni soda herb kot la...Dalam dia ada daun mint, asam boi, serai, lemon, laici, soda dan longan...If im not mistaken...Superb rasa dia...First sampai depan aku terkejut gak la air apa la ni kan...hehehe...Tapi sedap wa cakap lu...Try la..Harga pun tak sampai rm10 kot...Aku tukang amek gambar je...hihi...


Yang ni namanya spagheti carbonara seafood...If im not mistaken...Order 2 pinggan...Wow...Penuh satu pinggan...Sampai kuah dia pun macam nak tumpah je kan...Sedap sampai menjilat jari....Dalam spageti ni ada seafood; contohnya udang, sotong, yang macam buluh tu entah la nama dia, scallop (yang macam dalam shell tu...betul ke tak ntah...hehehe....aku suka, first time makan beb), dan ada lagi...Hurmm... apa ye...kikikiki...

Dan makanan yang kat belakang tu beef steak...Order satu jer...Aku tak makan sangat beef steak tu sebab dah kekenyangan makan spagheti carbonara seafood tuh...


Yang ni plak pizza seafood...Woww...Besar, banyak dan sedap jugak...Kitorang tak larat nak makan so bungkus la bawak balik kat rumah...Yang member2 aku yang dah biasa makan kat situ kata, aku dan sorang lagi member dari melaka makan sikit...Apa kejadahnya makan sikit...Banyak tu makan...Giler nak lantak semua...Hahaha...Dah la makanan sumer used big plate...wahaha...

Kenyang sampai esok ha...kuikuikui...Esoknya 1 may 2011, kitorang ke ...........tet...Lain page kiter cerita lagi ya...Da.....

Miss u a lot my dearie bloggers...Hehehe....



p/s: Bankrap bulan nie....:(
Related Posts with Thumbnails