Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Friday, April 26, 2013

Masalah mata, rabun, silau malam | Ada cara atasi dengan Carotamax! Pssttt..Cerita aku..

Salam rakan2 semua...:)

Malam2 jumaat ni rasa mata ni tak mau ngantuk plak...Aduh la...Esok dah la keje..Tapi, payah benor nak bagi lelap mata nie...Fikir punya fikir balik baru teringat yang mata nie tak mahu lelap mungkin...mungkin....dan mesti penangan minum air kopi ais dari Shyet Li petang tadi...Ni la akibat, minum kopi tak tengok waktu...Kalau minum pagi2, boleh lagi...Sabo je la...hehe..

Nampak tak tu kopi 2 gelas...Amekaw! (Cilok pic dari fb..hehe)..Kak Ja yg upload dalam fb...

Bila sebut pasal mata...Ia adalah satu pancaindera yang amat bernilai dan sangat2 berharga pada diri kita...Tapi kita jarang nak jaga mata kita...Tengok pc lama2, tengok tv lama2...Tu la mata pun dah makin lama makin rabun, silau makin meningkat...Teringat dulu2 parents kita cakap kalau kita tengok tv dekat2..Nak2 tengok citer kartun..."Weh, jangan tengok tv dekat2, nanti mata rabun"...Ha kau...Tak mo dengar sangat kan cakap orang...Kan dah rabun sekarang ni...Hurrmmm...

Masa awal2 mata nie mula start nak rabun, ermmm power spek mata dalam lebih kurang 50-100 macam gitu lar, tercari cari gak la suplemen apa lar yang boleh hilangkan rabun aku nih...Hurmm, memang tak jumpa..Mula lar try2 cara traditional dengan makan lobak (vitamin A).  Tapi tu lar, tak boleh nak konsisten makan sangat.  So makan tak makan macam tue la. Makan pun bila ada dalam sayur campur atau nasi goreng...Hurmmm, sangat sedikit khasiat dia...Sebab letak tak banyak pun dalam makanan tu...

Memang kalau dalam kelas, kalu duk meja belakang, mula lar akan capai spek nak tengok papan putih kat depan masa lecturer mengajor...Mata rabun...On off macam tue lah pakai spek sebab tak berapa nak suka pakai spek mata sebab berat hidung nak menahan spek mata...Biasa lar tak biasa pakai lagi...

Bila dah lekat pakai spek nie (hampir setahun), baru je jumpa produk yang boleh mengurangkan rabun dan silau mata...Iaitu Carotamax dari produk Shaklee...


So, aku nak cuba lar makan...Memang dah jadi ahli cuma belum start makan lagi nie...Insha allah bulan depan start makan bila gaji dah masuk...hehehe...

Dan dah ada testimonial yang berjaya mengurangkan power spek mata dengan makan carotamax nie:

"Alhamdulillah....check mata kali ke dua..pada 17/3/2013. Itu pun tak plan cuma masa jalan2 tu rasa nk p check di tempat yg sama dulu...Memang terrkezut beb! nsb je tak jadi beruk...kot2 terkezut beruk hihi check2 dah KURANG RABUN! KURANG SILAU! jadi 25w je! Ya Allah...biar betul, dah kurang HALF dari result sebelum ni kan...baru consume carotomax ni SEMINGGU kan lebih kuranglaa....tak assume kesan nya secepat ini. Syukur sangat2."

Kredit to Zura Betty.

Bukan setakat untuk mata je carotamax ni, ada lagi khasiat dan lebihnya...Iaitu kulit kita jadi cantik..Pipi jadi kemerah-merahan macam pakai blusher...Dan lagi dan lagi khasiat die...Tak sabar nak makan...Sikit je lagi ni gaji nak masuk...hehehe


Kalau berminat nak try jugak, feel free to contact saya:
SID: 920988
Emel: mawaddah84@gmail.com
Tel: 017-9797601 (Whatsapp/sms/call)
Tel: 013-6760811 (Sms/call)


p/s 1: Mata oh mata, bila mahu ngantuk...Esok nak gi keje...huhuhuhu...
p/s 2: Nantikan testimonial dari owner blog nie plak...;p 


Latest:  Dah update testimonial dari owner blog ni..Untuk mengetahui apakah kesannya lepas amalkan secara konsisten makan carotamax shaklee nie, boleh lah baca kat SINI.


Thursday, April 25, 2013

Volunteer bagi gift pack kat homeless...

Salam malam semua...

Apa khabar? Hari ni baru je lepas bagi gift pack kat homeless yang dekat belakang Tune Hotel.  Homeless?Korang tahu apa itu Homeless? Ye, mereka yang tiada rumah, tiada tempat tinggal dan hanya tidur di kaki lima. Mungkin segelintir. Mungkin ramai.  Itu baru area kat situ.  Belum masuk area lain lagi di sekitar KL nie..

                                                                       Google Homeless

Kami, group 1 dari company kami bergabung tenaga dengan group dari Pertiwi mengedarkan makanan pada setiap homeless di sekitar situ.  Company kami bagi mineral water, air kotak, biskut dan snack untuk mereka yang datang.  Hari ini untuk first day n first program untuk Volunteer company kami for this month.  Every month ada sekali until end of the year 2013.  Hope setiap perjalanan program kami berjalan dengan lancar.

Back to program...

Rasa sedih jugak tengok keadaan diorang.  Lepas habis edarkan makanan, diorang duduk di kaki lima makan kat tepi tu.  Rasa hiba jer..Sebab tertanya mana family diorang, mana diorang nak tidur malam nie, diorang mandi kat mana...Nak2 ada di antara diorang yang dah ada family.  Ada anak kecik.  Hurmm..Kat mana ye diorang tidur...Apa perasan diorang...Hurmmm...

.
.
.
.
.
.

"Alhamdulillah...Syukur pada Mu Ya Allah"..
Kita masih ada peluang untuk mencari rezeki dan mendapat kehidupan yang lebih baik...
Ingatlah, sesusah dan sepayah mana hidup kita, hidup orang lain lagi susah dari kita..
Kita jangan tengok pada kesenangan orang lain, cuba kita tengok kesusahan orang lain...Dan cuba insafkan diri kita...

Jangan sesekali mengeluh atas apa yang berlaku yang kita tidak suka.  Itu hanyalah ujian dari-Nya.  Kita sepatutnya ucap Alhamdulillah, syukur.



p/s 1: Rasa bahagia bila dapat tolong orang lain...
p/s 2: Dapat kawan baru...Takdelah tengok muka sama kat ofis tu..


Wednesday, April 17, 2013

Makan sedap kat Restoran Haji Sharin Low Grand...

Hai uolllssss...:)

Hari tu hari itu dan hari itu...Sebenarnya dah lepas..Tapi nak citer jugak kat sini...Ce cite...Ce cite...hehehe..Rasa dah lama dah tak buat entry makan2 ni...hehe...

Hari tu bos besar belanja makan sedap kat Restoran Haji Sharin Low Grand kat Ampang ni je.  Dekat dengan GE Mall.  Tempat kerja ku buat masa sekarang...ngeee...Baik kan bos kitorang kan...Dah tu dia jugak yang ajak gi makan kat tempat sedap...Takpe2, sape yang ajak, dia tu kena belanja...Errkk...Boleh pulak kan..;p Boleh saja..haha..Bos gaji mahal takpe..Setakat 5, 6 ratus tak luak mana pun...kannn....hahaha...


Nama nya pun agak unik.  Bos cakap restoran ni restoran cina muslim...Sedap wehh..Hari tu kena buat tempahan meja jugak la sebelum tu..Sebab boleh dikatakan asyik penuh je restoran kat sini...Hurmmmm..


Yummyy! Korang cuci2 mata je la eaaa.... hehehe...


Aissshhh...Bila upload gambar jadi terbalik plak...Camner ntah nak adjust balik...


Main dishes yang sedappp...

Bos! Tak nak belanja kitorang lagi ker??? hehe.. Kitorang boleh makan kat sini bila bos belanja je...Pulakkk dahhh..Pengsan bos...hahaha...


p/s: Rasa lega sedikit sakit kepala lepas bangun tidow...


Monday, April 15, 2013

Kulit lebih lembut, licin dan cerah | ESP Shaklee...

Betul kata Bie, ESP Shaklee boleh buatkan kulit lebih lembut, licin dan cerah...Tak payah pakai make-up pun dah ok...Kulit yang suram, pudar akan menjadi glowing gitu...wowww...

Credit kat SINI.

Sesuai jugak untuk mereka yang ada diabetes sebab ESP ni mengawal gula dalam darah.

P/s: Kalau lah ku tau....ku dah amalkan makan dari dulu lagi....
Kata orang, tak kenal maka tak cinta...

Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee:  920988
Emel:  mawaddah84@gmail.com
Tel: 017-9797601 (Whatsapp/sms/call)
Tel: 013-6760811 (Sms/call)

Feel free to contact me.  :)

Tuesday, April 9, 2013

Hilangkan demam, batuk dan selsema dengan Nutriferon...

Salam semua...

Syoknya bila dah jumpa 'barang baik' yang boleh mengurangkan dan insyaallah menyembuhkan demam, batuk dan selsema...Ya, tak perlu makan panadol, ubat batuk serta ubat selsema lagi yang sah2 mengandungi bahan2 yang tak baik untuk badan kita...Yeah...

Nutriferon:

1)  Apa itu Nutriferon?  Nutriferon ni suplemen imunisasi dalam tubuh badan kita.  Nutriferon adalah suplemen yang hebat dan efektif.

2)  Siapa yang mengkaji dan memperkenalkan Nutriferon ni?  Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr Yasuhiko Kojima (individu pertama yang berjumpa dengan interferon ni pada tahun 1954.  Beliau menjalankan penyelidikan selama 40 tahun.  Menguji sebatian daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi dalam badan.

3)  Siapa yang perlukan Nutriferon nie ya? Untuk mereka yang selalu demam, batuk dan selsema / rendah sistem imun badan dan juga ada sebarang penyakit dengan antibodi seperti cancer, asma, flu.

Note:  Produk ni bukan bertujuan merawat, mendiagnos dan menyembuh sebarang jenis penyakit.


Yang syoknya untuk PROMOSI Nutriferon bulan April 2013, beli 6 Free 1.  Best Best....Habis bulan April, memang xder la promosi yang best nie...Rugi tak beli sekarang...


Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee:  920988
Emel:  mawaddah84@gmail.com
Tel: 017-9797601 (Whatsapp/sms/call)
Tel: 013-6760811 (Sms/call)

Feel free to contact me.  :)


Saturday, April 6, 2013

Mencari Tablet Kalsium? Ostematrix Shaklee jawapannya....

Assalamualaikum dan salam semua...

Apa khabar semua...Insyaallah esok aku berada di kampung..:) Jom jumpa...hehe...Kena pergi outstation 2 minggu lagi di Kemaman...Orang kemaman, wait 4 me! Ececece...

Ada benda best aku nak cerita kat sini.  Apa yang best ye...Yang best nya adalah berkenaan dengan KALSIUM.  Semua orang tahu kan kebaikan kalsium dalam tubuh badan kita.  Dan memang sangat2 penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang dan gigi kita.  Ekceli memang ada masalah gigi rapuh sebelum nie...Opsss....Tapi sekarang, no more gigi rapuh...lalalala...

Dulu2 memang mengamalkan susu setiap hari.  Tapi sejak akhir2 ni macam malas nak bancuh..Apa da..Oleh tu aku mengamalkan suplement terus suap dalam mulut tanpa bancuh...hehehe...Ostematrix dari shaklee...Senang, mudah dan licinnn...hehehe...1 tablet kalsium bersamaan segelas susu kalsium
tinggi...Like 100x...


Sapa yang perlukan kalsium ni?

1) Wanita mengandung.
2) Selalu kekejangan otot.
3) Ibu yang menyusukan anak.
4) Masalah tulang atau sendi.
5) Selalu sembelit.
6) Selalu sakit lutut.
7) Gigi rapuh.
8) Selalu je rasa letih, penat dan lesu.
9) Warga emas.

Tanda-tanda mereka yang kekurangan kalsium:

1) Kerap sakit gigi (selalu kena).
2) Gusi berdarah (kadang2)
3) Kejang otot.
4) Rambut kasar.
5) Tumit pecah2/kasar.
6) Kuku rapuh (Of course me! nak bukak air tin minuman tu pun xboleh)
7) Kebas kaki dan tangan
8) Kulit kering.

Testimonial pada diri aku bila aku makan Ostematrix + Herbalax, rasa lancar je perjalanan sistem pembuangan dari badan aku...hehehe...Yesss...Very very like....

Dah ada 3 customer yang dah beli...:) Sebab apa, sebab kehebatan Ostematrix dari Shaklee nie...Hanya mereka yang makan je tahu akan kehebatan ostematrix nie....Anda bila lagi?

Kata taknak pada osteoporosis!



Shaklee Independent Distributor
ID Shaklee:  920988
Emel:  mawaddah84@gmail.com
Tel: 017-9797601 (Whatsapp/sms/call)
Tel: 013-6760811 (Sms/call)

Feel free to contact me.  :) Bagi dengan harga yang menarik dari aku...:):):)


Friday, April 5, 2013

Cendawan berbentuk net - Phallus indusiatus...

Assalamualaikum dan selamat malam uollss...;p

Malam ni terasa nak ber'uollss' pulak kan...;p Tak de lar. Malam ni aku ada story nk citer nie...Meh sini dekat2..hehehe..

Pagi2 hari lepas subuh, aku n akak aku pergi lah berjoging area bandar baru selayang.  Tengah2 joging..Eh, apakah nie, mainan ker apa...

                                                                      Phallus Indusiatus

Rupa-rupanya adalah cendawan.  Orang omputis kata mushroom..hehe.. Seriously, first time jumpa cendawan yang bentuk macam net nie..Betul korang, macam nett..

Oleh kerana keinginan yang kuat nak tahu mushroom apakah ini try2 la google...Susah jugak pakcik google ni nak paham apa yang aku cari nie.  Cari punya cari rupa2nya nama scientifik nya adalah Phallus Indusiatus.  Dan adalah nama2 biasa dia..Bila baca, rupa2nya cendawan ni boleh buat ubat.  Mushroom ni mengandungi protein, karbohidrat dan dietary fiber.  Lor, boleh makan rupanya.  Kat asian market memang biasa je jual mushroom nie.  Errr...berani ker makan...Ermmm...Tak tahu lah sebab first time jumpa.  Ada sape2 yang pernah makan ker? Nak tahu gak best ker tak rasa dia...

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh baca kat bawah nie:

http://en.wikipedia.org/wiki/Phallus_indusiatus



p/s: Tu kasut joging aku lar tu terselit...hehe

Related Posts with Thumbnails