Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Thursday, August 26, 2010

Apa nak cakap kalau orang bukan islam tanya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kenapa...Kenapa...Kenapa...
Kenapa tajuk di atas "Apa nak cakap kalau orang bukan islam tanya"??...Apa maksudnya...Apa perkaitannya...Sebab ada berlaku di sekeliling kita perbualan seperti ini berlaku...Tapi kita sebagai orang islam, macam manakah cara yang terbaik untuk kita menjawab apa yang ditanya...

 

Senario 1: Kalau orang bukan islam tanya..."Kenapa orang Islam memakai tudung?"..Dan rata2 akan menjawab..."Sebab kita sebagai umat islam sepatutnya menutup aurat dan Allah marah kalau kita tak menutup aurat...Berdosa"...Kemudian...Ditanya balik..."Kenapa ada juga di kalangan umat islam yang tak menutup aurat?"...Apa kita nak jawab???

Senario 2: Kalau orang bukan islam tanya..."Memang kalau masuk bulan ramadhan, semua umat Islam berpuasa...Tapi kenapa saya ada lihat ada di antara mereka yang makan dan minum pada siang hari dan ada juga masuk ke kedai makan tanpa segan dan silu makan di situ??"...Apa kita nak jawab??

Senario 3: Kalau orang bukan islam tanya..."Kalau agama saya, tak boleh bawak masuk perempuan yang belum berkahwin ke dalam rumah"....Apa kita nak jawab lak kalau diorang cakap.."Eh, pernah ari tu saya nampak kawan saya yang muslim bawak perempuan masuk umah dia"....

Dan....

Saya ada kawan bercerita...Dia dulu memang pernah belajar kat oversea...Pernah la jugak dia berdiskusi dengan orang bukan islam kat sana tentang islam...Dan pernah ada kawan2 bukan islam bertanya pasal islam dan tuhan...Diorang bertanya..."Tuhan kata di akhir zaman nanti @ tanda2 akhir zaman ada orang berzina, makan rasuah dan lain2 lagi...Tuhan tak sayang kita ker sebab tak selamatkan kita dari terjebak perkara2 tersebut?"....Apa kita nak jawab??

Cerita di atas tiada perkaitan dengan sesiapa...Sekadar perkongsian dan mahu mendengar pendapat dan buah fikiran dari pembaca di luar sana...

Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari saya dan kelemahan saya sendiri....



p/s: Tak lama lagi...Ramadhan akan pergi meninggalkan kita....Kita suka ke...Tak suka ke...Ramadhan pasti pergi meninggalkan kita...Akan berjumpakah kita lagi dengan Ramadhan akan datang??

14 comments:

Hairil Rizal said...

Adah,

Warlord pernah hadapi lebih kuranglah situasi 1 - 3 tu..

Warlord jawab macam ni...
It is a matter of how much they believe (Iman) and practice the teachings. The teachings of Islam is like this... (Warlord pun citer la apa yang wajib, yang haram, halal dsb. Perlu stress kan ttg Iman dan Amal tu juga... ia perlu seiring.

Warlord pun explain juga ttg kewujudan mazhab Shafei, Hambali, Maliki dan Hanafi.. dimana ada practices yang diantara penganut mazhab adalah mungkin sedikit berlainan antara satu sama lain tapi asasnya masih sama.

Utk situations tu, nampaknya penjelasan Warlord diterima. Tapi tak tahulah.. mungkin perlu lebih penjelasan utk orang yang ingin tahu lebih lagi.

Wallahu A'alam.

My Love said...

Salam..

1. Sebab mereka yg tak menutup aurat itu masih tak sedar tentang dosa pahala..

2. Sebab mereka tak sedar tentang dosa pahala

3. Sebab mereka tak sedar akan dosa pahala..

macihh...

CIK TOM said...

betul pe ustaz love cakap tue..cik tom nak jawab pun kurang mahir bab2 agama ni..

Unknown said...

jawapannya tetap sama,iaitu islam itu tidak dihayati~

Hanya 1 cara dakwah utk mereka,kenalkan mereka dgn Al-Quran kerana tiada lagi contoh dan teladan yg tinggal pada kita,hanya sekadar berbangga dgn islam tapi berakidah dgn akidah jahilyyah..bukan org lain,saya terutamanya...sedih :(


Cerita terbaru di blog:"saya nak kawin dan ada anak"

Unknown said...

sedeykan dh nak abeh ramadhan.....

cik jari nk try bg jawapan unt senario 1: perempuan islam pakai tudung sebab bg org islam rambut tuh mahkota...mahkota selalunya mahal & terpelihara supaya tak dicuri oleh diganggu gugat oleh org jahat...
kalau org tuh tak pakai tudung,makanya dia tak menghargai mahkota semulajadi yg dianugerahkan...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Klu I mungkin akan jwb mcm ni...

"Ibaratnya budak sekolah mengambil exam....hidup kat dunia pun spt itu, sapa yg tak byk buat kesalahan, akan dpt markah tinggi dan kedudukan tinggi di dlm kelas dan begitu pula sebaliknya... pilihan di tangan masing2 sama ada utk berjaya dgn cemerlang atau cukup2 makan... Syurga ada 7 tingkat(corret me if i m wrong) Terpulang la mereka nk kejar dosa atau pahala.. tiap manusia mempunyai tingkat keimanan yg berbeza2..rambut sama hitam hati lain2"

Anonymous said...

soalan yg menarik.
lama dah tak muntahkan buah fikiran.
tapi sekarang tengah sakit perut..

kejap lagi macy datang ea~
ehee

Chaon Cornerz said...

dalam semua senario tue.. orang2 yang takde kesedaran dan pegangan agama kurang je.. Kalau masing-masing sedar akan tanggungjawab masing2 terhadap islam.. pasti kita takkan susah nak jawab semua tue.. manusia kan.. tak telepas dari kesilapan..

Mak Su said...

salam kenal :)

soalan yg menguji minda

tepuk dada tanya iman, jangn cari keburukan di padang yg lain, sebaik2nya jaga tatasusila kepercayaan agama masing2, semua manusia ada buat silap, Allah Maha Pengampun

akal diberikan untuk lakukan timbang tara yang adil dan saksama

secara ringkas, entahlah.....

ayin~weeweet said...

kalau dia ty pd org yg xteguh imannya, susah jg kn. yg pntg ilmu agama kena ada dalam dada

Aidi-Safuan said...

huhu.. pandai2 la jawab. karang salah jawab, kena counter balik. naya jer. :P

sud@is said...

sy akan jawab yg confident sj...yg confius...check ngan ustaz/ustazah

Mr. Asada said...

pehh.. persoalan daripada adah agak pedas ni..

orang yang beragama, ada yg kuat agamanya akan mematuhi ajaran agamanya.. dan yang tidak teguh agamanya akan sewenang-wenangnya melanggar segala syariat.

cam kat sekolah.. ada peraturan.. ada jugak student yg tak ikut peraturan.. =)

Unknown said...

Islam itu datang dengan iman. Islam dan iman itu dua benda yang berbeza. Sekiranya dia islam tetapi tidak semestiya dia beriman. Iman itu tidak tetap. Kadang2 ia tinggi, kadang2 ia rendah. Apa yang kita buat itulah pengukur kekuatan iman kita..sekadar perkongsian..

Related Posts with Thumbnails