Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Sunday, February 17, 2013

Bye-bye Gigi Gerahamku.

Bila mengenangkan gigi geraham kekal sudah meninggalkan gusinya membuatkan aku bersedih hati...Asyik terkenangkan je gigi tu..Sedih wei bila gigi geraham yang kita sayang, kita sanjung dan kita puji sudah buat hal dan asyik sakit2 jer tu sudah dicabut oleh doktor gigi...Waaa...Menangis tak berlagu aku...

Alkisahnya bermula tentang gigi gerahamku:

Episod pertama:
"Adah, jom makan bubur jagung yang aku masak nie.  Kalau tak habis bubur jagung ni, siap kau"..Aku pun makan lah dengan lahap dan bestnya sehinggakan.....Dalam beberapa jam, aku dah start ngilu dan sakit gigi..Argghhh...Sakit yang amat...Ya, aku perlu jumpa doktor gigi walhal memang aku takut kat doktor gigi except doktor gigi yang hensem.  Confirm aku tak sakit gigi dah.. Psiko semuanya...Kekekeke..Cerita ni dah berlaku dalam 6 tahun yang lepas.

Episod kedua:
Dan esoknya aku berjumpa dengan doktor gigi dan menceritakan yang aku tengah sakit gigi...Doktor bagi 2 choice sama ada cabut gigi atau buat 'Crown' gigi...Dan doktor menyarankan aku membuat 'Crown' gigi sebab tak nak bagi gigi depan aku tu jadi jarang...Nanti sengih dah tak cantik dah macam selalu...:p Dan aku balik dengan berfikir-fikir disebabkan oleh harga yang tak mampu aku bayar pada ketika itu..

Episod ketiga:
Ok, gigi dah hilang sakitnya dan oleh sebab itu, aku wat derk jer la kat gigi nie...Jahat gak aku bila abaikan gigi nie...Dah bila dah tak sakit, kira dah ok la tu kan...

Episod keempat:
Tahun 2012, lepas raya, means setahun yang lepas....Pergghh...Sakit yang amat gigi aku yang nie...Tak tahan sakitnya..Nak jumpa doktor gigi, semua klinik gigi tutup ketika itu sebab yer la kan musim perayaan (Hari Raya Puasa). Jenuh duk cari klinik gigi ketika itu...Still tutup...hhuhuhu..Aku hanya mampu makan ubat tahan sakit...Seminggu la jugak aku sakit gigi...Stress aku...Sakit gigi sampai ke kepala...Pergghhh...
Lepas tu hilang kejap sakit, sakit kejap, hilang kejap, sakit kejap...Sampailah..........

Episod kelima:
Memang aku nak jugak jumpa doktor sebab aku rasa dah takde masa dah nak jumpa sebab bila dah kerja dah tak tahu dah masa mana nak gi jumpa..Projek always busy.Huh...Aku pun dengan cekalnya pergi la ke klinik gigi tu tanpa berfikir apa dah..."Doktor, cabutlah gigi saya ni sebab asyik sakit jer...Tapi doktor kalau tak cabut, nak kena buat rawatan apa yer doktor kalau nak bagi gigi ni ok balik..Maknanya dah tak sakit dah"..Doktor pun cakap, buat lah rawatan saraf gigi.  Tapi kena datang 2@3 kali dalam minggu nie...Aku pun tanpa berfikir panjang...."Doktor, cabut jer la gigi ni sebab saya dah tak tahan dah..Memang sakit tahap gaban dah ni gigi nie"...Doktor pun amek ubat bius, cucuk...Perggghhh...Rasa bengkak, kebas pipi aku belah kanan nie...Dan bila nak kena cabut tu, ya Allah...Hanya tuhan saje yang tahu...Sakit giler kena cabut...Memang tahap sakit giler gaban la...Sebab serius ly aku tak pernah rasa sakit yang amat sebelum ni bila cabut gigi..Nie kira first time la aku sakit gigi yang amat bila cabut gigi...Mungkin sebab gigi geraham kekal kot...

Dan aku masih terkenangkan pengalaman cabut gigi yang dasyat sebab sakit giler..Mungkin gigi aku dah tak dapat diselamatkan lagi...


Tapi bila aku wat research kat google ni, aku nak tahu gak yang macam mana la rawatan saraf gigi tu...Serious curious aku nak tahu...Dan hasilnya...

Gigi tu boleh diselamatkan lagi kalau buat rawatan saraf gigi jika saraf masih elok berbanding cabut..Untuk keterangan dan soal jawab tentang rawatan saraf gigi atau dikenali sebagai (Root Canal Treatment (RCT), klik SINI.  Dan aku tak tahu yang keputusan aku buat ni betul ker tak yang aku memilih untuk cabut berbanding buat rawatan tu.

Dan aku rasa keputusan aku betul kot sebab aku dah tak mampu menahan sakit gigi yang amat...huhuhu..(padahal nak sedapkan hati)...

Gigi Benjy cantik even makan rumput...:p Cilok gambar Benjy dari Fb Zaliha...hohohoho...



p/s: Bestnya kalau semua gigi aku cantik....


2 comments:

asma diyana said...

walaupun dah kne bius still sakit ke? after dh cabut berapa lama sakit? maaf, assalam

Natrah Mohamed said...

Study pasal gigi.
Masih belum buat kputusan utk gigi2 ku. Hoho

Natrah Mohamed
Assalamualaikum

Related Posts with Thumbnails