Emas merupakan perhiasan dunia, penggembira jiwa, daya penarik yang kuat dan merupakan salah satu rahsia Allah di bumi. Emas sesuai untuk dibuat apapun, dapat dicampurkan dengan barang apa saja dan menyenangkan pemakainya. Emaslah barang galian yang paling mulia dan paling indah.
Gambar hiasan
Keistimewaanya ialah:
Ditanam di tanah tidak mengurangkan dan tidak memudaratkan tanah, serbuknya dapat dijadikan ubat untuk menguatkan jiwa yang lemah, menghilangkan sedih dan dukacita, menghilangkan rasa susah, menggemukkan badan dan menguatkan badan, menghilangkan bintik-bintik putih pada kulit, mencerahkan warna kulit, bermanfaat untuk penderita kusta, ubat untuk sengatan kala dan ular dengan cara meminum dan melumurkan serta dapat menguatkan anggota badan pemakainya.
Emas yang diletakkan di mulut dapat menghilangkan bau mulut. Orang yang mempunyai penyakit dan harus dipanaskan dgn cara pemanasan, jika dipakai pemanasan dengan emas maka bekasnya tidak akan cacat dan sembuhnya cepat. Jika dipakai dengan alat untuk mencelak mata, maka akal lebih terang.
Orang akan jatuh cinta jika telah memilikinya dan hatinya akan gembira jika dibandingkan dengan kecintaan dunia yang lainnya.
Allah SWT berfirman: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan pada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak dan harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)". (Surah Ali Imran:14)
Emaslah barang yang paling kuat mengalihkan perhatian manusia dari kemenangan besar yang mesti ditujunya pada hari ia kembali kepada Tuhannya (hari kiamat), dan emas pula lah yang banyak membuat manusia derhaka kepada Allah. Kadang-kadang kerana emas putus silaturrahim, darah pun tertumpah, yang haram menjadi halal, hak-hak orang lain dirampas, para budak teraniaya, dikejar dan diburu dunia, menjauhkan diri dari kehidupan akhirat. Banyak orang mati mempertahankan haknya, banyak pula orang yang bersenang-lenang di atas jalan yang batil dan orang-orang yang zalim terbela, sebaliknya orang yang teraniaya tambah menderita. Maka hati-hatilah terhadap pengaruh emas.
Sebab itulah banyak berlakunya kes-kes jenayah, kes samun orang tua, kanak2, remaja semata-mata kerana emas.
Oleh kerana hari ini saya bercerita pasal emas, gambar di atas saya letak di mana gambar Masjid Omar Ali Saifuddeen yang berada kat Brunei Darul Salam yang diperbuat daripada emas.Tengok lah pili air dan mozek kt masjid tu pon di buat daripada emas.Kubah pon sama..Kualiti emas yang digunakan memang berkualiti..Kalau kat Malaysia pon pakai yang 22 karat, tapi yang ni pakai 24 karat...Kalau tak silap lah...Kalau boleh kikis emas kat sini dan bawak balik...best gak tuh..hehe...Seronok jalan-jalan di Brunei..Banyak tempat yang telah dilawati..So, kalau korang nak tengok sendiri, datang lah melancong di sini...(Chewah siap promote Brunei plak)... :)
Sekian.... ;)
13 comments:
yea..org pertama komen lg..perempuan dan emas memang tidak dapat dipisahkan..lagi2 kalau namanya anak tokei emas cik Mawaddah kita :P
dalila dan emas....kalu sebut pasal emas, of course teruja..dalila...dalila...;)
adoyai...... meriah betul korang erkk!!! pantang nmpak emas.... huhuhu~
agak2nye..kalo kat mesia nih ade paip emas cam tuh.. kena curik x?? mueheheehe
ddyB: bese la pompuan...emas lambang kemeriahan dan kebahagian..hehehe...
nafira: kalu kat malaysia ni ade, agak2 nye cepat la pili tu ilang..hehe...bukan leh cayye..hihi
nuff tido.. chit chat lambat kuar...hehehe
salam..
mak aihh
besornya ketul emas?
pak cik kayo..hu hu
hehehe....
wslm...wow..pak cik kayo...hehehe
emas~~
mari dekat kepadaku~
:p
hehehe... emas dan perempuan mmg tak dapat dipisahkan... :)
nktgk kekayaan brunei lg?
http://mizznizzlife.blogspot.com/search?q=kemewahan
jmput la ke blog.hee.
adah, ade ke emas 99 karat?sebab pnah dengar 24karat je/99.9% ketulenan.99 karat tu kire cane lak?hehe..saje2 nk tambah ilmu ngan anak tokei emas ni mana tau leh bukak kedai emas lak pas ni
fariha: xder..oppss aku tersilap..camner la aku baru perasan...dah buat pembetulan...thanks sebab perasan..
Post a Comment