Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Monday, February 4, 2013

Mendaki Broga Hill di Hari Wilayah Persekutuan

Apabila rancangan pertama tak menjadi untuk mendaki aka ngukah Broga Hill disebabkan oleh faktor-faktor keselamatan iaitu hujan lebat2 giler pada malam itu, kitorang (budak-budak ofis) merancang kali yang kedua untuk mendaki Broga Hill.  Tidak melepaskan peluang untuk mencuri hari cuti iaitu pada hari wilayah persekutuan.  Kami success ke sana dengan 5 belia-belia perempuan yang comel dan 2 orang artis bollywood yang diimport dari India...Hehehe...budak ofis jugak..Diorang pun nak menghayati jugak keindahan panaroma dan juga kehijauan bumi Malaysia ini..Hehe..Katanya nak melihat sunrise.

Gambar yang aku ambil dari Subuh sampai la ke cerah (after Subuh)...Like all the pictures.  Pakai samsung galaxy young jer ni..Belum mampu nak beli DLSR lagi..Uhuk..

 Part 1 

 Part 2

 Part 3

 Part 4

 Part 5

Part 6

Wah...Cantik sungguh pemandangannya kan...

Actually pada mulanya ketua rombongan nak naik sampai checkpoint yang pertama je disebabkan dia mengalami sakit urat kaki. Dia yer la sampai ke checkpoint pertama.  Aku, kak ja dan kak suzana bersama dua orang artis bollywood tu berjaya jugak sampai ke checkpoint last iaitu checkpoint yang keempat.  Bersemangat kental kitorang nie...Tahniah untuk kitorang yang berjaya nie...hehehe..

Tapi yang menjadi masalahnya, aku lah...sampai sekarang ni sakit peha...Aduhhh...Ni lah akibatnya bila kurang melakukan aktiviti senaman...:p

Ada lagi picture cumeil dan aksi2 cumeil. Tapi semua picture2 tu dalam DLSR cameraman bertauliah daripada artis bollywood...Kekeke...Kalu ade masa dan kerajinan, insyallah akan dimasukkan for the next episod. hehe...


p/s: Malas tul nak letak copyright kat all the picture above.




4 comments:

emieysandra said...

Cntiknye pemandangan, subhanallah :-)

puteraduyong said...

ermm... ni komen membina... sentiasalah bersenam ye... lagi satu sebelum wat aktiviti lasak tu buat regangan dulu tau... ;)

mie said...

x pernah sampai lagi kat sana...
teringin juga nak ke sana..
eehehhee

M a W a D D a H said...

emieysandra: subhanallah.. :)

puteraduyong: itu la, kena ada stamina dulu, baru boleh naik. tapi hari tu tak buat regangan dulu. Tu yg jadi macam tu.

mie: pergi la.seronok.pegi dalam group lagi seronok..:)

Related Posts with Thumbnails