Ipanelonline: Jawab survey dapat duit. Daftar SINI

Tuesday, February 12, 2013

Chalet D Bajet Kuala Terengganu: Rezeki CNY...

Malam dah makin tua...dah tak berapa nak muda dah...Sebab dah pukul 12 malam lebih...hehe...Ni baru je lepas melayan customer yang nak mintak chalet (1 biji rumah).  Ayah yang layan...Bila jumpa customer, semua dia nak cerita pasal Terengganu walhal tengok muka sorang2 customer, semua dah penat jalan2 bandar Kuala Terengganu tu...(Mungkin dalam hati diorang, 'dah la pakcik, saya dah penat ni'...) Hehehe...Diorang datang dari Johor.  Kereta dua bijik jer tapi penuh satu rumah.  Macam mana la diorang sumbat semua orang dalam kereta tu. Amazing...hehehe...

Dapat call dari customer pun dalam kul 9 malam.  Kira dah lewat dah dan diorang pun tanya ada tak chalet yang kosong.  Alhamdulillah, kebetulan ada.  Semalam, rumah chalet area Kuala Terengganu boleh dikatakan hampir penuh sempena CNY nie.  Memang dapat call banyak kali dari customer, tapi maaflah abang adik kakak, chalet dah penuh.  Lain lah kalau booking awal2.  Boleh la di 'chop' dulu. Untuk yang betul2 nak jer ea...

Bila dah malam nie, kebanyakan diorang tak jumpa kat mana la area Seberang Takir nie, area Kg. Teluk Ketapang nie..Senang2, cari jer la airport Kuala Terengganu. Senang nak guide diorang sampai kat chalet ni...Lagi senang, bukak GPS ke PapaGo ke, taip Jalan Ketapang 1, Kg. Teluk Ketapang.  Insyallah dengan kemudahan teknologi canggih dan terkini ni, dapat lah jumpa chalet ni.  Kan senang macam tu...:)

Alhamdulillah sempena CNY nie, dalam 3,4 hari ni boleh dikatakan penuh la jugak chalet.  Rezeki bertambah bila datangnya musim perayaan atau musim cuti sekolah.  Kalau tak, payah la jugak.  Jangan risau, jangan gundah gulana, rezeki datang daripada-Nya.  Hanya kita terus berusaha dan berusaha.

Untuk menempah chalet atau mencari bilik untuk menginap boleh la klik link kat bawah ni untuk keterangan lebih lanjut:

CHALET / BILIK SEWA / HOMESTAY DI KUALA TERENGGANU


 Homestay / Chalet Kuala Terengganu

Background pantai berhampiran chalet


Ataupun boleh berhubung terus di:
013-6950335 (Haji Mat)

Untuk mereka yang berminat booking dan menginap sahaja....


Terima Kasih Daun Keladi,
Kalau Sudi, Singgah lah Sini...:)


6 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Oh bisnes chalet?. Masyuk tu..
Moga bisnes terus maju.


*lama betul la tak baca tulisan Adah.. tenggelam timbul adik kita sorang ni.

M a W a D D a H said...

Miss mirror: bukan adah,tapi ayah punya..hehe.
Tenggelam timbul tenggelam timbul.macam menyelam plak.hehe..insyaallah lpas ni akan timbul kalau xbusy dgn keje.hehe

emieysandra said...

BesTnye ade bisnes chalet, leh jumpe b'mcm pesen org kan.g.

Bunga said...

bagus2...insyAllah..mana tau akan pegi nanti kan..hehehe

Khairul Onggon said...

Thanks share info ni :)

M a W a D D a H said...

Emieysandra: hehe..mcm2 ada.

Bunga: nak dtg,booking dulu tau..takut penuh.

Khairul onggon: sama-sama :)

Related Posts with Thumbnails